Julian Brandt

Julian Brandt (2 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi sayap untuk kelab Jerman, Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Jerman.

Julian Brandt
Julian Brandt
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-05-02) 2 Mei 1996 (umur 27)
Tempat lahir Bremen, Jerman
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 19
Kerjaya remaja
2001–2009 SC Borgfeld
2009–2011 FC Oberneuland
2011–2013 VfL Wolfsburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014 Bayer Leverkusen II 1 (1)
2014–2019 Bayer Leverkusen 164 (33)
2019– Borussia Dortmund 131 (25)
Pasukan kebangsaan
2011 Jerman B15 2 (2)
2011–2012 Jerman B16 3 (1)
2012–2013 Jerman B17 19 (5)
2013–2014 Jerman B19 14 (2)
2015 Jerman B20 6 (2)
2015– Jerman B21 8 (1)
2016 Olimpik Jerman 6 (0)
2016– Jerman 44 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Brandt telah melakukan 55 penampilan untuk pasukan remaja Jerman dari pasukan bawah-15 hingga pasukan bawah-21. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman yang memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 pada tahun 2014.

Kerjaya kelab

Pada zaman remajanya, Brandt beraksi untuk pasukan setempat, SC Borgfeld dan seterusnya di FC Oberneuland sebelum beliau sertai akademi VfL Wolfsburg.

Pada tahun 2014, Brandt berpindah ke Bayer 04 Leverkusen pada jendela perpindahan Januari dengan bayaran perpindahan 350 ribu euro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2014 dalam perlawanan Bundesliga menentang Schalke 04. Beliau menggantikan Son Heung-Min pada minit ke-82 sebelum perlawanan berkesudahan Leverkusen tewas 1-2. Tiga hari kemudian, beliau melakukan debut di perlawanan Eropah menentang Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara. Pada 4 April 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen namun pasukannya tewas 1-2 menentang Hamburger SV.

Pada 15 Ogos 2015, Brandt menjaringkan gol kemenangan Leverkusen selepas dimasukkan ke padang ketika menentang TSG 1899 Hoffenheim pada perlawanan pembukaan musim 2015-16.

Antara 20 Mac dan 30 April 2016, beliau menjaringkan gol dalam enam perlawanan Bundesliga berturut-turut sekali gus meletakkan belia pemain termuda pertama berbuat demikian sejak Gerd Müller.

Pada 30 September 2016, Julian dicalonkan dalam Anugerah Golden Boy bersama 39 pemain-pemain bawah 21 tahun yang berbakat dan memiliki potensi besar.

Kerjaya antarabangsa

Pada 17 Mei 2016, Brandt dinamakan ke dalam senarai 27 pemain Jerman ke skuad UEFA Euro 2016.

Beliau sebahagian daripada skuad Sukan Olimpik 2016 yang meraih pingat perak.

Pencapaian

Antarabangsa

    Jerman B19
  • Kejohanan Eropah: 2014 (Pingat emas)

Catatan

Tags:

Julian Brandt Kerjaya kelabJulian Brandt Kerjaya antarabangsaJulian Brandt PencapaianJulian Brandt CatatanJulian Brandt Pautan luarJulian BrandtBorussia DortmundPasukan bola sepak kebangsaan JermanPemain tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Folikel buluPrabowo SubiantoTentera Darat Malaysia18 Puasa di Kampong PisangFahmi FadzilUmmi NazeeraSyafiq YusofAisha RetnoMenara Berkembar PetronasSumber primerTulisan JawiWan Junaidi Tuanku JaafarMediaKhulafa al-RasyidinParameswaraNina IskandarHuminodunAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminSains sosialQiamullailSyed Danial Syed AhmadIslamZUS CoffeePasukan Gerakan AmAllahKerajaan TarumanagaraElizabeth TanRuhainiesAsnafMaryamRoti johnMarlia MusaPembantu perubatanLailatulqadarKelantanGereja KatolikSarawakAbang Johari Tun OpengPeribahasa MelayuPenyelenggaraanPersekutuan Pengakap MalaysiaLee Kee HiongSerpihan SayangAdiraGajahJangan Menangis Cinta (drama)Asha MericanT-araPuncak AlamLaluan Kelana JayaPutri JannahKerisGolongan kata (bahasa Melayu)1Abdul Razak HusseinSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSarimah IbrahimDaiyan TrishaRiz AminHadis MutawatirLiga Super Malaysia 2024–25Surah Al-InsyirahNajib RazakSenarai Surah Al-QuranGennaro GattusoSukan elektronikTakwim HijrahYasmin AhmadPeristiwa Memali 1985Kuala Kubu BharuSungai BulohSlot SakuraKhalid bin al-WalidMustapha KamalKulitJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSelangorKelur🡆 More