Didier Zokora

Déguy Alain Didier Zokora (lahir 14 Disember 1980) dikenali sebagai Didier Zokora merupakan pemain bola sepak profesional Ivory Coast yang bermain untuk Akhisar Belediyespor.

Dia beraksi untuk pasukan kebangsaan negaranya selama hampir 15 tahun sejak 2000 dan menjadi pemain dengan penampilan terbanyak.

Didier Zokora
Didier Zokora
Zokora bermain untuk Trabzonspor pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Déguy Alain Didier Zokora
Tarikh lahir (1980-12-14) 14 Disember 1980 (umur 43)
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Akhisar Belediyespor
Nombor 45
Kerjaya remaja
1994–1999 Académie MimoSifcom
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2000 ASEC Mimosas 10 (1)
2000–2004 Racing Genk 122 (1)
2004–2006 Saint-Étienne 66 (0)
2006–2009 Tottenham Hotspur 88 (0)
2009–2011 Sevilla 49 (0)
2011–2014 Trabzonspor 78 (0)
2014– Akhisar Belediyespor 25 (0)
Pasukan kebangsaan
2000–2014 Ivory Coast 123 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Jun 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2014

Karier kelab

Awal karier

Dilahirkan di Abidjan, Zokora memulakan kariernya di Ivory Coast bersama Académie MimoSifcom. Dia ditawarkan kontrak profesional bersama-sama adiknya, Armando oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas. Tragedi berlaku setelah Armando mati lemas ketika meraikan di pantai di Grand-Bassam; sempena mengingati adiknya, Zokora mempunyai tatoo Armand di lengan kanannya.

Pada tahun 2000, dia berpindah ke luar negara untuk bermain bersama pasukan Belgium, Racing Genk dan memenangi Liga Jupiler Belgium semasa musim 2001–02, dimana pengurus Sef Vergoossen dinamakan jurulatih tahunan dan Wesley Sonck merupakan penjaring terbanyak. Zokora kemudiannya beraksi sebanyak 126 perlawanan untuk kelab itu termasuk ketika seri 1–1 dengan Real Madrid pada 12 November 2002. Pada musim panas tahun 2004, dia menyertai kelab Perancis, AS Saint-Étienne.

Tottenham Hotspur

Zokora menyertai Tottenham pada musim panas tahun 2006 selepas aksi untuk pasukan kebangsaannya semasa Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Perjanjian itu dilaporkan oleh media bernilai £8.2 juta. Sejurus selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu, ianya telah diumumkan pada 24 Oktober 2006 bahawa Zokora telah dijangkiti malaria selepas jatuh sakit pada pagi hari perlawanan peringkat kumpulan Piala UEFA menentang Beşiktaş di Istanbul. Zokora dimasukkan ke hospital selama empat hari dan mengambil masa dua minggu untuk sembuh, menyebabkannya terlepas perlawanan menentang Beşiktaş, dua perlawaan Liga Perdana dan satu perlawanan Piala Liga. Ianya telah diumumkan pada 31 Oktober bahawa Zokora telah kembali menjalani latihan bersama pasukan utama.

Dia memenangi Piala Liga pada tahun 2008 bersama Tottenham, trofi pertama mereka dalam tempoh 9 tahun, selepas jaringan Jonathan Woodgate mengesahkan kemenangan 2–1 ke atas seteru London, Chelsea. Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad Tottenham yang kembali ke Stadium Wembley pada tahun berikutnya untuk perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United. Tottenham tewas menerusi penalti selepas kedua-dua pasukan seri 0–0 dimana Zokora bermain keseluruhan 120 minit perlawanan. Zokora berjaya menyempurnakan penalti ketika penentuan sepakan penalti menentang PSV Eindhoven dalam Piala UEFA.

Pada 30 Ogos 2008, Zokora menandatangani kontrak baru empat tahun bersama Spurs yang akan mengekalkannya di White Hart Lane sehingga musim panas tahun 2012. Pada bulan Januari 2009, kelab itu menandatangani pemain tengah Honduras, Wilson Palacios dari Wigan. Pembelian itu menyebabkan Zokora berada di bangku simpanan dan hanya bermain keseluruhan 90 minit tiga kali selepas bulan Januari. Pada 15 Mac, Zokora brmain di posisi pertahanan kiri untuk Spurs untuk mengawal pemain Aston Villa, Ashley Young, Zokora dikeluarkan selepas 30 minit dan digantikan oleh Vedran Corluka. Walaupun dia berada di kelab itu selama tiga tahun, Zokora gagal menjaringkan gol dalam 134 penampilan.

Sevilla FC

Semasa tingkap perpindahan musim panas tahun 2009, Zokora menyertai Sevilla FC dengan yuran yang tidak didedahkan, dilaporkan termasuk €30 juta klausa perpindahan. Dia membuat penampilan sulungnya untuk kelab Sepanyol itu pada 30 Ogos 2009 dalam perlawanan La Liga ketika kekalahan 2–0 kepada Valencia, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-21 menggantikan pemain cedera, Romaric. Dalam musim pertamanya di Andalusia, Zokora berjaya membantu Sevilla kembali ke Liga Juara-Juara Eropah selepas menamatkan liga di tempat ke-4. Dia juga membantu kelab itu memenangi Copa del Rey kelima mereka dengan menewaskan Atletico de Madrid 2–0 di Nou Camp.

Pada 29 Januari 2011, Zokora masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77 menggantikan Federico Fazio dan berjaya membuat satu-satunya bantuan gol darinya pada musim itu kepada Álvaro Negredo, dimana Sevilla bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 3–3 dengan Deportivo La Coruña.

Trabzonspor

Zokora menyertai kelab Turki, Trabzonspor pada 2 Jun 2011 dengan perjanjian empat tahun. Kelab Turki itu mengumumkan bahawa yuran perpindahan bernilai €5 juta, dengan pemain itu akan memperoleh €1.625 juta semusim. Dia membuat penampilan sulungnya pada 10 September 2011, ketika menentang Manisaspor.

Ketika kekalahan 2–0 pada 15 April 2012 kepada Fenerbahçe, Zokora telah didiskrimasi perkauman oleh pemain tengah Emre Belözoğlu. Zokora berkata bahawa Emre memanggilnya "fucking !@#$%^&*". Emre menerima penggantungan dua perlawanan dari Persekutuan Bola Sepak Turki susulan insiden itu. Zokora membalas dendam terhadap bekas pemain tengah Newcastle itu ketika kedua-dua kelab itu bertemu sekali lagi pada 6 May dimana Trabzonspor kalah 3–1, dengan menyepak Emre dan menerima kad kuning kerana kekasaran itu.

Pada 29 April 2014, dia meninggalkan Trabzonspor.

Karier antarabangsa

Didier Zokora 
Zokora mewakili Ivory Coast

Zokora telah bermain 118 perlawanan antarabangsa untuk Ivory Coast dan merupakan pemain dengan penampilan terbanyak dalam sejarah pasukan itu. Dia menjaringkan satu-satunya gol di peringkat antarabangsa ketika kemenangan 4–0 ke atas Botswana pada 22 Jun 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.

Dalam tempoh dua belas tahunnya bersama Ivory Coast, Zokora membantu Les Éléphants layak ke dua edisi Piala Dunia pada tahun 2006 dan 2010. Dalam kedua-dua edisi, Côte d'Ivoire menduduki tempat ketiga di peringkat kumpulan. Dalam edisi 2010 pertandingan, Zokora terpaksa bermain di posisi pertahanan ketika menentang Portugal dimana mereka seri 0–0.

Semas Piala Negara-Negara Afrika di Gabon dan Equatorial Guinea, Zokora berkata dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa jika Côte d'Ivoire memenangi pertandingan itu. Zokora bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 28 Februari 2012, susulan pertandingan itu. Tetapi Les Elephants tewas 8–7 menerusi penentuan penalti menentang Zambia dalam perlawanan akhir.

Pada 1 Jun 2014, Zokora dimasukkan ke dalam skuad-23 pemain Ivory Coast oleh pengurus, Sabri Lamouchi untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Pada 8 September 2014, Zokora mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan.

Gol antarabangsa

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
22 Jun 2008 Abidjan, Ivory Coast Didier Zokora  Botswana 4–0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kejayaan

ASEC Mimosas

  • Piala Super CAF: 1999

KRC Genk

  • Liga Jupiler Belgium: 2002

Tottenham Hotspur

  • Piala Liga Inggeris: 2008

Sevilla

Rujukan

Tags:

Didier Zokora Karier kelabDidier Zokora Karier antarabangsaDidier Zokora KejayaanDidier Zokora RujukanDidier Zokora Pautan luarDidier ZokoraBola sepakIvory Coast

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

FasismeShakira (drama)Bintara MudaInsya-AllahJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaZizan RazakSlot LestaryMasya-AllahTeluk IntanRadio Televisyen MalaysiaLee Kee HiongAedy AshrafPerodua KelisaSeks oralMalariaPerkahwinan menurut IslamMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaGunung KinabaluNajis dalam IslamPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunCinta FatamorganaPiala Asia AFCForest CityLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaRindu Kasih 2Saifuddin Nasution IsmailLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTunku Aminah Maimunah IskandariahRamli M. S.Abu Bakar as-SiddiqNegeri-Negeri SelatMuhammad Haziq Bin NadzliSemenanjung MalaysiaWan RajaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAzizulhasni AwangProton WajaSyahadahRiena DianaBatikSidratulmuntahaSistem SuriaJohor Darul Ta'zim F.C.Proton PersonaKata kerjaMega Movie (Slot TV3)Iskandar ChempakaMedia sosialKulitIsmail Sabri YaakobAhli Sunah WaljamaahLaman UtamaSari YantiKelapa sawitSenarai model kereta ProtonDe FamKiesha AlvaroFarah AhmadTulisan JawiSultan Mizan Zainal AbidinAyat kursiBadarawuhi Di Desa PenariKerajaan Persekutuan MalaysiaNora DanishEllie SuriatyPerempuan Itu (drama)Masjid Sri SendayanMalaysia MadaniBajauSyed Mokhtar Al-BukharyPerodua AxiaJabatan Akauntan NegaraSenarai Kementerian di MalaysiaFahmi FadzilSejarah MelakaKata sendi (bahasa Melayu)Fauziah Nawi🡆 More