Seruling Ajaib (bahasa Jerman: Die Zauberflötecode: de is deprecated disebut ), K. 620, ialah sebuah opera dua babak karya Wolfgang Amadeus Mozart untuk sebuah libreto berbahasa Jerman karya Emanuel Schikaneder.
Karya ini berbentuk Singspiel, sebuah bentuk popular yang melibatkan dialog bernyanyi dan bercakap. Karya ini dipersembahkan buat julung kalinya di Freihaus-Theater auf der Wieden, sebuah teater milik Schikaneder di Viena, dua bulan sebelum kematian komposernya.
Seruling Ajaib | |
---|---|
Singspiel oleh W. A. Mozart | |
Judul asal | Die Zauberflöte |
Libretis | Emanuel Schikaneder |
Bahasa | Jerman |
Tayangan perdana | 30 September 1791 Theater auf der Wieden, Vienna |
Dalam opera ini, Permaisuri Malam memujuk Putera Tamino supaya menyelamatkan anak perempuannya, Pamina, daripada tahanan ketua paderi Sarastro, namun sebaliknya, Putera Tamino menyedari betapa tingginya prinsip komuniti Sarastro dan mencari jalan untuk menyertai komuniti terbabit. Secara berasingan dan kemudiannya bersama-sama, Tamino dan Pamina menjalani ujian-ujian upacara inisiasi yang teruk, tetapi diakhir dengan kemenangan dengan terkalahnya Permaisuri Malam dan konco-konconya.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Seruling Ajaib, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.