Fotodegradasi

Fotodegradasi (penguraian melalui cahaya) ialah pengubahan suatu bahan melalui tenaga cahaya.

Biasanya, istilah ini digunakan bagi menerangkan proses penguraian gabungan daripada cahaya matahari dan udara yang menyebabkan pengoksidaan dan hidrolisis. Fotodegradasai biasanya dihindari kerana boleh merosakkan benda-benda seperti lukisan dan artifak. Namun begitu, fotodegradasi memainkan sebahagian peranan dalam It is, however, partly responsible for pemineralan semula biojisim, dan digunakan dalam beberapa teknologi penyucian. Fotodegradasi tidak tertakluk kepada cara bahan terurai atau menua akibat haba atau sinaran inframerah, tetapi merangkumi proses penguraian dalam sinaran ultralembayung.

Video penyedut minuman yang mengalami fotodegradasi.

Situasi

Polimer

Polimer-polimer sintetik yang dapat mengalami fotodegradasi termasuk polipropilena dan LDPE, di mana ikatan karbon tertier menjadi tempat reaksi. Sinaran ultralembayung bertindak balas dengan ikatan ini untuk membentuk radikal bebas yang kemudiannya bereaksi dengan oksigen udara lalu menghasilkan kumpulan karbonil pada bahagian molekul utama. Kawasan permukaan bakal mengalami kelunturan dan merekah, dan dalam kes-kes melampau, terurai sepenuhnya. Polimer dengan kumpulan molekul yang menyerap ultralembayung seperti gelung aromatik juga sensitif terhadap penguraian seperti Kevlar dan kelompok induk aramid.

Pada produk-produk gentian seperti tali kegunaan luar rumah, fotodegradasi memendekkan jangka hayat produk kerana bahagian luar akan mengalami penguraian terdahulu, dan kemudiannya mudah rosak akibat pelelasan. Tali boleh mengalami kelunturan terlebih dahulu, seterusnya memberikan amaran awal.

Perlindungan

Fotodegradasi dapat dihindarkan melalui penambah penstabil polimer yang biasa digunakan. Kumpulan penstabil yang digunakan termasuk antioksidan yang mengganggu proses penguraian. Antioksidan lazimnya merupakan terbitan anilina. Satu lagi jenis penstabil ialah penyerap sinaran yang menyerap foton sinaran lalu mengubah menjadi tenaga haba. Penyerap lazim ialah benzofenon terganti hidroksi yang berkait dengan bahan kimia dalam pelindung sinar matahari.

Rujukan

Tags:

Fotodegradasi SituasiFotodegradasi PerlindunganFotodegradasi RujukanFotodegradasiCahayaHidrolisisInframerahPengoksidaanUltralembayung

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Siti Khadijah HalimRejimen Askar Melayu DiRajaMatlamat Pembangunan MampanTempoh haram puasaSibuKelayakan UEFA Euro 2024NgabuburitPerang UhudLionel MessiHaidXPDCBank Negara MalaysiaPembenihan awanGhibahDini SchatzmannKata ganti diriHukum madMohd Na'im MokhtarLaman UtamaThailandNorish KarmanLabuanLompat tikamHuminodunWanna AliFrekuensi radio di TerengganuSultanah Nur Diana Petra AbdullahKerisKata adjektifTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahKaabahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaTahun Baru CinaPiala Dunia FIFA 2010Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaOrang India MalaysiaPeribahasa MelayuSingapuraLiza AbdullahNasabSyahadahPolisEnglandPerodua KancilKuala LumpurMuhamad Akmal SalehNabi Yusuf a.s.Anak Perjanjian Syaitan 2Nur (drama)Azahari HusinRaihanMasjid al-AqsaMenteri Pendidikan MalaysiaSyirikSejarahMalaysiaTanah Melayu BritishTV3WalisongoInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAmira OthmanJohor Darul Ta'zim F.C.KK Super MartBaju kurungLaila NasirPembantu perubatanRazarudin HusainAiman Hakim RidzaAli bin Abi TalibMusang PulutKobe Jae ChongNanako MatsushimaHubungan seksPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPortugalMarlia MusaNasi kerabuAngkatan Tentera Malaysia🡆 More