Mohd Rashdan Baba: Ahli akademik Malaysia

Mohd Rashdan Baba (31 Oktober 1935–30 Mac 2020) merupakan ahli akademik Malaysia.

Beliau ialah Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama.

YBhg Prof Emeritus
Tan Sri Dato' Indera Dr. Haji

Mohd Rashdan Baba

PSM; SIMP (Pahang); SUNS (NS); JSM; PhD
Naib Canselor
Universiti Pertanian Malaysia
Dalam jawatan
4 November 1971 – 28 Februari 1982
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehProf Emeritus Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan bin Ariffin
Butiran peribadi
Lahir31 Oktober 1935
Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
Meninggal dunia30 Mac 2020(2020-03-30) (umur 84)
Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor
PasanganPuan Sri Robiyah Abdul Majid (meninggal dunia 2019)
Anak-anakDatin Dr. Rayslida
HubunganMastura Mohd Yazid (anak saudara)

Latar belakang

Rashdan Baba ialah anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1935. Semasa di sekolah, beliau pernah menjadi ketua murid pertama di Government English School Tampin, Tampin. Namanya terpapar di papan tanda di dewan sekolah hingga kini. Kemudian sambung belajar di Kolej Pertanian Malaya (1954-1957); universiti di United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) (1960) dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah (1964).

Kerjaya

Beliau menjadi Pengetua Kolej Pertanian Malaya (1965-1969), Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1969-1971) dan Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (1971-1982).

Rashdan Baba menjadi Naib Canselor pertama UKM pada 1 September 1969 kerana UKM sendiri memulakan sesi pengajiannya pada 18 Mei 1970 dan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.

Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan dasar Penswastaan, Rashdan turut sama berganding bahu mencurah pengalaman menerajui penswastaan pertama negara, iaitu Syarikat Telekom Malaysia hingga menjadi konglomerat dalam industri telekomunikasi.

Ketika kerajaan mula mengambil alih syarikat asing, Rashdan sekali lagi dilantik menerajui Guthrie menggantikan pengurus British. Namanya begitu harum dalam pentadbiran negara dan diakui semua.

Penghargaan

Rashdan dianugerahi gelaran Profesor Emeritus daripada UPM pada 14 Ogos 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UKM pada 3 Julai 1999. Beliau juga menerima Ijazah Kehormat Doctor of Science dari University of Reading dan Doctor of Law dari University of Leeds. Rashdan dilihat sebagai ikon, tokoh pendidik dan ahli korporat yang berjaya. Antara hasilnya seperti tersergam Menara Pucuk Rebung Telekom Malaysia dan Menara Telekom Alor Star.

Beliau juga telah dianugerahkan Tokoh Akademik Negara pada 2013.

Buku

Buku Dari Menara Gading ke Mercu Korporat: Biografi Rashdan Baba diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 2004.

Meninggal dunia

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Mac 2020, jam 6.59 pagi di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor. Meninggalkan anak perempuan, Datin Dr. Rayslida. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Rujukan

Tags:

Mohd Rashdan Baba Latar belakangMohd Rashdan Baba KerjayaMohd Rashdan Baba PenghargaanMohd Rashdan Baba BukuMohd Rashdan Baba Meninggal duniaMohd Rashdan Baba RujukanMohd Rashdan BabaUniversiti Pertanian Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sarimah IbrahimPronoPerceraian dalam IslamPrivate BodyguardShah AlamPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSiti HariesaMedia sosialSenarai peribahasa (A–M)Malang Si PuteriSandrinna MichelleSelawatEmpayar UthmaniyahSkizofreniaOmbak Rindu (filem)Setem (filem)Pontianak Harum Sundal MalamDarjah kebesaran negeri TerengganuTanam paksaSultan TerengganuSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAbdul Rahim Mohd NoorArab SaudiNabi Nuh a.s.HemoroidHantu dalam masyarakat MelayuAdat resam kahwin MelayuJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaMy Lovely DriverAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaBendera MalaysiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSurah At-TaubahHulu Selangor (kawasan persekutuan)Nombor telefon di MalaysiaHari WesakNadia AqilahSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Cinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSeri KembanganDaiyan TrishaTengku Permaisuri NorashikinTerengganuP. RamleeSubhanallahOktovia ManroseMyKadSkop ProductionsRinggitAkikahAsmidarMona FandeyMasjid Sri SendayanDaun terupSenarai kaum di MalaysiaUnifi TVIsteri-isteri Nabi MuhammadHannah DelishaPahangProton PrevéSenarai buahIzzue IslamAmar BaharinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqPulau PinangSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiWikipediaManchester United F.C.Ahli Sunah WaljamaahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSubang JayaAzhan RaniMamat KhalidDatuk (gelaran)Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunKesan perubahan iklimTV3🡆 More