Tok Janggut

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu.

Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut yang diberikan kepada beliau adalah kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada.

Tok Janggut
Tok Janggut
Kelahiran
Mat Hassan bin Mat Munas

1853
Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Meninggal dunia25 Mei 1915
Kota Bharu, Kelantan
Nama lainTok Janggut
Pendidikan
Pekerjaan
  • petani
  • peniaga
Terkenal keranaPenentang Penjajahan British

Kehidupan

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian darah dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai tanah
  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada tahun 1914, pentadbiran daerah Jeram, Pasir Puteh telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun-temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal dari luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan yang membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun). Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di Terengganu, Kelantan dan Siam apabila British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Rujukan

  • Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan. Singapore University Press. ISBN 967169316X.
  • Laman web Perpustakaan Negara Malaysia Diarkibkan 2009-01-20 di Wayback Machine

Nota kaki

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Tok Janggut KehidupanTok Janggut RujukanTok Janggut Nota kakiTok Janggut Lihat jugaTok Janggut Pautan luarTok JanggutAgamaBritishCukaiIslamKelantanPerang Tok JanggutTanah Melayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

VAT 69/UTKBendera MalaysiaAbdul Rahman HashimLaskar MudaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaRazarudin HusainSalahuddin al-AyyubiSulfur dioksidaBatu Bersurat TerengganuTrisha OoiPuasa (Islam)KelantanNadia AqilahDewan Rakyat MalaysiaKerajaan Bani AbbasiyahKetua Polis Negara MalaysiaEtnik MelayuPak Ketipak KetipungHutan hujan Semenanjung MalaysiaSunan Gunung JatiOrang JawaKemahiran interpersonalPengenalan kepada virusSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSejarah SingapuraSarah SuhairiHisteriaShakira (drama)Parlimen MalaysiaSenarai mukim di PerakSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirSyasyaMenteri Pertahanan MalaysiaTengku Permaisuri NorashikinOrang Asli di MalaysiaBruneiLeftenan KolonelPerceraian dalam IslamMahligai PermataKerajaan Bani UmaiyahPolitik balas budiKesan rumah hijauYusof HaslamSunan AmpelTalasemiaJabatan Perangkaan MalaysiaPantang larang MelayuAyamLeftenan (tentera laut)Orang BanjarBunga rayaKata kerja transitifTimbalan Perdana Menteri MalaysiaSikorsky S-61A-4 NuriYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSyed Mokhtar Al-BukharyMarsyal TUDMJ RevolusiAnugerah AidilfitriKumpulan Wang Simpanan PekerjaPegawai Waran Udara ISlot MegaDramaRozita Che WanGeografi IndonesiaHarimauBarisan NasionalPetronasSophia LianaKuala Kubu BharuTanam paksaNabila HudaMy Lovely DriverIsmail Sabri YaakobCiri-ciri orang munafikEmpayar UthmaniyahBanjaran TitiwangsaFahmi FadzilPangkat tentera🡆 More