New Musical Express (disingkatkan kepada NME) ialah sebuah penerbitan muzik British yang wujud sejak pengasasan ia sebagai sebuah majalah pada tahun 1952.
Ia menjadi sangat laris pada tahun 1970-an terutamanya dengan penumpuan kepada genre punk rock seperti yang dipelopori penulisan Julie Burchill, Paul Morley dan Tony Parsons.
Editor | Charlotte Gunn (Mac 2018 – kini) |
---|---|
Bekas editor |
|
Kategori | Music website and formerly magazine |
Kekerapan | Weekly |
Edaran | 289,432 (ABC Jul – Dec 2017) Print edition |
Pengasas | Theodore Ingham |
Tahun ditubuhkan | 1952 |
Isu pertama | 7 March 1952 |
Isu terakhir | 9 March 2018 (Print) Ongoing (Digital) |
Syarikat | Bandlab Technologies |
Negara | United Kingdom |
Bertapak di | Southwark, London, England |
Bahasa | English |
Laman web | NME.com |
ISSN | 0028-6362 |
Penerbitan ini pada asalnya lebih mengikut format surat khabar sebelum beralih kepada format majalah pada 1998; majalah ini dilancarkan semula dalam terbitan percuma serata Britain. Sementara ini pula, laman versi dalam taliannya NME.com dilancarkan tahun 1996; ia berkembang menjadi laman portal muzik terbesar di dunia dengan lebih 16 juta kunjungan dicatat etiap bulan.[perlu rujukan] Majalah cetakan ketaranya diumumkan terhentinya edarannya pada Mac 2018 setelah 66 tahun lalu ia tinggal sebagai suatu penerbitan digital.
Majalah ini berpangkalan di Southwark, London, England. Jawatan ketua editornya dipegang Charlotte Gunn menggantikan Mike Williams yang letak jawatan pada Februari 2018.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article NME, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.