Lutheranisme

Luteranisme ialah sebuah mazhab atau cabang gereja utama dalam Agama Kristian yang berkait kepada ajaran Martin Luther, seorang agamawan abad ke-16 yang memulakan suatu pergerakan pembaharuan agama sangat berpengaruh melalui penulisan 95 Dalilnya sehingga menyebabkan suatu perpecahan doktrin dalam dunia Kristian.

Gereja ini banyak ditemui dengan jutaan penganut (diberi nama Luteran) di serata dunia. Persekutuan Luteran Sedunia menganggarkan sebanyak leibh 74 juta orang yang berada dalam gereja ini, namun ia tidak mengira gereja-gereja bermazhab ini yang tidak memasuki persekutuan ini secara rasmi mahupun tidak mengiktiraf diri sebagai gereja Luteran. Mazhab gereja ini merupakan agama rasmi di beberapa negara Nordik tertentu iaitu Iceland, Norway, Denmark, Greenland dan Kepulauan Faroe.

Latar belakang

Doktrin

Secara tradisinya, para penganut gereja ini mengiktiraf kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru sahaja sebagai suatu penurunan wahyu yang sebenar serta norma yang diterima dalam ajaran yang disebarkan oleh Yesus Kristus. Kepercayaan para penganut ini didasarkan secara formalnya kepada fahaman bahawa kitab suci sahaja yang dipakai sebagai pedoman untuk amalan dan peraturan (Sola scriptura) - maka ia juga diiktiraf sebagai suatu rujukan utama berkaitan keimanan dan moral penganut kerana ciri inspirasi, kuasa, kejelasan, kecekapan dan kecukupan kandungan yang tertulis dalam kitab-kitab tersebut.

Tritunggal

Para penganut mazhab ini berkepercayaan kepada konsep Tritunggal. Mereka menolak tanggapan bahawa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak merupakan "wajah" kepada Tuhan yang sama kerana mereka berdasarkan kepada kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru yang membezakan dua entiti ini secara khusus dan terperinci. Penganut Luteranisme juga percaya bahawa Roh Kudus berasal daripada kedua-dua Tuhan Bapa dan Tuhan Anak.

Pembaptisan

Para Luteran percaya bahawa amalan pembaptisan ialah suatu amalan yang dilihat menyelamatkan (saving work of God) di mana ia dipercayai termaktub dan di oleh Yesus sendiri.

Perjamuan Suci

Orang Luteran percaya bahawa jasad dan darah Yesus itu ada "dalam, bersama dan melalui bentuk" bahan roti dan wain yang diperjamukan kepada sesiapa sahaja yang menjamah kedua-dua bahan ini.

Amalan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Lutheranisme Latar belakangLutheranisme DoktrinLutheranisme AmalanLutheranisme RujukanLutheranisme Pautan luarLutheranisme95 DalilAgama KristianDunia KristianMartin LutherReformasi Protestan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ummi NazeeraPembukaan Kota MekahKelapa sawitAdat resamMalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Gennaro GattusoKonfusianismeKamus DewanOmanSenarai negara mengikut keluasanNombor telefon di MalaysiaCendolKucingNabi Nuh a.s.Menteri Pendidikan MalaysiaLee Kee HiongSenarai bank di MalaysiaLimau nipisBaju kebayaPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanBatu Bersurat TerengganuMia KhalifaUndang-undangRedza RosliPolis EVO 3JudiLingga (Hindu)OptimismeBatik Air MalaysiaMat KilauRejimen Askar Melayu DiRajaAmir AhnafBendaharaIskandar ChempakaSurah Al-AlaqRaja Zarith SofiahSunan KalijagaKimpalanTerengganuPahangMohd Na'im MokhtarSlot SamarindaBaksoPembentukan MalaysiaMamat KhalidNajua NasirBaby ShimaEyka FarhanaAndai Itu TakdirnyaPrivate BodyguardAmelia HendersonSSC NapoliFrekuensi radio di Negeri SembilanSolat jamakKL GangsterFrekuensi radio di TerengganuSugionoDaerah di SabahJepunSenarai stesen radio di MalaysiaManatiIjazah sarjanaPerdana Menteri MalaysiaSultan JohorMasjid Sri SendayanTeknologiUniversiti Sains MalaysiaAmyra RosliDataran MerdekaAmerika SyarikatDewan Negara MalaysiaBella DowannaFarah AhmadVirusLiga Super Malaysia 2024–25Jessica MilaHuminodun🡆 More