Maharaja Jianwen

Maharaja Jianwen (Cina tradisional: 建文; Cina ringkas: 建文; pinyin: Jiànwén; Wade-Giles: Chien-wen) (5 Disember 1377–13 Julai 1402), dengan nama peribadi Zhu Yunwen, memerintah sebagai Maharaja kedua dari dinasti Ming.

Nama pemerintahan beliau iaitu Jianwen bermaksud "Penubuhan kebajikan awam".

Maharaja Jianwen
Maharaja China
Pemerintahan30 Jun 1398 – 13 Julai 1402
(4 tahun, 13 hari)
Didahului olehMaharaja Hongwu
Diikuti olehMaharaja Yongle
PasanganMaharani Ma (Jianwen)
AnakandaZhu Wenkui
Zhu Wengui
Nama penuh
Nama keluarga: Zhū (朱)
Nama diberi: Yŭnwén (允炆)
Tarikh zaman name and 
Jiànwén (建文): 6 Februari 1399 – 29 Julai 1402
Nama selepas mangkat
Maharaja Gongmin Hui
恭閔惠皇帝
Nama tokong
Tiada
KerabatDinasti Ming
AyahandaZhu Biao
BondaMaharani Dowager Lü

Bapa beliau, Putera Mahkota Zhu Biao (朱標), adalah anak lelaki dan bakal pewaris kepada Maharaja Hongwu. Apabila Zhu Biao meninggal dunia pada tahun 1392 sebelum sempat menaiki takhta, Maharaja Hongwu menjadikan anak lelaki Zhu Biao, Zhu Yunwen sebagai pengganti, bukannya adik lelaki Zhu Biao, Zhu Di.

Pemerintahan Jianwen adalah singkat (1398–1402). Selepas menaiki takhta, Maharaja Jianwen mula menekan raja-raja feudal, yang mana termasuk ayah saudara beliau, Zhu Di. Berasa terancam, pada tahun 1399 Zhu Di mula menguatkan pasukan tentera dan mula berarak ke arah Nanjing dari pangkalan beliau di utara, Beijing di bawah panji kempen Jingnan. Pada tahun 1402, tentera Zhu Di akhirnya tiba di Nanjing dan selepas pertempuran singkat, Zhu Di merampas takhta Maharaja Jianwen dan ditabalkan sebagai Maharaja Yongle.

Bagi mengelakkan ditawan, Jianwen dan perempuan-perempuan simpanan beliau dikatakan mati di dalam satu kebakaran di istana semasa rampasan kuasa ini. Jianwen dinasihatkan oleh sekumpulan sarjana, kemudian dikenali sebagai Empat Martir yang kemudian dibunuh oleh Yongle.

Beberapa khabar angin mengatakan Jianwen melepaskan diri dan menjadi seorang sami yang secara aktif mengatur pemeberontakkan menentang Zhu Di. Terdapat satu cerita yang mengatakan kehilangan Jianwen secara misteri. Setahun selepas Yongle menjadi maharaja China, Yongle menghantar dua orang agen untuk mencari kedudukan Jianwen. Khabar angin mengatakan bahawa seorang agen menemui Jianwen dan berbual dengan beliau. Oleh kerana rekod pencarian Jianwen oleh Yongle hampir musnah, kebenaran perbualan ini tidak dapat dibuktikan. Rekod pemerintahan Jianwen secara sistematik dihilangkan oleh Yongle dan tiada nama kuil diberikan kepada Jianwen.

Makam Maharaja Jianwen juga tidak diketahui.

Nota

Maharaja Jianwen
Tarikh keputeraan: 5 Disember 1377 Tarikh kemangkatan: 13 Julai 1402
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Hongwu
Maharaja China
1398–1402
Diikuti oleh:
Maharaja Yongle

Tags:

Cina tradisionalDinasti MingMaharaja ChinaPinyinWade-Giles

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan TerengganuNajua NasirYusof HaslamRazarudin HusainSenarai peribahasa (A–M)Terlanjur Cinta (drama web)Lelaki ItuPendidikan di MalaysiaNabila RazaliKota KinabaluZiana ZainSungai PetaniKerajaan Bani AbbasiyahAlhamdulillahAdam CorrieLaskar Udara KananMarissa YasminMohd Noor Helmy Abdul HalemCuti umum di MalaysiaPosisi seksualKamal Affandi HashimPontianak Harum Sundal MalamEPulau TiomanSlot SamarindaPrabowo SubiantoLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanVincent TanFrekuensi radio di JohorPenunggang AgamaSolat subuhBoBoiBoyIzzue IslamUmie AidaKomunismeMusang PulutSarawakMyKadBryan DomaniProton Holdings BerhadJasmine Suraya ChinFarajPahangSijil Tinggi Agama MalaysiaEtnik MelayuMenteri Pertahanan MalaysiaAbang Long Fadil 3Siksa KuburSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaSepupuTadau KaamatanPeraturan bola jaringAmir AhnafAkikahPetronasPerjanjian HudaibiyahKuala Kubu BharuBaby ShimaPerodua AxiaKhaliq Mehtab Mohd IshaqSenarai SBP di MalaysiaKata ganti diriMegat SharizalLencana pangkat TLDMJangan Menangis Cinta (drama)SaleemMasya-AllahGol & Gincu (filem)KL GangsterNasi lemakTakdir Itu Milik AkuKerajaan SalakanagaraFrekuensi radio di KedahDataran MerdekaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Jenis air untuk bersuci dalam IslamKumpulan Rock MalaysiaKhir Rahman🡆 More