Kerajang Aluminium

Kerajang aluminium ialah aluminium yang dibentuk menjadi kerajang nipis dengan ketebalan kurang daripada 0.2 mm; namun kerajang lebih nipis daripada 6 μm juga biasa digunakan.

Kerajang untuk kegunaan rumah biasanya berukuran 0.016 mm tebal manakala  kerajang tugas berat rumah foil berketebalan 0.024 mm. Aluminium yang diproses sebegini mudah dilentur sehingga boleh dibengkok atau dibalut keliling objek. Kerajang jenis lebih nipis bersifat rapuh dan kadangkalanya dilapisi bahan-bahan lain seperti plastik atau kertas agar ia lebih berguna.

Kerajang Aluminium
Selembar kerajang aluminium

Sifat

Kerajang aluminium yang lebih tebal daripada 25 µm tidak telap kepada oksigen dan air. Kerajang lebih tipis daripada ketebalan ini menjadi sedikit telap kerana lubang-lubang halus yang terhasil daripada proses pembentukannya.

Kerajang ini mempunyai satu sisi yang berkilat dan satu sisi yang kemayangan (matte) juga hasil daripada penggilingan aluminium mentah, di mana dua kepingan aluminium digilingkan bersama-bersama untuk cukup muat ke dalam ruang antara penggiling. Maka, bahagian luarnya tampak menggilap manakala bahagian dalamnya kelihatan kusam sebelum kedua-dua kepungan tersebut dipisahkan. Foil mungkin mempunyai lapisan tidak melekat pada hanya satu pihak. Daya pemantulan kerajang aluminium yang lebih licin ialah 88% manakala kerajang yang lebih kusam mempunyai daya pemantulan sebanyak kira-kira 80%.

Kegunaan

Pembungkusan aluminium digunakan atas kebolehannya melindungi bahan-bahan makanan dan farmaseutikal daripada cahaya dan oksigen yang boleh menguraikan kandungan lemak sehingga melepaskan bau tengik, kelembapan dan bakteria serta bau-bauan yang menjejaskan rasa kandungan tersebut. Ia juga digunakan dalam kaedah barbeku makanan yang lembut, seperti cendawan dan sayuran.

Kerajang ini turut digunakan sebagai bahan penebat; yakni sebagai pengadang atau pemantul radiasi, penukar haba (bersifat mengalirkan haba) mahupun sebagai pelapik wayar (menebat dan mengalirkan elektrik).

Rujukan

Tags:

Kerajang Aluminium SifatKerajang Aluminium KegunaanKerajang Aluminium RujukanKerajang Aluminium Pautan luarKerajang AluminiumAluminiumKertasMikrometerPlastik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TerengganuPutri JannahPerkahwinan menurut IslamDollaUngku Ismail AzizBaju MelayuCabang dan mazhab IslamAdam CorrieIsteri-isteri Nabi MuhammadSultan Mizan Zainal AbidinRukun NegaraGeografi JohorSepahtu Reunion Al-RayaAbdul Razak HusseinSiti HariesaAtikah SuhaimeRamli M. S.Frekuensi radio di SabahSandrinna MichelleTauhid RububiyahJambatan Pulau PinangTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahNabi Yusuf a.s.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungStadium Petaling JayaKaum DusunTentera Udara Diraja MalaysiaMuhammad bin Idris al-SyafiiSeri KembanganBuah kerasKementerian Pendidikan MalaysiaKerajaan Bani UmaiyahPetronasZainol MacWilsonMaktab Rendah Sains MARASyasyaKedah TuaEjen AliAstrolabAbdul Taib MahmudJangan Menangis Cinta (drama)Slot MegaDramaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Khulafa al-RasyidinZahirah MacWilsonFilem Malaysia tahun 2024Genting HighlandsAziz HarunKeropok lekorBatu PahatAmar BaharinEmpayar UthmaniyahMaria OzawaSofia JaneSolat jamakTakdir Itu Milik AkuManchester United F.C.Upacara kematian orang CinaZarina ZainuddinAn-Nuayman bin AmrSenarai perbandingan pangkat tenteraSiti SalehaAmy SearchSolat Sunat NikahRazarudin HusainRicheese FactorySenarai Akta Parlimen MalaysiaPendidikan di IndonesiaUmie AidaPerlembagaan MalaysiaLaman UtamaPemancutan maniJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaShaheizy SamNur FazuraTwitterFrekuensi radio di KelantanAdira🡆 More