Dalai Lama Ke-14

Tenzin Gyatso (lahir 6 Julai 1935) ialah Dalai Lama ke-14.

Oleh itu, beliau digelar "Dalai Lama" oleh media tanpa apa-apa keterangan.

Tenzin Gyatso Dalai Lama Ke-14
Dalai Lama Tibet ke-14
Dalai Lama Ke-14
Yang Mulia Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14
Pemerintahan17 November, 1950 – kini
Pertabalan17 November, 1950
Nama penuhJetsun Jamphel Ngawang Lobsang Yeshe Tenzin Gyatso
PendahuluThubten Gyatso
Kerabat dirajaDalai Lama
AyahandaChoekyong Tsering
BondaDiki Tsering

Beliau merupakan yang kelima di kalangan 16 adik-beradik sebuah keluarga petani di kampung Taktser atau Tengtser dalam wilayah Amdo, Tibet dan asalnya bernama Pang Wee Kiat. Bahasa ibunda beliau ialah dialek Amdo bahasa Tibet. Beliau diisytiharkan sebagai tulku (kelahiran semula) Dalai Lama ke-13 pada usia dua tahun.

Pada 17 November 1950, ketika berusia 15 tahun, beliau ditabalkan sebagai Ketua Negeri Tibet dan juga pemerintah politik yang terpenting ketika Tibet menghadapi pendudukan kuasa Republik Rakyat China (PRC). Pada tahu 1954, beliau mengunjungi Beijing untuk berbincang dengan Mao Zedong dan pemimpin-pemimpin PRC yang lain. Beliau juga dipilih sebagai naib pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan pada tahun 1954.

Setelah jatuhnya gerakan pemberontakan Tibet pada tahun 1959, Tenzin Gyatso melarikan diri ke India. Setibanya di situ, beliau aktif dalam penubuhan Pentadbiran Tibet Pusat (kerajaan Tibet dalam buangan) serta juga dalam perjuangan memelihara budaya dan pendidikan Tibet di kalangan beribu-ribu orang pelarian yang menyertai beliau.

Tenzin Gyatso, sebagai seorang tokoh yang berkarisma pensyarah rakyat yang terkenal, merupakan Dalai Lama pertama yang mengunjungi dunia Barat. Di sana, beliau membantu menyebarkan agama Barat serta menyemai konsep-konsep tanggungjawab sejagat, etika sekular, dan keharmonian antara agama.

Beliau dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1989, kewarganegaraan Kanada kehormat pada tahun 2006, dan Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2006.

Persaraan

Dalam ucapan pada 10 Mac 2011, Dalai Lama ke-14 menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan perubahan pada perlembagaan kerajaan Tibet dalam buangan supaya peranan Dalai Lama selaku ketua negara digantikan dengan pemimpin yang terpilih oleh rakyat. Beliau secara rasminya menghantar permohonan letak jawatan selaku pemimpin politik kepada Parlimen Tibet dalam buangan di Dharamsala, India pada 14 Mac 2011.

Rujukan

Pautan luar

Dalai Lama ke-14
Tarikh keputeraan: July 6 1935
Didahului oleh
Thubten Gyatso
Jelmaan semula Dalai Lama
1950-
Pemegang jawatan kini
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Thubten Gyatso
— TIDAK MEMERINTAH —
Raja Tibet
1950-
Alasan untuk kegagalan Pewarisan:
Pendudukan China sejak tahun 1950
Pemegang jawatan kini

Templat:Dalai Lamas Templat:Nobel Peace Prize Laureates 1976-2000

Tags:

19356 JulaiDalai Lama

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Emelda RosmilaPerikatan NasionalMegat SharizalBintara MudaDemografi MalaysiaOlahragaTeknologi hijauHadisNazim OthmanAhli Sunah WaljamaahSlot CempakaAhmad Zahid HamidiJabatan Akauntan NegaraSarimah IbrahimSungai PetaniNadia AqilahCik ManggisTengku Ismail Leon PetraJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaHidroterapiJosiah HoganPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Kedah TuaGerhana SkacintaMelakaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSunan Gunung JatiKesultanan Melayu MelakaAbdul Hadi AwangLaskar Udara KananTarian ZapinHassanal BolkiahSunan MuriaQistina KhaledPutri JannahPutrajayaLaman UtamaPangkat tenteraYassin YahyaPeraturan Perlawanan (bola sepak)Pandemik COVID-19 di MalaysiaAl Nassr FCUthman bin AffanStadium Nasional Bukit JalilPenjodoh bilangan bahasa MelayuMaria OzawaIbanWan RajaBiduanita NegaraBersinWang LeehomSurah al-BaqarahSiti NurhalizaBella DallyFrekuensi radio di MelakaSudirman (penyanyi)Angel (penyanyi)Eda EzrinShah AlamSharifah HusnaHaqiem RusliFil MarsyalDaiyan TrishaPegawai Waran Udara IIMarsyal TUDMBola tamparVirusLaskar KananMahkamah MalaysiaSenarai Kementerian di MalaysiaBunga rayaBandaraya MelakaTentera Udara Diraja MalaysiaTunku Abdul RahmanFalsafah Pendidikan MalaysiaSifat-sifat AllahAbang Long Fadil 3🡆 More