Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia

Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia (Cina ringkas: 马来西亚华语规范理事会code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 馬來西亞華語規範理事會code: zh is deprecated ; pinyin: Mǎláixīyà Huáyǔ Guīfàn Lǐshìhuì), dengan singkatan Yufan (Bahasa Cina: 语范code: zh is deprecated ; pinyin: Yǔfàn) merupakan badan yang mengawal selia penggunaan bahasa Cina di Malaysia.

Latar belakang

Terdapat kira-kira 7.2 juta orang Cina di Malaysia (26% daripada jumlah penduduk). Penggunaan bahasa Cina dikekalkan menerus pendidikan vernakular bahasa Cina. Pelbagai dialek Bahasa Cina juga digunakan.

Kebanyakan orang Cina Malaysia menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah vernakular yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Pada tahap sekolah menengah, terdapat pelajar yang memilih untuk belajar di Sekolah Persendirian Cina.

Media bahasa Cina juga berkembang pesat di Malaysia. Sin Chew Jit Poh merupakan surat khabar yang paling banyak diedarkan berbanding dengan surat khabar lain di Malaysia. Berita bahasa Cina juga disiarkan oleh stesen television negara seperti TV2 dan Bernama TV, dan stesen swasta seperti TV3, ntv7 dan 8TV.

Tulisan Cina ringkas juga digunakan di Malaysia.

Sejarah

Pada 1997, Malaysia mengadakan Seminar tentang Pengajaran Bahasa Cina di Asia Tenggara, selepas ahli-ahli pakar bahasa Cina di Malaysia bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Kerja Pembakuan Bahasa Cina, yang merupakan pendahulu Yufan. Jawatankuasa tersebut mengandungi ahli daripada organisasi-organisasi masyarakat. Ia dibubarkan pada tahun 2003.

Untuk membakukan penggunaan bahasa Cina oleh media bahasa Cina di Malaysia, Kementerian Maklumat membentuk Majlis Pembakuan pada 12 Februari 2004.

Peranan

Majlis tersebut menyatakan bahawa misinya adalah untuk "menggalakkan penggunaan bahasa Cina baku, termasuk nama terjemahan, fonetik, tatabahasa, istilah dan teks, tanpa mengehadkan penggunaan dialek bahasa Cina." Majlis ini mengandungi 6 bahagian yang mengawal enam aspek bahasa: penterjemahan, maklumat, fonetik, tatabahasa, perkataan dan penulisan dan penerbitan.

Keahlian

Ahli Majlis mengandungi wakil daripada Kementerian Pelajaran, Persatuan Terjemahan dan Penulisan Kreatif, Gabungan Pertubuhan Cina (Huazhong), sektor pendidikan bahasa Cina swasta, Kementerian Perumahan, surat khabar bahasa Cina, stesen radio bahasa Cina dan universiti awam.

Pengerusi

Yang berikut merupakan senarai pengerusi majlis bermula dari tahun 2004:

  1. Donald Lim Siang Chai, sebagai Timbalan Menteri Maklumat (2004–2006)
  2. Hon Choon Kim, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2006–2009)
  3. Wee Ka Siong, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2009–sekarang)

Rujukan

Pautan Luar

Tags:

Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia Latar belakangMajlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia SejarahMajlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia PerananMajlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia RujukanMajlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia Pautan LuarMajlis Pembakuan Bahasa Cina MalaysiaBahasa CinaMalaysiaPinyinTulisan Cina RingkasTulisan Cina Tradisionalwikt:Guīfànwikt:Huáyǔwikt:Lǐshìhuìwikt:Mǎláixīyàwikt:华语wikt:理事会wikt:理事會wikt:范wikt:華語wikt:規範wikt:规范wikt:语wikt:馬來西亞wikt:马来西亚

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hassanal BolkiahI.D.Sayu Yang SyukurJenis darahIndiaSurah al-AlaqAmazon (syarikat)GasingEvolusiPerlembagaan MalaysiaJohan GhazaliProton ExoraTabbyHamzah bin Abdul MuttalibPrabowo SubiantoFrekuensi radio di JohorJinggaEmpayar UthmaniyahBani IsraelJoe BidenOrang Melayu MalaysiaSarah SuhairiRiz AminRedza RosliBismillahAbdul Razak HusseinKamparFarajKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeySyed Mohd Yusof Syed NasirMahathir MohamadNabi Nuh a.s.Slot AkasiaJohorMyKadPukimakCabang dan mazhab IslamUlar Tedung SelarPaolo RossiRoti johnAshabul KahfiZizi KiranaKucingWabak MesirPiala Dunia FIFA 2022Senarai saluran Astro NJOILaman UtamaAndai Itu TakdirnyaWings (kumpulan muzik Malaysia)Kerajaan Bani UmaiyahKata ganti diriSaint PetersburgWan Ji Wan HussinGerak Khas The MovieWarna liturgiSurah Al-AlaqSainsSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 Jakarta100 PLUSAdiraKecerdasan buatanPeroduaKi Hadjar DewantaraDini SchatzmannDoa IftitahSemenyihAgama BuddhaGombakPeristiwa 13 MeiZarina ZainoordinAsiaBandaraya MexicoFadillah YusofSosialisme demokratikSaleemHaidPilihan raya umum presiden Indonesia 2024🡆 More