Madurai

Madurai (Tamil: மதுரைcode: ta is deprecated dan IPA: ) ialah bandar raya yang kedua besar (selepas Chennai) di negeri Tamil Nadu, India, dengan jumlah penduduk sebanyak 1,374,838 orang (menurut banci 2001).

Ia juga merupakan kota yang paling lama dihuni di Semenanjung India. Terletak di tebing Sungai Vaigai di daerah Madurai, bandar raya ini juga dikenali secara meluas sebagai kota kuil, dan seringnya juga dipanggil:

  • Koodal Maanagar (Ibu Negeri Kebudayaan Tamil Nadu);
  • Malligai Maanagar (Kota Bunga Melur),
  • Thoonga Nagaram (Kota Tak Tidur); dan
  • Athens di Timur.
Madurai(மதுரை)
—  city  —
Madurai
Pemandangan Madurai
Pemandangan Madurai
Madurai
Madurai
Madurai
Madurai(மதுரை)
Lokasi Madurai(மதுரை)
di Tamil Nadu dan India
Koordinat 9°48′N 78°06′E / 9.8°N 78.10°E / 9.8; 78.10 78°06′E / 9.8°N 78.10°E / 9.8; 78.10
Negara Madurai India
Negeri Tamil Nadu
Daerah Daerah Madurai
Datuk Bandar Thenmozhi Gopinathan
Penduduk

Kepadatan

928,869 (2001)

8,522/km2 (22,072/sq mi)

Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

• Aras tinggi

109 sq mi (282 km²)

8 m (26 kaki)

Kod
  • • Pinkod • 625 0xx
    • Telefon • +452
    • Kenderaan • TN-58, TN-59, dan TN-64
Laman web www.maduraicorporation.in

Madurai juga merupakan ibu kota Tamadun Selatan Kuno, dengan warisan budaya yang wujud sejak 2,500 tahun dahulu. Selain itu, Madurai juga merupakan pusat perdagangan yang penting dan pernah berdagang sejauh Rom dan Yunani sejak awal 550 SM lagi.

Sejarah

Sejak sekurang-kurangnya abad ke-5 SM, Madurai merupakan pusat kuasa empayar Pandya. Sangam, sebuah akademi kuno yang membolehkan pemuisi dan penulis Tamil berkumpul dari semasa ke semasa di bawah naungan raja-raja Pandya, wujud sejak sekitar 300 SM. Nakkeerar, pemuisi zaman Sangam, telah dikaitkan dengan sebilangan episod Sundareswarar Tiruvilayaadal yang telah dilakonkan sebagai sebahagian tradisi perayaan kuil sehingga hari ini. Seawal abad ke-3 SM, Megasthanes mengunjungi Madurai, disusuli kemudian oleh banyak orang Rom dan Yunani yang berdagang dengan raja-raja Pandya tersebut.

Carta iklim untuk Madurai
JFMAMJJOSOND
 
 
20
 
30
20
 
 
14
 
32
21
 
 
18
 
35
23
 
 
55
 
37
25
 
 
70
 
37
26
 
 
40
 
36
26
 
 
50
 
36
25
 
 
104
 
35
25
 
 
119
 
34
24
 
 
188
 
32
24
 
 
145
 
30
23
 
 
51
 
29
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Nirvana Tour
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
0.8
 
86
68
 
 
0.5
 
90
70
 
 
0.7
 
95
73
 
 
2.2
 
99
77
 
 
2.8
 
99
79
 
 
1.6
 
97
79
 
 
1.9
 
96
77
 
 
4.1
 
95
77
 
 
4.7
 
93
75
 
 
7.4
 
90
75
 
 
5.7
 
86
73
 
 
2
 
84
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Mengikut legenda, kota Madurai yang asal, dikenali sebagai ThenMadurai ("Madurai di Selatan") secara tradisi, dimusnahkan oleh tsunami di kawasan kuno yang dikenali sebagai Kumari Kandam. Kota yang baharu kemudian berkembang maju sehingga abad ke-10 apabila ia ditawan oleh Dinasti Chola, pesaing utama empayar Pandya. Kemewahan Maduri kemudian dipulihkan, tetapi pada takat yang sederhana, apabila kota ini ditaklukkan oleh Empayar Vijayanagara dan diperintah oleh maharaja-maharaja Nayak. Yang paling terkenal antara maharaja-maharaja itu ialah Thirumalai Nayak. Subramanya Bharathi, pemuisi negara yang terkenal, bertugas sebagai pandit (guru) bahasa Tamil di Sekolah Tinggi Sethupathy yang terletak di kota ini pada awal abad ke-20.

Geografi dan iklim

Bandar raya Madurai yang seluas 52 km² terletak di dalam kawasan bandar yang kini mencecah melebihi 130 km². Terdapat sebuah kota desa yang dikenali sebagai Vada Madurai di daerah berjiran Dindigul, serta juga kota desa Manamadurai di daerah berjiran Sivagangai.

Madurai terletak setinggi 101 meter di atas min aras laut. Iklimnya kering dan panas, dengan hujan monsun timur laut antara Oktober hingga Disember. Hujan tahunan puratanya sekitar 85 cm. Suhu pada musim panas mencecah 40°C maksimum dan 26.3°C minimum, walaupun suhu melebihi 43°C juga agak biasa. Sebaliknya, suhu musim sejuk berbeza-beza antara 29.6°C dan 18°C.

Bahasa

Bahasa Tamil ialah bahasa utama yang dituturkan di sekitar Madurai. Bagaimanapun, dialek "Tamil Madurai" agak berbeza dengan dialek Tamil yang lain seperti "Tamil Kongu", "Tamil Nellai", "Tamil Ramnad" dan "Tamil Chennai". Selain daripada bahasa Tamil, bahasa-bahasa lain yang dituturkan termasuk bahasa Inggeris, Urdu, Malayalam, Telugu, dan Saurashtra. Sungguhpun demikian, sesetengah bahasa tersebut juga dicampurkan dengan bahasa Tamil.

Demografi

Mengikut banci India 2001, bandar raya Madurai mempunyai 928,869 penghuni di dalam kawasan perbadanan perbandaran, dan 1,194,665 penghuni di dalam kawasan bandar. Lelaki terdiri daripada 51% jumlah penduduk. Justera, terdapat hanya 968 orang perempuan bagi setiap 1,000 orang lelaki. Kadar kenal huruf purata Madurai yang sebanyak 79% adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kenal huruf purata negara sebanyak 59.5%. Kadar kenal huruf lelaki ialah 84%, manakala kadar perempuan ialah 74%. Di Madurai, 10% daripada jumlah penduduk berumur di bawah 6 tahun.

Lihat juga

  • Daerah Madurai
  • Dialek Madurai
  • Madurai (kawasan pilihan raya Lok Sabha)
  • Senarai kolej dan institut di daerah Madurai

Rujukan

Pautan luar


Tags:

Madurai SejarahMadurai Geografi dan iklimMadurai BahasaMadurai DemografiMadurai Lihat jugaMadurai RujukanMadurai Pautan luarMaduraiBahasa TamilBandar rayaChennaiIndiaIndia SelatanTamil NaduWikipedia:IPA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Radio Televisyen MalaysiaBajauBadli Shah bin AlauddinPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaLaman UtamaSepahtu Reunion LiveRevolusi PerindustrianJenayah kolar putihAbdul Razak HusseinCampaSenarai saluran AstroKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaOrang Asli di MalaysiaBumiputeraSurah Al-QadrSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSetelah Cinta Itu PergiHukum madInfrastrukturCongkakIslam di MalaysiaKonfusianismeLondonPertubuhan Pribumi PerkasaZara ZyaSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaSenarai Saintis IslamRita RudainiLiga Super Malaysia 2024–25Nabila HudaPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanPemboleh ubahSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaRiz AminWings (kumpulan muzik Malaysia)Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Siti NurhalizaSejarah MelakaDaerah di SabahSolozSenarai buahSenarai saluran Astro NJOIPerjanjian PangkorAdat resam kahwin MelayuSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanPeristiwa Bukit KepongBella AstillahSophia LianaFarah AhmadSheikh Muszaphar ShukorFrekuensi radio di PerakSarah SuhairiAnak Perjanjian SyaitanAlhamdulillahPangsapuriKobe Jae ChongBendera PalestinSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirRukun NegaraSelambut17 PuasaManatiJohorHemoroidQarinKelantanAzhar IdrusBulanMohd Safee Mohd SaliJangan Menangis Cinta (drama)Negeri-negeri Melayu BersekutuXPDCHaidNabi Adam a.s.PerlisRaja berperlembagaanIman TroyeM.O.B🡆 More