Senarai Frasa Bahasa Latin

Daftar di bawah ini menyenaraikan ungkapan bahasa Latin yang sering digunakan dalam bidang tertentu.

rencana senarai Wiki

Bahasa

  • Ad hoc ("demi ini") – dibentuk atau dimaksudkan kepada satu tujuan khusus sahaja
  • ad interim ("sementara")
  • ad nauseam (sampai memuakkan") – perkara yang sudah banyak disebutkan berulang kali-kali sampai memuakkan.
  • confer (cf. "banding") – arahan membandingkan sesuatu yang dibaca petik dengan suatu maklumat lain yang berkaitan
  • id est (i.e.) – "yakni".
  • in situ – "dalam tempat" sesuatu kejadian atau kegiatan sedang berlaku
  • et alii, et aliae, et alia (et al.) – "dan kawan-kawan", meringkaskan beberapa orang penulis lain yang menyumbang sama dalam suatu makalah
  • et cetera (etc., &c.) – "dan sebagainya"
  • exempli gratia (e.g., "contoh dikasihkan") – "contohnya"
  • ex nihilo ( "dari kosong") – muncul secara tiba-tiba/dari entah mana
  • ex novo ( "dari baru") – dibuat atau dihasilkan baharu tanpa disambung dari suatu duluan
  • passim (pass., "tersebar") – untuk maklumat yang dijumpai serata teks petikan, juga et passim (et pass.)
  • quantum sufficit (qs.) – "secukupnya"
  • quaque hora (qh.) – "setiap jam"
  • quod vide (mufrad q.v., quae vide jamak q.q.v.) – "arahan membaca rujukan lebih lama atau teliti demi menjelaskan kefahaman petikan suatu teks
  • seculo seculorum – "selama-lamanya"
  • sensu stricto (s.s., s.str.) – "maksud khusus/terperinci"
  • sensu lato (s.l.) – "maksud luas"
  • sensu amplo – "maksud longgar/lebih kurang", sama seperti sensu lato.
  • sic digunakan menandakan ralat ejaan atau kata tersasul yang terpelihara dalam petikan asal sumber (dalam tanda kurungan segi yakni [sic])
  • sine anno (s.a., "tanpa tahun") – menunjukkan sesuatu karya dipetik tidak diketahui tarikh penerbitannya
  • sine loco (s.l., "tanpa tempat") – menunjukkan sesuatu karya dipetik tidak diketahui tempat penerbitannya
  • sine nomine (s.n., "tanpa nama") – nama pengarang sesuatu karya dipetik tidak diketahui.

Logik/Mantik

  • ad hominem ("terhadap orang") – ciri atau motif yang menyelar pengujar kerana peribadinya dari menentusahkan hujahan diujarkan
  • ad infinitum
  • ad nauseam
  • cogito ergo sum ("Aku berfikir maka aku ada") – ungkapan diutarakan oleh Descartes, filsuf Perancis yang menegaskan pembuktian keberadaan atau kewujudan seseorang daripada kemampuannya berfikir asas pemikiran rasionalisme
  • quod erat demonstrandum (QED – "yang sudah dibuktikan/terbukti")

Matematik dan perangkaan

  • per capita ("sekepala/setiap orang").

Perundangan

  • Casus belli ("kejadian perang") – kejadian yang membenarkan pengisytiharan perang oleh sesuatu pihak
  • Jus sanguinis ("hak darah")
  • Jus soli ("hak tanah")
  • Persona non grata ("Orang yang tidak disukai") – yang biasanya tidak boleh hadir di suatu tempat atau negara bahkan akan terus diusir pulang sebaik dikenalpasti.
  • ex gratia ("dari kasihan") – dilakukan tanpa sebarang tanggungan atau kewajiban
  • ex officio ("dari pejabat") – memegang suatu jawatan secara rasminya
  • ex parte ("dari satu bahagian") – dari satu pihak tertentu sahaja
  • pro bono [publico] ("untuk kebaikan [orang ramai]") - kepakaran dilakukan secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran balas
  • pro deo ("kerana Tuhan") - sama seperti atas, khusus di Belanda

Sains

  • E causa ignota ("tanpa sebab diketahui") – untuk gejala tanpa penyakit punca yang pasti
  • Nomen dubium ("nama diragui")
  • Nomen oblitum ("nama dilupakan")
  • A posteriori ("dari yang terakhir") – sinonim kaedah penalaran induktif.
  • A priori ("dari yang pertama" – sinonim kaedah penalaran deduktif.

Sastera

  • Ab initio ("dari mula"), ab ovo ("dari telur") – tatacerita dari mula sampai akhir
  • In media res ("dalam tengah benda") – tatacerita dari pertengahan sesuatu kejadian utama
  • magnum opus – suatu karya yang paling utama atau penting dihasilkan

Sejarah

Lain-lain

  • Alma mater – tempat pengajian utama seseorang
  • Requiescat in pace (RIP – "Rehatnya dalam aman", terjemahan lebih sejadi dan lazim: "semoga gemulah/mendiang aman bersemadi") – ditulis di batu nisan atau belasungkawa seseorang yang meninggal dunia
  • Tabula rasa ("papan digosok")

Rujukan

Tags:

Senarai Frasa Bahasa Latin BahasaSenarai Frasa Bahasa Latin LogikMantikSenarai Frasa Bahasa Latin Matematik dan perangkaanSenarai Frasa Bahasa Latin PerundanganSenarai Frasa Bahasa Latin SainsSenarai Frasa Bahasa Latin SasteraSenarai Frasa Bahasa Latin SejarahSenarai Frasa Bahasa Latin Lain-lainSenarai Frasa Bahasa Latin RujukanSenarai Frasa Bahasa LatinBahasa Latin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Skop ProductionsCongkakBahasa ArabPersekutuan Tanah MelayuKuantanAcryl Sani Abdullah SaniPolis Diraja MalaysiaSrivijayaHun HaqeemPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaHari WesakMedia sosialBaby ShimaPeribahasa MelayuTunku Abdul RahmanSungai BulohEda EzrinTanam paksaMy Lovely DriverNabi Lut a.s.Orang BanjarKamal Affandi HashimSarimah IbrahimNabi Adam a.s.Bella AstillahSenarai saluran AstroCabang dan mazhab IslamUniversiti Teknologi MalaysiaKucingPenanda wacanaNasha AzizIslam di MalaysiaSolatTok JanggutInna lillahi wa inna ilaihi raji'unWan SharmilaLaskar Udara KananAzad JasminRukun ImanBarisan NasionalAhirine AhirudinIsrak dan MikrajMierul AimanMelayuKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMegat SharizalPulau TiomanKata ganti diriMay (kugiran)GanjaKesultanan GowaIsteri HalalAliff Syukri KamarzamanSabronzoMalaysia MadaniGoogleNombor dalam budaya CinaAdiraSekolah Dato' Abdul RazakNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaKhairy JamaluddinSharnaaz AhmadXPDCSheikh Muszaphar ShukorNaim DanielBendera MalaysiaLaskar KananFrekuensi radio di Negeri SembilanPerodua MyViJattAndai Itu TakdirnyaTakdir Yang TertulisNeelofaSiti NurhalizaQarinHusin, Mon dan Jin Pakai Toncit🡆 More