Buku Katedral dan Bazaar atau nama asalnya The Cathedral and the Bazaar: Musings on Linux and Open Source by an Accidental Revolutionary (diringkaskan kepada CatB) ialah sebuah esei oleh Eric S.
Raymond">Eric S. Raymond tentang kaedah-kaedah kejuruteraan perisian. Penulisan Raymond berlandaskan pemerhatiannya terhadap proses pembangunan inti Linux dan pengalamannya mengurus sebuah projek sumber terbuka, Fetchmail. Buku memeriksa pergelutan yang berlaku dalam proses reka atas ke bawah dan bawah ke atas. Esei ini pertama kalinya dipersembahkan oleh penulis pada Linux Kongress pada 27 Mei 1997 di bandar Wurzburg Jerman dan dimuatkan ke dalam buku pada tahun 1999.
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Eric S. Raymond | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | O'Reilly Media | ||
Tarikh penerbitan | 1999 | ||
Halaman | 241 | ||
Kawalan kewibawaan | |||
ISBN | ISBN 1-565-92724-9 | ||
OCLC | 42420737 | ||
005.4/32 21 | |||
LCC | QA76.76.O63 R396 1999 | ||
Kronologi | |||
|
Ilustrasi kulit buku ialah lukisan (1913) oleh Liubov Popova digelar Composition with Figures dan sekarang dimiliki State Tretyakov Gallery di Moscow, Rusia.
Esei membezakan dua model pembangunan bagi perisian percuma:
Tesis utama esei ialah saranan Raymond bahawa "sekiranya terdapat banyak mata yang memandang, kesemua pepijat komputer menjadi cetek" (yang digelarnya Linus' Law (Hukum Linus)): Lagi meluas penyebaran sesuatu kod sumber bagi tujuan ujian, pemeriksaan dan uji kaji, maka lebih pantaslah pepijat diketemu. Sebaliknya Raymond mendakwa banyak diperlukan untuk mencari pepijat dalam model Katedral oleh sebab kod hanya terdapat pada sebilngan kecil pembangun perisian.
Terdapat 19 hujah bagaimana menghasilkan perisian sumber terbukan yang baik dalam buku::
Esei Raymond ini berjaya meyakinkan para pembangun projek perisian terbuka dan perisian percuma agar mengambil gaya pembangunan Bazaar sepenuhnya ataupun separa—termasuk GNU Emacs dan GCC, cpntoh-contoh asal model pembangunan Cathedral. Paling termasyhur, ia mendorong Netscape Communications Corporation melepaskan kod sumber pelayar Netscape Communicator dan memulakan projek Mozilla.
Apabila buku dikeluarkan oleh O'Reilly Media pada tahun 1999, ia menjadi buku penerbitan komersial pertama yang dikeluarkan di bawah Lesen Penerbitan Terbuka. Penyusunan huruf dibuat menggunakan GNU Emacs, bahasa penanda DocBook 4.1 dan set perkakas pemformatan yang dibangunkan Steve Talbott, Norm Walsh, dan Lenny Muellner dengan menggunakan Perl dan GNU troff.
Dalam eseinya bertajuk The Hive, Marshall Poe menyamakan Wiki dengan model Bazar yang mengikut takrif Raymond.
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Katedral dan Bazar (buku) |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Katedral dan Bazar (buku), which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.