Syair

Syair merupakan sejenis puisi berlagu.

Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian

      "…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber­bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Ciri-ciri syair :

  • terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
  • syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
  • setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.

Pautan luar

Tags:

ParsiPuisi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah al-QuranPerubahan iklimF.C. Internazionale MilanoSungai BulohMasya-AllahTikTokHalimah As-Sa'diyahPerkhidmatan awam di MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahAyah PinDarjah kebesaran negeri TerengganuNaim DanielKuala TerengganuHasmiza binti OthmanSenarai pelakon lelaki MalaysiaBatik Air MalaysiaLiga Super Malaysia 2024–25Eyka FarhanaIsmail Sabri YaakobMajapahitSenarai model kereta ProtonKL Gangster 2Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPronoErry PutraSyafiq KyleKhadijah binti KhuwailidKaum DusunSlot SamarindaNasi tangasSlot LestaryUniversiti MalayaLan Pet PetSenarai Kementerian di MalaysiaSemenanjung MalaysiaEira SyaziraSenarai kaum di MalaysiaIsa KhanBismillahProton Saga (generasi pertama)Kadazan-DusunNasi kandarKata kerjaLabuanZara ZyaSiti NordianaFarid KamilCapriceBendera ThailandSharifah ShahirahPangkat tenteraNazim OthmanAbdul Taib MahmudMohd Noor Helmy Abdul HalemSophia AlbarakbahSempadan Malaysia–ThailandAn-Nuayman bin AmrKristianSex and the CityKesultanan DemakRujukan kehormatFadlan HazimAlhamdulillahFacebookPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMalaysia MadaniTentang Hati DiaOrang BanjarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKebudayaan MalaysiaRokokZainal Abidin OsmanAisyah Abu BakarKesultanan Johor-RiauParameswaraNajua NasirPuteri Gunung Ledang🡆 More