Dolla Watch Me Glow

Dolla Watch Me Glow ialah sebuah telefilem drama muzikal Malaysia 2021 arahan Izuan Mokhtar dibintangi oleh kumpulan Dolla sebagai teraju utama.

Ia mengisahkan perbezaan latar belakang 4 gadis demi mencapai impian dan akhirnya disatukan menjadi sebuah kumpulan wanita terkenal di Malaysia. Berdasarkan daripada kisah benar kumpulan ini, telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro Citra menerusi slot Citra Exclusive pada 22 Mei 2021.

Dolla Watch Me Glow
Genre
Ditulis olehMarr Mohamed
PengarahIzuan Mokhtar
Dibintangi oleh
Dolla
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Muhamad Norazhar Baharuddin
  • Hafiz Abu Bakar
PenerbitHaji Fadzil Teh
PenyuntingZulaiqa Azhar
Lokasi
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Mei 2021

Sinopsis

Mengisahkan Sabrina, gadis yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan di Los Angeles, California. Juga Tabby, seorang anak tunggal yang dikongkong keluarga. Manakala Shasha pula yang sekian lama dibenci ibunya sendiri dan Angel, gadis yang sentiasa ingin keluar dari zon selesa hidupnya.

Sabrina, Tabby, Angel dan Syasya ingin menggapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang muzik dengan menjalani uji bakat bersama syarikat rakaman tersohor, Universal Music secara solo. Bagaimanapun, penyelaras A&R syarikat berkenaan, Kelly (Azwan Ali) membuat keputusan untuk menyatukan mereka sebagai sebuah kumpulan.

Sabronzo yang sejak dari kecil bercita-cita hendak menjadi rappers mula tidak berpuas hati dan bermula pelbagai peristiwa bagi membentuk sebuah kumpulan.

Pelakon

Pelakon utama

Penampilan khas

  • Elite sebagai diri mereka sendiri

Penerbitan

Dolla Watch Me Glow diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan skrip oleh Marr Mohamed terbitan Zeel Production dengan kerjasama Astro dan Universal Music Malaysia. Ia merupakan percubaan sulung Dolla dalam bidang lakonan. Telefilem ini berdasarkan dari kisah benar kumpulan ini dari pra-kemunculan sehingga puncak populariti mereka. Menurut kumpulan ini:

"Hampir 70 peratus kisah yang dipaparkan dalam telefilem itu ada kena mengena dengan kami. Cuma 30 peratus ditokok tambah bagi mewarnai telefilem tersebut dan menjadikan jalan cerita Dolla Watch Me Glow menjadi lebih menarik. Bagi kami tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada penonton. Jadi apa yang bakal peminat saksikan nanti memang kisah hidup sebenar kami,".

Salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo bagaimanapun berkata, mereka tidak kisah jika lakonan mereka dikritik penonton meskipun baru setahun jagung bergiat aktif dalam industri muzik. Mereka turut mengakui lebih dikenali sebagai penyanyi dan penari, bukan sebagai pelakon.

Pengarah kreatif dan penulis skrip telefilem ini, Marr Mohamed memuji kemampuan ahli kumpulan Dolla dalam aspek lakonan biarpun kesemuanya pertama kali beraksi di hadapan kamera. Menurutnya, idea untuk menerbitkan drama itu datang daripada pihak Astro yang kagum dengan penerimaan peminat terhadap Dolla sehingga mereka muncul trending di serata dunia. Beliau turut meluangkan masa antara empat hingga ke lima jam semata-mata untuk menemu bual mereka. Penggambaran telefilem ini dijalankan pada Mac 2021.

Tayangan

Dolla Watch Me Glow memulakan tayangan perdana untuk slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 22 Mei 2021.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Dolla Watch Me Glow SinopsisDolla Watch Me Glow PelakonDolla Watch Me Glow PenerbitanDolla Watch Me Glow TayanganDolla Watch Me Glow RujukanDolla Watch Me Glow Pautan luarDolla Watch Me GlowAstro CitraDolla

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ZUS CoffeePerang UhudPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaCik Manggis18 Puasa di Kampong PisangShukri YahayaWikipediaPerlisHukum Kanun MelakaSharnaaz AhmadPulau PinangSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaHantu Kak Limah Balik RumahCabang dan mazhab IslamBaby ShimaBatu PahatNina IskandarFrekuensi radio di PahangNeelofaKejuruteraan awamSlot SakuraUEFA Euro 2020Pokok MambuCarles PuigdemontSultan Nazrin Muizzuddin ShahHussein OnnSolat Sunat RawatibJohan GhazaliTembikaiSheedaBukan Kahwin PaksaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuA. R. BadulAisha RetnoSyahadahRinggitSenarai Raja-Raja MalaysiaLiza AbdullahGunung SinaiSalomaKetumbarSlot LestaryCharlie AdamBaba dan NyonyaMustapha KamalZul AriffinFimie DonHarissa AdlynnTengku Zafrul Abdul AzizAzira ShafinazSaifuddin Nasution IsmailPenjaga gawang (bola sepak)Shazia RozainiBendera PalestinP. RamleePSM MakassarProton PerdanaRaja berperlembagaanTengku Adnan Tengku MansorKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyTeknologiWhatsAppNadhir NasarPasukan bola sepak kebangsaan YamanUniversiti Kebangsaan MalaysiaSurah al-AlaqUniversiti Teknologi MARARaja Zarith SofiahDatuk (gelaran)Santapan TerakhirNabi Musa menyeberangi Laut MerahSel (biologi)Solat subuhMaryamAeril ZafrelPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSerpihan SayangChris Evans🡆 More