Daerah Padang Terap

Padang Terap merupakan sebuah daerah di negeri Kedah, Malaysia.

Daerah ini berkeluasan 1,356 kilometer persegi iaitu ketiga terbesar di Kedah.

Daerah Padang Terap
ڤادڠ تراڤ
Lokasi Daerah Padang Terap di Kedah
Lokasi Daerah Padang Terap di Kedah
Daerah Padang Terap is located in Bumi
Daerah Padang Terap
Daerah Padang Terap (Bumi)
Koordinat: 6°15′N 100°40′E / 6.250°N 100.667°E / 6.250; 100.667 100°40′E / 6.250°N 100.667°E / 6.250; 100.667
NegaraDaerah Padang Terap Malaysia
NegeriDaerah Padang Terap Kedah
PusatKuala Nerang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Pentadbiran
 • District officerAbd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin
Keluasan
 • Jumlah1,356.84 km2 (523.88 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah65,698
 • Kepadatan48/km2 (130/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Nerang. Antara kawasan lain yang terletak di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Etimologi

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap (Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Pokok ini mempunyai ciri bergetah dan mampu bertahan dalam cuaca kemarau.

Pentadbiran

Daerah Padang Terap dibahagikan kepada 12 buah mukim;

Daerah Padang Terap 
Peta daerah Padang Terap
  1. Mukim Batang Tunggang Kanan
  2. Mukim Batang Tunggang Kiri
  3. Mukim Belimbing Kanan
  4. Mukim Belimbing Kiri
  5. Mukim Kurong Hitam
  6. Mukim Padang Temak
  7. Mukim Padang Terap Kanan
  8. Mukim Padang Terap Kiri
  9. Mukim Pedu
  10. Mukim Tekai
  11. Mukim Tolak

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Padang Terap ditadbir Majlis Daerah Padang Terap yang berpusat di Kuala Nerang.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Padang Terap ialah seramai 65,698 orang dengan kepadatan penduduk 48 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Padang Terap merupakan Bumiputera, dengan peratusan 91.8 peratus daripada jumlah penduduk.

Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 57,279
Cina 497
India 28
Lain-lain 4,585
Bukan warganegara - 3,309
Jumlah 65,698

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Padang Terap. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah di daerah ini, iaitu 20 buah sekolah kebangsaan (SK), sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK), enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Daerah Baling juga mempunyai 10 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Ekonomi

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang dikeluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas. Selain daripada memproses gula dari ladang, kilang gula ini juga memproses gula yang diimport kerana keluaran ladang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang. Industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang diimport dari pasaran dunia agak murah berbanding dengan keluaran tempatan. Oleh itu, ladang tebu telah dipelbagaikan tanamannya meliputi tanaman pisang dan nenas.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Daerah Padang Terap EtimologiDaerah Padang Terap PentadbiranDaerah Padang Terap DemografiDaerah Padang Terap KemudahanDaerah Padang Terap EkonomiDaerah Padang Terap RujukanDaerah Padang Terap Pautan luarDaerah Padang TerapKedahMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunKelantanSyafiq YusofBendera MalaysiaRomantisismePertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Angeline TanSemenanjung MalaysiaSateMalang Si PuteriPasukan Gerakan AmAnak Jalanan (sinetron)Sungai TerengganuProton SagaEda EzrinNajis dalam IslamSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaTom (penyanyi)Pulau PangkorIndonesiaSenarai poskod di MalaysiaBumiputeraTerengganuZahirah MacWilsonIsteri-isteri Nabi MuhammadBola tamparWadi AnnuarZodiakFrancissca PeterElly MazleinChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorSenarai kata pinjaman bahasa MelayuJamal AbdillahAb Rauf YusohNabila HudaBahasa ArabAkikahSusukMaria OzawaSenarai dail terus antarabangsaKaum-kaum di MalaysiaMarsyal TUDMUniversiti Teknologi MARANoniswaraTabbyUngku Ismail AzizSolat Sunat NikahSarafKuala KangsarMatahariPenunggang AgamaFaizal HusseinIsteri HalalHadha min fadhle RabbiJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSharifah ShahirahMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahEKamal AdliIbanLuruhnya Bunga CintaCuti umum di MalaysiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPerang Dunia PertamaSolat jamakAlor SetarTeluk IntanRemy IshakSerembanPedofiliaPerikatan NasionalAshraf SinclairSurah al-FatihahSejarah IslamRukun ImanGunung KinabaluNina Iskandar🡆 More