Pakho Chau

Chau Pak-ho, yang lebih dikenali sebagai Pakho Chau, ialah seorang penyanyi, pencipta lagu dan pelakon Hong Kong.

Dia secara rasmi memasuki industri muzik Hong Kong pada 2007, dan kini terikat dengan Kumpulan Warner Music, Hong Kong.

Pakho Chau
Pakho Chau
Nama Cina周柏豪
PinyinZhōu Bǎiháo (Mandarin)
JyutpingZau1 paak3 hou4 (Kantonis)
KeturunanKaiping, Guangdong, China
Lahir (1984-11-12) 12 November 1984 (umur 39)
Hong Kong
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, pelakon, Model
Jenis muzikCantopop, Pop, Rock
Alat muzikNyanyian, Piano, Gitar
Syarikat rakamanWarner Music
Tahun aktif2007–kini
Laman web rasmiwww.chaupakho.com.hk

Biografi

Pernah mewakili Hong Kong dalam sukan bola keranjang, Chau juga bekerja sebagai penyelamat, guru renang dan guru piano. Chau juga buat seketika menjadi model sambilan, yang terikat dengan agensi peragawan Hong Kong Starz People, menjadi model dan jurucakap bagi banyak syarikat besar dan jenama di Hong Kong.

Setelah beberapa lama, Chau mengambil keputusan untuk memenuhi keghairahan lamanya terhadap muzik, dan menabung wang untuk ke luar negara dan belajar lebih lagi tentang muzik dan teknik-teknik penerbitan. Bagaimana pun, dia digalakkan oleh pengurus peragawannya untuk tinggal di Hong Kong, and tidak lama kemudian diperkenalkan dengan penerbit rakaman terkenal di Hong Kong, Chan Kwong-Wing (陳光榮). Selepas perjumpaan pertama, Chau bekerja di studio rakaman Chan sebagai jurutera tak berbayar selama hampir dua tahun, dengan merakam dan menerbitkan demo dan dendang iklan.

Bakat muziknya disedari Chan, dan tidak lama selepas itu Chau ditawarkan dengan kontrak rakaman dan menandatangan dengan Warner Music Group pada 2007.

Karier

Pernah mempelajari piano sejak usia 5 tahun, dan mampu memetik gitar, Chau juga adalah seorang pencipta lagu. Dari EP debutnya Beginning, Chau menggubah sebuah lagu, dan menulis lirik bagi empat buah lagu yang lain.

Disebabkan pengalaman kerjanya sebagai jurutera studio rakaman, Chau juga menerbitkan banyak lagunya sendiri.

Single debutnya, "Same Sky" (同天空), dengan cepat ke udara di Hong Kong, dan dengan sekelip mata menjadi lagu hit. Single keduanya, "Six Days" (六天) juga memperoleh populariti.

Populariti Chau ditentukan dalam masa tiga hari selepas penerbitan EP debutnya Beginning, terjual lebih daripada 6000 buah. Ini menyebabkan permintaan kuat bagi penghantaran kedua EP debutnya.

Pada Mei 2008, satu duet bersama bintang harapan Cantopop diterbitkan, yang berjudul "Nothing Done" (一事無成). Lagu ini menjadi sangat popular, mencapai kejayaan komersial dan menduduki tangga teratas dalam banyak carta muzik di Hong Kong.

Pada Julai 2008, pada masa Hong Kong Book Fair, Chau menerbitkan album foto, yang mengandungi koleksi foto dan kata-katanya sendiri. Album foto ini diberi judul "Here's Where It All Began" (我的開始在這裡), dan laris terjual, dengan edisi kedua diterbitkan pada bulan berikutnya.

Album keduanya, yang berjudul Continue, diterbitkan pada 21 Ogos 2008.

Setelah menerbitkan beberapa single, Chau menerbitkan Follow pada 10 Julai 2009. Koleksi ini terdiri daripada empat trek baru, dan beberapa trek yang diterbitkan dahulu. Berikutan daripada tahun sebelumnya, Chau melancarkan satu lagi album photo bagi Hong Kong Book Fair, yang diberi judul "This Is My Time Machine" (假如我有時光 ‧ 机).

Diskografi

Album

  • November 7, 2007 - Beginning
  • August 21, 2008 - Continue
  • July 10, 2009 - Follow
  • August 20, 2010 - [Remembrance]
  • January 12, 2012 - [Get Well Soon]
  • December 18, 2012 - [Imperfect Collection]
  • August 30, 2013 - [8]

Filmografi

Filem

  • Shrek the Third sebagai suara "Gingerbread Man", dalam versi Kantonis (2007)
  • Love Is Elsewhere (愛情萬歲) sebagai "Joe Yeung" (2008)
  • 10 Promises To My Dog (我和尋回犬的十個約定) sebagai suara "Yuichi", dalam versi Kantonis (2008)
  • Madagascar: Escape 2 Africa sebagai suara "Moto Moto", dalam versi Kantonis (2008)
  • Basic Love (愛情故事) (2009)
  • Out Of Proportion (玩大咗) (2009)
  • Seven 2 One (關人7事) (2009)
  • Split Second Murders (死神傻了) (2009)
  • I Corrupt All Cops (金錢帝國) (2009)
  • Once a Gangster (飛砂風中轉) (2010)
  • The Way We Were (2011)
  • Hong Kong Ghost Stories (猛鬼愛情故事) (2011)
  • Lan Kwai Fong (喜愛夜浦) (2011)
  • I Sell Love (2014)
  • S for Sex, S for Secret (2015)
  • 12 Golden Ducks (2015)
  • Guilty (2015)
  • My Wife Is a Superstar (2015)
  • Love Detective (2015)

TV

2008

  • This Is My Home (我是香港人) sebagai Ah Siu

2009

Penampilan lain

2003

  • Wildchild (野仔) - Zhang Mou (張某)

2004

  • Monie Tung (董敏莉) - Men And Women Eating (飲食男女), Pool Party (池畔派對)
  • Stephanie Cheng (鄭融) - Popular Applause (叫好叫座)
  • Renee Dai (戴夢夢) - Witness (當事人)

2005

  • Hong Kong Baptist University Film And Television Works Masters Degree production - Life In The Works (活在筆下)

2007

  • Elanne Kong (江若琳) - Wrong Love (錯愛)

2010

  • Shiga Lin (連詩雅) - I Don't Wanna Be Lonely

Anugerah

2007

  • Commercial Radio Hong Kong - "Best New Male Singer" - Silver Award
  • Radio Television Hong Kong - "Most Promising Newcomer" - Silver Award
  • Sina Music - "My Favourite New Male Singer" - Gold Award
  • Metro Broadcast Corporation Limited - "New Male Singer"
  • Yahoo! Search Popularity Award - "New Male Singer"
  • RoadShow Music Awards - "RoadShow Best New Male Singer"

2008

  • Radio Television Hong Kong - Ten Best Chinese Songs - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)
  • Jade Solid Gold Top 10 Awards - Most Popular Duet (Gold Award) - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)
  • Metro Broadcast Corporation Limited - Best Song - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)
  • Jade Solid Gold Song Elections, First Round - Song Award for "Six Days" (六天)
  • Jade Solid Gold Song Elections, Second Round - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)
  • Gold Song Kings - "Hong Kong's Most Promising Male Newcomer"
  • Children's Songs Solid Gold - Gold Song Award for "Oh" (哦)
  • Yahoo! Music - Best Duet Song - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)
  • Sina Music - Best Duet Song - Song Award for "Nothing Done" (一事無成)

2010

  • Commercial Radio Hong Kong Ultimate Ten Song Chart - Sixth Place Award for "Prince and the Pauper" (乞丐王子)

Iklan

2003

  • K2 - advertisement
  • S. Square - advertisement
  • Sony - advertisement
  • Just Diamond - advertisement

2004

  • Nike League - advertisement
  • Coca-Cola - advertisement
  • Hong Kong Driving School - advertisement

2005

  • Champion clothes - jurucakap

2006

2007

  • Converse - advertisement
  • Indu Homme Menswear - advertisement
  • GP Wedding - advertisement
  • Puma AG Casual Wear - advertisement

2008

  • Online Game "Dance Mission" - jurucakap
  • Neway Karaoke - advertisement
  • MOOV.com - advertisement
  • Levi Strauss & Co. - advertisement
  • Clinique Men's Skincare - advertisement
  • ODM Watches - advertisement

2009

Pautan luar

Tags:

Pakho Chau BiografiPakho Chau KarierPakho Chau DiskografiPakho Chau FilmografiPakho Chau AnugerahPakho Chau IklanPakho Chau Pautan luarPakho ChauHong KongPelakonPenyanyiWarner Music

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

NeelofaKitab suci IslamMelanauFahmi FadzilSiti HariesaBugisEmpayar UthmaniyahSenarai raja-raja MelayuJam 12 jamMedia sosialSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAnwar IbrahimTahun Baru CinaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaNik Faizah MustaphaKamal Affandi HashimKementerian Pendidikan MalaysiaPiala Asia B-23 AFCNayundaAhli Sunah WaljamaahMay (kugiran)PenggunaSenarai stesen televisyen di MalaysiaKomunikasiKerisJenis air untuk bersuci dalam IslamFrekuensi radio di TerengganuTalbis IblisTanah Melayu BritishPilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu 2024Hari PekerjaAb Rauf YusohTugu NegaraDarjah kebesaran negeri TerengganuSenarai poskod di MalaysiaMyKadIntegritiKristianJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaBintara MudaHarris AlifNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSultanah Nur ZahirahBruneiPencemaran udaraDoa IftitahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraFardu KifayahSeri KembanganPeristiwa 13 MeiBoBoiBoyParti Rakyat MalaysiaCabang dan mazhab IslamBidaraFardu AinKesumLeftenan MudaBangiMOY PublicationsKata kerjaBukit Tinggi, PahangOne Cent ThiefOrang Melayu IndonesiaPakmaSepahtu Reunion LiveSarimah IbrahimP. RamleeMira FilzahVirusPerang AhzabOktovia ManroseBumiputeraMaria FaridaShaheizy SamSejarah MelakaNurfarahin JamsariMercy Malaysia🡆 More