Formasi Singa

Formasi Singa ialah satu formasi batuan berusia Perm Awal yang terdapat di Kepulauan Langkawi, Malaysia.

Asal-usul Nama

Formasi Singa diperkenalkan oleh Jones (1981) berdasarkan nama Pulau Singa Besar di mana formasi batuan ini mula-mula ditemui.

Taburan

Formasi Singa mendasari kawasan Pasir Hitam hingga ke arah tenggara di kaki Gunung Raya dan menganjur ke bahagian barat daya Pulau Langkawi iaitu dari Pantai Chenang ke Teluk Baru hingga Kuala Temoyong, singkapan bukit di Temoyong.

Formasi Singa juga tersingkap di keseluruhan Pulau Temor, Pulau Ular, Pulau Lalang, Pulau Intan Besar, Pulau Selang, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Singa Kecil, Pulau Rebak Kecil dan sebahagian Pulau Rebak Besar.

Komposisi Batuan

Formasi Singa terdiri daripada batu lumpur hitam dan selang lapis batu pasir litik dan kuarza. Lapisan batu lumpur mengandungi batuan pebel-pebel bulat yang diinterpretasi sebagai batu jatuh daripada glasier marin.

Ahmad Jantan mengelaskan Formasi SInga kepada 4 ahli batuan. MT-JGSC mengelaskan semula Formasi Singa kepada 3 ahli dengan menaik taraf Ahli Rebak kepada Formasi Rebak.

Ketebalan Formasi Singa ialah 2100 meter.

Ahmad Jantan (1973) MT-JGSC (2015)
Formasi Singa Ahli Selang Formasi Singa Ahli Selang
Ahli Ular Ahli Ular
Ahli Kentut Ahli Kentut
Ahli Rebak Formasi Rebak

Terdapat 10 fasies sedimen dikenalpasti wujud dalam Formasi Singa iaitu:

  1. Fasies batu lumpur tebal
  2. Fasies batu lumpur bepebel
  3. Fasies heterolitik
  4. Fasies selang lapis batu lumpur, batu lodak dan batu pasir
  5. Fasies batu pasir tebal,
  6. Fasies batu pasir tergred
  7. Fasies batu pasir berpelapisan silang
  8. Fasies batu pasir berlaminasi selari
  9. Fasies batu pasir berklasta
  10. Fasies konglomerat

Usia

Jones meletakkan Formasi Singa dalam usia Devon Akhir hingga Perm Awal. Setelah Ahli Rebak dinaiktaraf menjadi formasi, Formasi Singa dikelaskan sebagai berusia Perm Awal.

Fosil

Antara fosil yang ditemui dalam Formasi Singa ialah brakiopod seperti Lamniplica sapa, Spirelytha petaliformis dan Sulciplica sp. dan bryozoa fenestellid.

Tags:

Formasi Singa Asal-usul NamaFormasi Singa TaburanFormasi Singa Komposisi BatuanFormasi Singa UsiaFormasi Singa FosilFormasi SingaLangkawiMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Emma MaembongDaun salamMerdeka 118Playboy Itu Suami AkuFarali KhanBidaraUjian dadahTakwim HijrahAdat resam kahwin MelayuHalim RadziJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahJattRomantisismeFaizal HusseinSharifah ShahirahJohor Darul Ta'zim F.C.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaBukit Tinggi, PahangLabuanKhairulamingPenggunaNegeri-negeri Melayu BersekutuSenarai peribahasa (A–M)Wilayah PersekutuanAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSiksa NerakaVanny RossyaneSejarah MelakaPerang Dunia PertamaQistina RaisahLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraShah AlamSekolah Menengah Kebangsaan TebobonRaja berperlembagaanIkan bandarayaZUS CoffeeBendera PalestinKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaKedah TuaPangkat tenteraMarissa YasminPerodua MyViLaluan Kelana JayaSenarai model kereta ProtonBendera ThailandPang Sock TaoThe Original GangsterXPDCSharifah HusnaTentera Laut Diraja MalaysiaPak Ketipak KetipungRukun ImanPeribahasa MelayuSlot MegaDramaBukit TaburR.A. KartiniMahathir MohamadKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024Sepahtu Reunion LiveDarjah kebesaran negeri TerengganuRukun IslamAisha RetnoFrekuensi radio di KedahKetupatLee Chong WeiQistina KhaledMuhyiddin YassinRiena DianaFahmi FadzilLelaki ItuKaum-kaum di MalaysiaRadius OneFahrin AhmadYasmin AhmadNadia Aqilah🡆 More