Illa Sabry

Fasillah Sabry (lahir 15 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau terkenal dengan lagu "Keranamu Kekasih" yang menjadi lagu tema filem Gerak Khas The Movie.

Illa Sabry
Nama lahirFasillah binti Sabry
Kelahiran (1979-03-15) 15 Mac 1979 (umur 45)
Kangar, Perlis, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, ahli perniagaan
InstrumenVokal
Tahun aktif2001–2004
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Zamani

Kehidupan dan kerjaya

Illa Sabry dilahirkan pada 15 Mac 1979 di Kangar, Perlis dan merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarganya. Sebagai pelajar, beliau mengikuti kursus perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, namun berhenti kerana berpendapat ia bukan jurusan pilihan. Illa hampir terkandas kerana keputusan nilai gred purata (CGPA) di bawah paras bahaya. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Illa memulakan kerjaya muzik pada 2001 apabila beliau melancarkan single sulungnya, "Keranamu Kekasih" yang terpilih sebagai lagu tema filem Gerak Khas The Movie arahan Yusof Haslam. Beliau turut membuat penampilan kameo sebagai penyanyi pancaragam dalam filem itu. Beliau kemudian melancarkan album sulungnya, Jatuh Cinta yang memuatkan 10 lagu dengan empat daripadanya termasuk "Keranamu Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Illa juga berduet dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani menerusi lagu "Saat Bahagia". Beliau juga pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15, namun ia dimenangi oleh Maya Karin.

Tiga tahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau juga pernah bekerja sebagai perunding media dan perunding majlis. Pada tahun 2011, Illa merancang untuk membuat kemunculan semula dalam industri muzik, namun tidak menjadi kenyataan. Pada masa ini, beliau bergiat aktif menguruskan perniagaannya namun masih tetap aktif dalam bidang muzik.

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Jatuh Cinta

Lagu

Tajuk Tahun
"Keranamu Kekasih" 2001
"Jatuh Cinta"
"Saat Bahagia"
"Episod Cinta"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Gerak Khas The Movie Penyanyi pancaragam Penampilan kameo.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 Artis Baru Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Illa Sabry Kehidupan dan kerjayaIlla Sabry DiskografiIlla Sabry FilemografiIlla Sabry Anugerah dan pencalonanIlla Sabry RujukanIlla Sabry Pautan luarIlla SabryGerak Khas The MovieKeranamu KekasihMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Naszriah NgasriDasar Ekonomi BaruArif AimanBendera MalaysiaSolozKejuruteraan awamPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaAdi PutraOlahragaMenteri Besar JohorOrang Melayu MalaysiaNabi Musa menyeberangi Laut MerahTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahMarlia MusaIbnu KhaldunSunan BonangUmar bin Al-KhattabRukun IslamSarimah IbrahimPeristiwa Memali 1985Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPeroduaDugongAdnan Abu HassanAedy AshrafKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSerpihan SayangRumah teresNombor dalam budaya CinaFatimah al-ZahraMasjidKabupaten Lampung TengahInflasiWings (kumpulan muzik Malaysia)Farah AhmadCabang dan mazhab IslamAzam AzmiNabiNaim DanielSyed Mokhtar Al-BukharyKaabahKementerian Dalam Negeri MalaysiaJuzBahasa LampungIsteri-isteri Nabi MuhammadPangsapuriRaja berperlembagaanMuhamad Akmal SalehPuteri KhareezaSejarah al-QuranKerajaan TarumanagaraJenis darahTakwim HijrahNabi Musa a.s.Onn Hafiz GhaziNorreen ImanPasukan bola sepak kebangsaan OmanIslam di MalaysiaSyahadahKerisWawa ZainalNabi Isa a.s.Ayu RaudhahFrekuensi radio di PahangPuchong, SelangorSolat jamakAzan dan iqamatSifat-sifat AllahKuala Kubu BharuIsu kalimah Allah pada stoking 2024Aliff Dalam 7 DimensiGunung KinabaluHero RemajaBahasa ArabKontrak sosial (Malaysia)Negeri SembilanTanam paksaSekolah Henry Gurney🡆 More