Pembebasan Harimau Tamil Eelam (Tamil: தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள்code: ta is deprecated , bahasa Inggeris: Liberation Tigers of Tamil Eelamcode: en is deprecated , singkatan: LTTE) yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka.
Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat.
Pembebasan Harimau Tamil Eelam Liberation Tigers of Tamil Eelam தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள் | |
---|---|
Tarikh operasi | 1976 –2009 |
Pemimpin | Velupillai Prabhakaran |
Motif | Mewujudkan negeri Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka |
Kawasan utama | Sri Lanka |
Ideologi | Nationalisme Tamil |
Status | Setakat 6 April, 2009, menguasai lebih 55 km2 kawasan di utara Sri Lanka, dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh 32 buah negara |
LTTE diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran pada 1975 bagi memperjuangkan nasib kaum Tamil dan kumpulan ini menerima sokongan padu daripada belia Tamil yang kecewa dengan kebanyakan dasar kerajaan Sri Lanka.
Tujuan utama untuk membantu dari penyeksaan, kekejaaman kerajaan sinhala kepada gologan minoriti Tamil Eelam dengan niat hapuskan semua etnit untuk Tujuan perkembangan etnit sinhala.keluasaan pembunuhan terhadap Tamil Eelam sekiranya bersuara berkenaan kekejaman kerajaan.
Corak perjuangan dari serangan kecil-kecilan kepada pengebom berani mati 1980-an dan menggunakan helikopter dan kapal terbang pada 1990-an dan menguasai wilayah dan bandar di utara dan timur Sri Lanka dan 2000-an.
Menteri Perkhidmatan dan Kebajikan Sosial Sri Lanka, Douglas Devananda mengalami 12 cubaan membunuh dan kali terakhir pada 28 Nov 2008 apabila seorang wanita pengebom berani mati cuba membunuh beliau di pejabatnya. Dalam kejadian itu, setiausaha peribadi Douglas terbunuh.
Dari 1990 - 2009 lebih 700,000 terbunuh dan hampir 700,000 rakyat Sri Lanka terpaksa meninggalkan kampung halaman akibat perang saudara antara kaum Singhala dengan Tamil Eelam. Akibat perperangan ini, mereka tidak ada suara, tidak ada kehidupan, tapi banyak janda dan anak yatim.
Di Tamil Nadu, selatan India, terdapat 117 kem pelarian yang menjadi tempat berteduh bagi 80,000 anggota masyarakat Tamil Sri Lanka yang meninggalkan tanah tumpah darah mereka sejak bermulanya pemberontakan LTTE, manakala kira-kira 40,000 orang lagi tinggal di luar kem berkenaan.
S.C. Chandrahasan, pengasas Pertubuhan bagi Pemulihan Pelarian Eelam cuba membaiki nasib Tamil Eelam ini.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Harimau Pembebasan Tamil Eelam, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.