Monumen Demokrasi

Monumen Demokrasi (Bahasa Thai: อนุสาวรีย์ประชาธิปไตยcode: th is deprecated Anusawari Prachathipatai) terletak di Dataran Ratchadamnoen pusat Bangkok, ibukota Thailand.

Ia didirikan sebagai memperingati suatu rampasan kuasa dan revolusi diketuai Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1932 yang menggulingkan pemerintahan mutlak Raja Prajadhipok serta membawa kepada pembentukan kerajaan berperlembagaan yang baharu untuk Siam. Phibun sendiri merancang pembinaan tersebut yang dianggapnya berperanan sehebat Arc de Triomphe dalam Bangkok.

Monumen Demokrasi
Monumen Demokrasi di pusat bandar Bangkok.

Kawasan dataran monumen ini telah menyaksikan seberapa peristiwa penting dalam sejarah Thailand sejak 1970-an sehingga kini sebagai titik tumpu para kelompok penggiat memperjuangkan tuntutan mereka sendiri.

Reka bentuk

Monumen ini direka oleh Maeo Aphaiwong, seorang jurubina dan adik kepada Khuang Aphaiwong, anggota kabinet Phibun yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Thailand selepas Perang Dunia Kedua.

terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian tengah serta empat binaan berupa sayap yang mengelilingi pusat ini. Menara tengahnya berketinggian 3 meter, manakala setiap kepak berketinggian 24 meter malah juga berjarak sama dari pusat monumen melambangkan 24 haribulan 3 iaitu tarikh berlakunya Revolusi Siam 1932 dalam takwim Thai: 24 เดือน 3 พ.ศ. 2475 (24 duean-saam phutthasakkarat 2475).

Menara tengah

Monumen Demokrasi 
Menara kecil di tengah dataran monumen

Pusat monumen ini menggambarkan ukiran kotak lontar tertulisnya Perlembagaan Thailand 1932 atas dua mangkuk sembahan (พาน phan) emas di suatu menara bulat.

Monumen Demokrasi 
Rupa puncak menara tengah monumen menggambarkan Perlembagaan Thailand

Sayap

Keempat-empat binaan berupa bentuk "kepak" menaik melambangkan empat cabang angkatan bersenjata Thailand iaitu tentera, tentera laut, tentera udara dan polis - yang melaksanakan revolusi.

Dua daripada binaan kepak ini dipasangkan suatu pancuran air berupa kepala naga.

Ukiran

Pada pangkal setiap binaan kepak pula menampakkan ukiran penceritaan revolusi dilakukan bersama rakyat jelata dan pihak tentera Siam, namun sengaja dinampakkan seolah-olah pihak tentera yang menggiat khusus memperjuangkan demokrasi sambil warga jelata dilihat sebagai penerima sumbangan semata-mata. Ukiran-ukiran ini dihasilkan seorang pengukir bangsa Itali bernama Corrado Feroci atau nama Siamnya "Silpa Bhirasi".

Rujukan

Tags:

Monumen Demokrasi Reka bentukMonumen Demokrasi RujukanMonumen DemokrasiArc de TriompheBahasa ThaiBangkokPlaek PhibunsongkhramPrajadhipokRaja berperlembagaanRevolusi Siam 1932Thailand

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Syamsul YusofAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamBryan DomaniAkut (perubatan)Senarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaAisha RetnoPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHazama AzmiNasha AzizHulu LangatKu FaridahWang LeehomNabi Lut a.s.BangladeshYasmin AhmadTalbis IblisPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaDuerra MitildaKata namaLembah KlangHarris AlifAzhar IdrusHospital Sultan Idris Shah SerdangUthman bin AffanTuanku Abdul RahmanPeraturan bola jaringKata ganti nama (bahasa Melayu)Tentera Udara Diraja MalaysiaBaju MelayuJam 24 jamMegat SharizalRindu Kasih 2Ikmal AmrySenarai negara mengikut sistem kerajaanTulisan JawiAbdul Hadi AwangMandi wajibBintara KananShaharuddin ThambyPerang UhudMetamfetaminaHukum Kanun MelakaCik ManggisSherry AlhadadMahkamah MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Dewan Negara MalaysiaKerajaan SalakanagaraPembentukan MalaysiaMati syahidNombor telefon di MalaysiaKementerian Pendidikan MalaysiaKadet Remaja Sekolah MalaysiaFadhlina SidekElizabeth TanGolongan kata (bahasa Melayu)Liga Super MalaysiaOlahragaLaksamana ArmadaPronoIntan NajuwaPerempuan Itu (drama)Rozita Che WanSenarai bank di MalaysiaKata adjektifNajib RazakAngeline TanPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaTanda-tanda KiamatNegara PalestinYang di-Pertua Negeri SabahRaja berperlembagaanIslamGoogle ScholarThailand🡆 More