Go Shop

Go Shop ialah sebuah saluran televisyen membeli-belah berbayar dan perkhidmatan beli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia yang dimiliki oleh Astro GS Shop, usahasama antara konglomerat media, Astro Malaysia Holdings dan syarikat peruncitan multimedia Korea Selatan, GS Retail.

Saluran ini terbahagi kepada tiga – Ruuma, Gaaya dan Baaru. Rancangan-rancangan Go Shop juga sebelum ini disiarkan di beberapa saluran Astro seperti Astro Ria dan Astro Prima.

GoShop
Go Shop
NegaraMalaysia
Kawasan siaranSeluruh negara
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Mandarin
Tamil
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro GS Shop Sdn. Bhd.
(usahasama Astro Malaysia Holdings dan GS Retail)
IndukAstro
Sejarah
Dilancarkan
  • 1 November 2014; 9 tahun yang lalu (2014-11-01)
    (Astro & NJOI)
  • 1 September 2019; 4 tahun yang lalu (2019-09-01)
    (MYTV Saluran 120)
Ditutup
  • 19 Jun 2022; 21 bulan yang lalu (2022-06-19)
    (MYTV Saluran 120)
  • 12 Oktober 2023; 6 bulan yang lalu (2023-10-12)
    (Astro & NJOI)
Pautan
Laman webwww.goshop.com.my

Sejarah

Go Shop pra-dilancarkan pada 1 November 2014 dan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2015 apabila Astro Malaysia Holdings menandatangani perjanjian dengan GS Retail (dahulunya GS Home Shopping) bagi mewujudkan sebuah saluran membeli-belah berkonsepkan gaya hidup di Malaysia. Ia telah menerima sokongan yang memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk setakat pada Februari 2015. Astro menyediakan platform media dan penerbitan rancangan manakala GS Home Shopping menyediakan produk dan logistik. Jumlah permodalan usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.

Saluran Go Shop bahasa Mandarin dilancarkan pada 19 Oktober 2015 dan bersiaran di saluran 318. Kira-kira 70% daripada pembelian produk di Go Shop dibuat melalui pembayaran tunai semasa penghantaran, dengan kadar pembatalan 5%. Pada 1 Februari 2020, Go Shop menjenamakan semula dua salurannya dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping!, iaitu Ruuma di saluran 118 dan Gaaya di saluran 120. Pada 24 Julai 2021, Go Shop saluran 111 dijenamakan semula sebagai Baaru.

Pada 1 September 2019, Go Shop tersedia sebagai saluran terestrial percuma di MYTV menerusi Saluran 120, tetapi menamatkan penyiarannya pada 19 Jun 2022.

Pada 2 Oktober 2023, Astro mengumumkan bahawa Go Shop akan menamatkan operasinya sebagai sebahagian daripada penjajaran semula strategiknya dengan penutupannya berkuatkuasa 11 Oktober. Astro memetik "landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar dan perubahan dalam tingkah laku membeli-belah pengguna", merujuk kepada keputusan para pembeli rancangan itu untuk kembali ke pusat membeli-belah secara fizikal terutamanya pasca pandemik COVID-19, sebagai punca penutupan Go Shop.

Bekas pengacara

  • Addy Junaidi
  • Aina Kamalia
  • Akma Abdullah
  • Anna Aljuffrey
  • Aswad Jalil
  • Asyraf Roslan
  • Azrul Zaidi
  • Fadzly Fuad (undangan khas)
  • Hazim Shauki
  • Jimmy Shanley
  • Juliana Ramle
  • Kim Hassan
  • Liza Khairuddin
  • Raianna Rahman
  • Sufian Amri
  • Suraya Yeop Jr.
  • Syaff Shukri (undangan khas)
  • Syakirin Husnal
  • Syanim Farid
  • Tiong Button

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Go Shop SejarahGo Shop Bekas pengacaraGo Shop Lihat jugaGo Shop RujukanGo Shop Pautan luarGo ShopAstro (televisyen satelit)Astro Malaysia HoldingsAstro PrimaAstro Ria

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kerajaan Bani AbbasiyahBumiputeraSukanAbang Johari Tun OpengAwesome TVTony EusoffKebudayaan MalaysiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSophia LianaSiti HariesaSelangorPersekutuan Pengakap MalaysiaSharifah ShahirahWhatsAppPerkahwinan menurut IslamSahurCuti umum di MalaysiaJins ShamsuddinBubur lambukJam 24 jamHishammuddin HusseinPasukan bola sepak kebangsaan Korea UtaraAwieLaila NasirKhir RahmanIndiaTom HanksAshabul KahfiMamat KhalidKedah TuaAl-QuranJanna NickPolis Diraja MalaysiaTrisha OoiKucingYogurtIbanBulanSejarah al-QuranPilihan raya umum Malaysia 2022NoorkumalasariSherry AlhadadBak kut tehImam MahdiSenarai Raja-Raja MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaPenyakit koronavirus 2019Pemboleh ubahGeografi IndonesiaTenaga Nasional BerhadAtikah SuhaimePembenihan awanFauzi NawawiJakartaKelurSurah Al-QadrPulau PinangFalsafah Pendidikan MalaysiaTulisan JawiEmma MaembongPuteri KhareezaSekolah Menengah Kebangsaan LikasNombor dalam budaya CinaNabi Ya'akub a.s.Negeri SembilanPukimakManatiSolat Sunat Tahiyyatul MasjidIslamNabi Idris a.s.Pembukaan Kota MekahPlat pendaftaran kenderaan Malaysia15 Puasa (telefilem)Hukum Kanun MelakaRuqyahPerang BadarMasakan IndiaAlisson🡆 More