Sayang Si Buta

Filem Sayang Si Buta merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada 1965.

Filem Sayang Si Buta diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sayang Si Buta
PengarahOmar Rojik Penolong Pengarah  : Kemat Hassan
PenulisOmar Rojik
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiJins Shamsuddin
Sarimah
Dayang Sofia
Aziz Jaafar
Ahmad Nisfu
SinematografiHitam-putih
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehKassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd
Tarikh tayangan
1965
Masa tayangan
1 jam 30 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Filem Sayang Si Buta mula ditayangkan pada 1965 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Sarimah, Dayang Sofia, Aziz Jaafar dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Sayang Si Buta diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1965 terbitan Merdeka Film Productions.

Ringkasan

Filem ini mengisahkan dua orang adik beradik perempuan, dimana adiknya seorang yang buta. Asmah (Sarimah) seorang kakak berkenalan dengan Dr Rashid (Jins Shamsuddin) seorang doktor perubatan. Asmah ingin membantu untuk memulihkan penglihatan adiknya, Ani (Dayang Sofia). Pada suatu hari, Asmah membeli senaskah buku braille dan Dr Rashid ingin sangat mengetahui mengapa Asmah membeli buku tersebut. Asmah akhirnya membawa Dr Rashid pulang ke rumah untuk menjelaskan perkara selanjutnya. Dr Rashid teruja sangat untuk berkenalan dengan Ani. Dr Rashid memulakan pemeriksaan mata terhadap Ani.

Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil (Aziz Jaafar) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani pula telah menaruh perasaan terhadap Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi.

Dr Rashid telah menghantar surat kepada ibu bapanya bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Ibu Dr Rashid (lakonan Momo Latif) bersetuju lalu dia pergi merisik keluarga Asmah di kampung. Asmah sungguh gembira. Akan tetapi, Ani terus menangis dan kecewa kerana cintanya tidak berbalas oleh Dr Rashid. Asmah telah mengorbankan jiwa laranya untuk adiknya buat kali kedua. Dr Rashid akhirnya berkahwin juga dengan Ani.

Asmah telah diberhentikan kerja ekoran kerap tidak hadir ke pejabat. Ibunya (lakonan Saamah) sangat kecewa akan Asmah. Asmah masih mencari kerja yang baharu. Di pertengahan jalan, Jamil telah berjumpa Asmah dan dia ingin meneruskan perhubungan cintanya semula. Jamil berjanji akan memasuk meminang Asmah secepat mungkin. Ibu Asmah kali ini kecewa lagi dengan Asmah, kerana tidak dapat menumpang kesenangan terhadap Asmah ekoran Asmah berkahwin dengan pemandu teksi sahaja. Ibunya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah Ani kerana dia ingin sangat untuk hidup lebih senang tetapi sangkaannya meleset, Ani melayan ibunya seperti seorang hamba abdi. Ani menyuruh ibunya tidur di dapur sehingga ibunya jatuh sakit. Ani tidak mengendahkan rayuan ibunya. Ani tidak sanggup lagi menjaga ibunya. Ibunya telah meninggalkan rumah Ani. Asmah telah pergi ke rumah Ani untuk memujuk adiknya menziarahi ibunya yang semakin tenat. Tetapi pertikaman lidah berlaku, Ani menuduh Asmah ada perhubungan sulit dengan suamniya. Asmah marah lalu dia menampar muka adiknya. Dengan tidak sengaja, muka Ani jatuh tersemban ke atas benda tajam di atas meja yang menyebabkan matanya tertusuk dan buta kembali. Selang beberapa hari, ibunya telah meninggal dunia dan mata Ani tidak boleh diubati lagi, Ani mengalami buta selama-lamanya.

Pelakon

Lagu

  • Si Manis 17 nyanyian asal Ahmad Daud & The Swallows
  • Di Antara Aku Dan Bintang - Aziz Jaafar
  • Petikan Lagu Keronchong dari Zainab Huri
  • Petikan Lagu dari Rahimah Simin

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sayang Si Buta PengarahSayang Si Buta RingkasanSayang Si Buta PelakonSayang Si Buta LaguSayang Si Buta Lihat jugaSayang Si Buta RujukanSayang Si Buta Pautan luarSayang Si ButaMelayuSingapura

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

M. RajoliMelayuSuso (pemain bola sepak)Tanam paksaMata anginKerisShahril Sufian HamdanUkraineSahurSultanah ZanariahSultan Muhammad VSharifah HusnaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSe7en (filem 1995)Batu PahatLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSultan PerakSungai PetaniNabi Sulaiman a.s.BostonKetua Polis Negara MalaysiaAmerika SyarikatMYTV BroadcastingLencana pangkat TLDMUniversiti Teknologi MARANur SajatSurah al-BaqarahBella AstillahGaris kasar sains fizikalYouTubeSungai Batu, KedahBaba dan NyonyaElizabeth IIShukri YahayaNafiez ZaidiMenteri Pendidikan MalaysiaSheikh Muszaphar ShukorFadillah YusofFarah AhmadHarissa AdlynnProton JuaraFauzi NawawiRumah teresCabang dan mazhab IslamBahasa ArabShaheizy SamKata ganti diriParsiSejarah IslamHari Kebangsaan MalaysiaDaim ZainuddinMalaysiaSenarai Saintis IslamKota BharuMasjid100 PLUSThe Original GangsterPSM MakassarBak kut tehFrekuensi radio di KedahLaura AnnaTabbyPilihan raya umum presiden Indonesia 2024Zarina ZainoordinLapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanAmen KhalidKata namaFrekuensi radio di MelakaKata kerjaSunan DrajatBumiputera di SabahSenarai stesen televisyen di MalaysiaTauratJaafar OnnHari Raya AidiladhaKhalid Mohamad JiwaMalek Mccrone🡆 More