Horizon Zero Dawn: Permainan video terbitan tahun 2017

Horizon Zero Dawn ialah sebuah permainan video berperanan aksi ciptaan Guerrilla Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment.

Cerita permainan mengisahkan Aloy, seorang pemburu wanita muda dalam sebuah dunia yang ditakluki robot berupakan makhluk yang ingin menerokai sejarah silamnya. Pemain berpilihan untuk menggunakan senjata jarak jauh, lembing serta kaedah selinap dalam melawan robot serta musuh-musuh lain. Sebuah carta pokok kemahiran membolehkan pemain memperoleh kemahiran baharu serta penambahbaikan kemahiran. Selain itu, para pemain juga berpeluang menerokai dunia terbuka untuk menjelajah tempat-tempat baharu serta melakukan tugasan sampingan. Permainan ini dilancarkan di PlayStation 4 pada 2017 serta Microsoft Windows pada 2020.

Horizon Zero Dawn
PembangunGuerrilla Games
PenerbitSony Interactive Entertainment
PengarahMathijs de Jonge
PengeluarLambert Wolterbeek Muller
Pengatur caraMichiel van der Leeuw
ArtisJan-Bart van Beek
Penulis
  • John Gonzalez
  • Ben McCaw
Komposer
  • Joris de Man
  • The Flight
  • Niels van der Leest
  • Jonathan Williams
EnjinDecima
Platform
PelepasanPlayStation 4
  • NA: 28 Februari 2017
  • PAL: 1 Mac 2017
Microsoft Windows
  • WW: 7 Ogos 2020
GenreBerperanan aksi
ModPemain tunggal

Permainan ini ialah permainan asli Guerilla Games sejak Killzone pada 2004 serta permainan berperanan pertama mereka. Pembangunan permainan bermula sejak 2011 selepas siapnya Killzone 3 dengan Mathijs de Jonge sebagai pengarah. Enjin permainan, Decima yang pernah digunakan dalam Killzone: Shadow Fall direka semula bagi Horizon Zero Dawn. Dengan latar masa pascaapokalips, para ahli antropologi telah dijadikan rujukan bagi memperhalusi latar tempat dalam situasi itu. Runut bunyi diketuai oleh Joris de Man bersama-sama sumbangan oleh The Flight.

Horizon Zero Dawn banyak dipuji daripada aspek dunia terbuka, penceritaan, visual, gaya perlawanan, perwatakan serta lakonan suara meskipun ada kritikan daripada segi dialog, gaya perlawanan hendap serta model watak. Permainan ini berjaya terjual sebanyak lebih 10 juta salinan setakat Februari 2019, menjadikan permainan ini sebagai salah satu permainan-permainan terlaris dalam sejarah PlayStation 4. Sebuah kandungan perluasan, The Frozen Wilds dilancarkan November 2017. Sementera itu, permainan susulan, Horizon Forbidden West, kini dalam pembangunan dan dijadualkan dilancarkan pada 2021 di PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Nota

Pautan luar

Tags:

Dunia terbukaMicrosoft WindowsPermainan video berperanan aksiPlayStation 4Sony Interactive Entertainment

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nadia BrianImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Mohd Shuhaily Mohd ZainNik Abdul Aziz Nik MatAmir NafisCapriceAyat kursiUjian dadahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunHari GawaiPentaksiran Tingkatan TigaDini SchatzmannHidroterapiNajua NasirHemoroidMohammad Ab RahmanMy Lovely DriverJata MalaysiaSenarai poskod di MalaysiaKristianPiala Asia AFCShukri YahayaNadhir Nasar10 Briged ParaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSekali Lagi Cinta KembaliNeelofaSenarai sistem badan manusiaThe Original GangsterJoe FlizzowTentera Udara Diraja MalaysiaPiala Asia B-23 AFCCinta Buat DaraKKN di Desa Penari (filem)De FamKlangKhawarijPuteri BalqisP. RamleeOktovia ManroseAmy SearchSunan GresikSungai BulohTunku Ismail ibni Sultan IbrahimLiwatFarali KhanXPDCAziz M. OsmanBarisan NasionalMierul AimanAaron AzizSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarAdnan bin SaidiMay (kugiran)Nabi Yusuf a.s.Sultan Muhammad VPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Kata kerja transitifHikayat Merong MahawangsaGunung KinabaluJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPuaka Cuti SemesterBukit TaburAmir AhnafSungai GolokTanda dan gejalaSingapuraPil kudaUmie AidaKulim (bandar)Marie AntoinetteRozita Che WanNabi Lut a.s.Majlis Raja-RajaQueen of TearsKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Nazim Othman🡆 More