Sigismund dari Luxembourg (15 Februari 1368 - 9 Disember 1437) adalah putera-pemilih Brandenburg dari 1378 hingga 1388 dan dari 1411 hingga 1415, raja Hungari dan Croatia dari 1387, raja Jerman dari 1411, raja Bohemia dari tahun 1419, raja Itali dari 1431, dan Maharaja Rom Suci dari tahun 1433 hingga 1437, dan anggota lelaki terakhir Wangsa Luxembourg.
Sigismund | |
---|---|
Maharaja Suci Rom | |
Pemerintahan | 1433–1437 |
Kemahkotaan | 31 Mei 1433 di Rom |
Didahului oleh | kosong (last Charles IV) |
Diikuti oleh | Frederick III |
Raja Hungary and Croatia | |
Pemerintahan | 1387–1437 |
Kemahkotaan | 31 Mac 1387 di Székesfehérvár |
Didahului oleh | Maria |
Diikuti oleh | Albert |
Raja Jerman | |
Pemerintahan | 1411–1437 |
Kemahkotaan | 8 November 1414 di Aachen |
Didahului oleh | Jobst Moravia |
Diikuti oleh | Albert II |
Raja Bohemia | |
Pemerintahan | 1419–1437 |
Kemahkotaan | 27 Julai 1420 in Prague |
Didahului oleh | Wenceslaus IV |
Diikuti oleh | Albert |
Keputeraan | 15 Februari 1368 Nuremberg, Kerajaan Jerman |
Kemangkatan | 9 Disember 1437 Znojmo, Kerajaan Bohemia | (umur 69)
Pemakaman | Nagyvárad, Kerajaan Hungary (kini Oradea, Romania) |
Pasangan |
|
Anakanda | Elisabeth dari Luxembourg |
Kerabat | Wangsa Luxembourg |
Ayahanda | Charles IV, Maharaja Suci Rom |
Bonda | Elisabeth dari Pomerania |
Agama | Katolik Rom |
Baginda diputerakan di Nuremberg, kepada adalah putera Maharaja Charles IV dan isteri keempatnya, Elizabeth dari Pomerania, cucunda Raja Kazimierz III dari Poland dan cicinda Gediminas Raja Lithuania. Baginda dinamakan sempena Santo Sigismond yang amat dipuji ayahandanya.
Kemangkatan ayahandanya pada tahun 1378 membawa Sigismund muda ke Hungari menjadi pembesar Brandenburg di mana baginda segera belajar bahasa dan cara hidup orang-orang Hungari bahkan setia kepada negara ini. Raja Lajos I turut mempercayainya tidak sahaja mempertunangkan baginda dengan putera Lajos sendiri Maria malah mengamanahkan baginda sebagai pengganti sebagai Raja Hungary .
Ketika Sigismund berusia 13 tahun, baginda dihantar ke Kraków oleh kakanda tiri dan penjaganya Wenceslaus untuk belajar bahasa bahasa Poland dan berkenalan dengan tanah dan rakyatnyal Wenceslaus juga mengurniakan tanah Neumark untuk memudahkan perhubungan antara Brandenburg dan Poland.
Sigismund meninggal dunia pada 9 Disember 1437 di Znaim, Moravia (kini dalam Czechia), mayat baginda dimakamkan di Nagyvárad, Hungari (hari ini Oradea, Romania) di sebelah makam Raja László I, makam raja tersebut disanjung Sigismund sendiri kerana keberanian dan kealimannya yang dianggap ideal raja oleh Sigismund.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sigismund, Maharaja Suci Rom, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.