Gas Petroleum Cecair

Gas petroleum cecair  (dipendekkan sebagai LPG daripada  Liquefied / Liquid Petroleum Gas ), juga dikenali secara ringkasnya sebagai propana atau butana, merupakan campuran gas hidrokarbon mudah terbakar yang digunakan sebagai bahan api dalam alat pemanasan, alat memasak serta kenderaan.

Gas Petroleum Cecair
Dua unit tong LPG 45 kg (99 lb) di New Zealand digunakan untuk bekalan tenaga dalam rumah.

Ia semakin kerap digunakan sebagai bahan pendorong aerosol dan bahan penyejuk menggantikan klorofluorokarbon dalam usaha untuk mengurangkan kerosakan pada lapisan ozon. Apabila ia secara khususnya digunakan sebagai bahan bakar kenderaan, gas ini sering disebut sebagai autogas.

Jenis LPG yang didapati di pasaran termasuk campuran yang lebih banyak propana (C
3
H
8
C3H8), lebih banyak butana (C
4
H
10
C4H10) dan campuran kedua-dua gas ini, iaitu gas LPG yang paling biasa. Pada musim sejuk Hemisfera Utara, campuran LPG yang digunakan mengandungi lebih propana, manakala pada musim panas pula, campuran ini mengandung lebih banyak butana. Di Amerika Syarikat, terdapat dua gred LPG utama yang dijual: propana komersial dan HD-5. Spesifikasi ini diterbitkan oleh Persatuan Pemproses Gas (GPA) dan Persatuan Pengujian dan Bahan-bahan Amerika (ASTM). Campuran propana/butana juga disenaraikan dalam spesifikasi ini.

Propilena, butilena serta hidrokarbon lain biasanya juga didapati dalam kepekatan yang kecil. HD-5 mengehadkan jumlah propilena yang boleh dimasukkan ke dalam LPG setinggi 5%, maka ia digunakan sebagai spesifikasi autogas. Etanetiol, sejenis bahan penambah bau, dicampurkan agar kebocoran boleh dikesan dengan mudah. Nombor Piawai Eropah diiktiraf antarabangsa bagi gas ini ialah EN 589. Di Amerika Syarikat, tetrahidrotiofena (tiofana) atau amil merkaptan juga merupakan bahan penambah bau yang diluluskan, meskipun kedua-dua bahan ini langsung tidak digunakan.

LPG disediakan melalui penapisan petroleum atau gas asli "basah" yang hampir sepenuhnya berasal dari sumber bahan api fosil sama ada melalui penapisan petroleum (minyak mentah) atau pengekstrakan daripada aliran petroleum atau gas asli yang muncul dari tanah. Gas ini pertama kalinya dihasilkan pada tahun 1910 oleh seorang ahli kimia dari Amerika Syarikat bernama Dr. Walter Snelling (1888—1965), dengan produk komersial pertamanya muncul pada tahun 1912. Gas petroleum cecair menyumbangkan kepada kira-kira 3% tenaga yang digunakan. Pembakaran gas ini bersifat agak bersih tanpa meninggalkan sebarang jelaga serta melepaskan sulfur yang sangat sedikit. Sifat gasnya menjadikannya tidak mencemarkan air mahupun tanah, tapi ia boleh menyebabkan pencemaran udara. LPG mempunyai nilai kalori khusus biasa sebanyak 46.1 MJ/kg dibandingkan dengan 42.5 MJ/kg untuk minyak api dan 43.5 MJ/kg untuk petrol gred premium (gasolin). Bagaimanapun, ketumpatan tenaga setiap jumlah unit 26 MJ/L lebih rendah daripada ketumpatan tenaga petrol mahupun minyak bahan api kerana ketumpatan relatifnya lebih rendah (sekitar 0.5–0.58 kg/L, berbanding 0.71–0.77 kg/L untuk petrol).

Takat didih LPG kurang daripada suhu bilik, oleh itu gas ini akan cepat meruap pada suhu dan tekanan biasa. dan biasanya dibekalkan dalam tong yang diperbuat daripada silinder keluli bertekanan tinggi. Silinder-silinder ini biasanya dipenuhi sehingga 80-85% isipadunya untuk membenarkan pengembangan haba dalam cecair yang terkandung. Nisbah antara jumlah gas meruap dan gas cecair bergantung kepada komposisi, tekanan, dan suhu, namun nisbah yang biasa dipilih adalah sekitar 250:1. Tekanan di mana LPG menjadi cecair, atau tekanan wapnya, juga bergantung pada komposisi dan suhu; misalnya, kira-kira 220 kilopascal (32 psi) untuk butana tulen pada 20 °C (68 °F), dan kira-kira 2,200 kilopascal (320 psi) untuk propana tulen pada 55 °C (131 °F). LPG lebih berat daripada udara, tidak seperti gas asli, maka gas jenis ini akan mengalir di sepanjang lantai dan cenderung memendap di tempat yang rendah, seperti di bawah tanah. Ada dua bahaya utama yang boleh datang dari situasi ini: kemungkinan berlakunya letupan jika campuran LPG dan udara berada dalam lingkungan had bahan letupan dan adanya sumber api, atau lemas disebabkan penyisihan udara oleh LPG yang menyebabkan penurunan dalam kepekatan oksigen.

Rujukan

Tags:

ButanaHidrokarbonPropana

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hasmiza binti OthmanZed ZaidiKhir RahmanDaerah di MalaysiaProton Holdings BerhadSepupuWan SharmilaUniversiti Utara MalaysiaPerodua AxiaSiksa KuburLaskar KananIsteri HalalAliff Syukri KamarzamanHannah DelishaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanKetua Polis Negara MalaysiaFahmi FadzilKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Nasha AzizAzad JasminPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaChempaka Emalin PahaminJohorGrup Gerak KhasKata sendi (bahasa Melayu)Ab Rauf YusohKanun KeseksaanBumiputera di SabahDe FamParti Pribumi Bersatu MalaysiaFrom Saga With LoveSekolah Menengah Kebangsaan TebobonPolitik balas budiBadarawuhi Di Desa PenariAliff AzizWikipediaAssalamualaikumAnwar IbrahimSolat JumaatLapisan rangkaianUngku Ismail AzizRogolSelangor F.C.Filem Malaysia tahun 2024AppleJata MalaysiaPitt HanifMenara Jam Condong Teluk IntanRejimen Askar Melayu DiRajaVAT 69/UTKRinggitSyafiq YusofSultan SelangorMinal 'Aidin wal-FaizinBukan Kahwin PaksaNabi Muhammad SAWSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaBismillahProton SagaSarafKebudayaan MalaysiaHukum Kanun MelakaTakdir Itu Milik AkuPuchong, SelangorTakwim HijrahBruneiBatik Air MalaysiaTulisan JawiAli bin Abi TalibCarles PuigdemontPasukan Khas UdaraBajauLee Kee HiongMerdeka 118Siksa NerakaSiti NurhalizaMark AdamMatahari🡆 More