Segi Empat-1: Mainan teka-teki mekanik bertukar bentuk berkaitan dengan Kiub Rubik

Segi Empat-1 (juga dikenali sebagai Back to Square One dan Kiub 21) ialah sebuah mainan teka-teki mekanik Kiub Rubik.

Ciri yang melainkan Segi Empat-1 daripada mainan teka-teki mekanik berkaitan dengan Kiub Rubik lain ialah Segi Empat-1 dapat menukar bentuk apabila dicampurkan, sekali gus menambah cabaran dan tahap kesukaran mainan tersebut.

Segi Empat-1: Sejarah, Penerangan, Rekod dunia
Sebuah Segi Empat-1.

Sejarah

Segi Empat-1, dengan nama penuhnya Back to Square One, dan namanya yang lain Kiub 21 dicipta oleh Karel Hršel dan Vojtěch Kopský di sekitar tahun 1990. Mereka meminta paten Czechoslovakia pada 8 November 1990 dan mereka diberinya pada 26 Oktober 1992 dengan nombor paten CS 277266 B6. Segi Empat-1 juga dipaten di Amerika Syarikat pada 16 Mac 1993 dengan nombor paten US5,193,809. Reka ciptanya juga dipatenkan pada 5 Oktober 1993 dengan nombor paten D340,093.

Penerangan

Segi Empat-1 terdiri daripada 3 lapisan dan 18 bahagian, iaitu 8 bahagian segi tiga, 8 bahagian layang-layang dan 2 bahagiantrapezoid. Setiap bahagian segi tiga mempunyai 2 warna manakala setiap bahagian layang-layang dan setiap bahagian trapezoid mempunyai 3 warna. Bahagian segi tiga dan bahagian layang-layang masing-masing juga dipanggil bahagian tepi dan bahagian bucu. Bahagian layang-layang seluas 60 darjah manakala bahagian segi tiga seluas 30 darjah. Kedua-dua bahagian trapezoid dapat membentuk sebuah heksagon atau segi empat sama tidak sekata. Lapisan atas dan bawah masing-masing terdiri daripada 4 bahagian segi tiga dan 4 bahagian layang-layang. Lapisan tengah terdiri daripada kedua-dua bahagian trapezoid.

Walaupun berbentuk kubus, struktur Segi Empat-1 berlainan daripada Kiub Rubik kerana Segi Empat-1 boleh menukar bentuk apabila dicampurkan. Setiap lapisan dapat dicampurkan dengan bebas, dan sekiranya setiap bahagian dalam setiap lapisan diaturkan dengan betul, Segi Empat-1 dapat dicampurkan secara menegak. Disebabkan oleh keluasan bahagian segi tiga separuh daripada keluasan bahagian layang-layang, kedudukan kedua-dua bahagian dapat bertukar dengan dua bahagian segi tiga mengambil tempat satu bahagian layang-layang dan sebaliknya. Ini menyebabkan Segi Empat-1 menukar bentuk.

Rekod dunia

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Martin Vædele Egdal dari Denmark dengan masa 4.59 saat di pertandingan Danish Championship 2020.

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Vicenzo Guerino Cecchini dari Brazil dengan purata masa 6.54 saat di pertandingan Bernô Feet Friendship 2019.

Lihat juga

Mainan teka-teki mekanik lain:

Nota

Tags:

Segi Empat-1 SejarahSegi Empat-1 PeneranganSegi Empat-1 Rekod duniaSegi Empat-1 Lihat jugaSegi Empat-1 NotaSegi Empat-1Kiub Rubik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuShideeKuala LumpurSenarai raja-raja MelayuHari Raya AidiladhaMyKadRoslan SalehPolisAlat kebesaran diraja MalaysiaNasabSilat Gayong MalaysiaKementerian Komunikasi Malaysia7 Hari Mencintaiku (musim 3)Sains sosialSharifah ShahirahProton SagaPerempuan Itu (drama)LondonFarajAbu Bakar as-SiddiqAtikah SuhaimeEmma MaembongSlot LestaryWanna AliSrivijayaAkulah BalqisMelayuKerajaan Persekutuan MalaysiaJermanManatiNora DanishPenggunaFrekuensi radio di KelantanTerengganuLee Kee HiongHong Kong18 Puasa di Kampong PisangAsiaRibaJam 24 jamSaleemJumaat AgungSunan MuriaSekolah Henry GurneyErry PutraSumber primerZodiakSibuRukun ImanFrekuensi radio di PerakAl-Masih ad-DajjalQarinNegeri-Negeri SelatAl-QuranPerlisAdi PutraAisyah Abu BakarNekbatPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalBruneiAeril ZafrelKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Raja Zarith SofiahNasrizal NgasriKecerdasan buatanKementerian Pendidikan MalaysiaM. NasirPokok MambuKerajaan Bani AbbasiyahThe Gadys15 Puasa (telefilem)Wanita SyurgaJessica MilaPuncak AlamPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Ketua Polis Negara MalaysiaPerodua MyViAsnaf🡆 More