Charlize Theron

Charlize Theron (lahir 7 Ogos 1975) ialah seorang pelakon, penerbit dan model fesyen Afrika Selatan.

Beliau telah membintangi beberapa filem Hollywood seperti The Devil's Advocate (1997), Mighty Joe Young (1998), The Cider House Rules (1999), The Italian Job (2003), Hancock (2008) A Million Ways to Die in the West (2014) dan Mad Max: Fury Road (2015).

Charlize Theron
Charlize Theron
Theron pada tahun 2018
Kelahiran (1975-08-07) 7 Ogos 1975 (umur 48)
Benoni, Transvaal, Afrika Selatan
KerakyatanAfrika Selatan (1975–sekarang)
Amerika Syarikat (2007–sekarang)
Pekerjaan
Rakan kongsi domestikStuart Townsend (2001–10)
Anak-anak2
Laman web rasmiwww.charlizeafricaoutreach.org

Theron menerima pujian meluas untuk lakonannya sebagai pembunuh bersiri, Aileen Wuornos di dalam filem Monster (2003), dimana untuk itu beliau memenangi Anugerah Akademi, Silver Bear, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik, menjadikan beliau orang Afrika Selatan pertama untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kategori lakonan utama. Beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya di dalam filem North Country pada tahun 2005 dan pencalonan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya di dalam filem Young Adult.

Theron menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 2007 serta mengekalkan kerakyatan Afrika Selatan beliau. Pada lewat tahun 2000-an, beliau memasuki bidang penerbitan untuk kedua-dua televisyen dan filem. Pada tahun 2006, beliau menghasilkan dokumentari East of Havana. Beliau telah menghasilkan kredit untuk filem The Burning Plain (2008) dan Dark Places (2015), kedua-duanya dibintangi olehnya. Pada tahun 2012, beliau melakonkan watak Ratu Ravenna dalam Snow White and the Huntsman dan Meredith Vickers dalam Prometheus, kedua-duanya mencapai kejayaan box office.

Kehidupan awal

Theron dilahirkan di Benoni, Wilayah Transvaal, Afrika Selatan. Beliau merupakan anak tunggal kepada Gerda Jacoba Aletta (née Maritz) dan Charles Jacobus Theron (lahir 27 November 1947). Tokoh Perang Kedua Boer, Danie Theron adalah adik beradik moyangnya. Beliau merupakan dari sebuah keluarga Afrikaner dan keturunan beliau termasuk Perancis, Jerman dan Belanda; Moyang Perancis beliau merupakan peneroka awal Huguenot di Afrika Selatan. "Theron" merupakan nama keluarga Occita (asalnya dieja Théron) disebutkan dalam Bahasa Afrikaans sebagai [tron].

Beliau membesar di ladang ibu-bapanya di Benoni berdekatan Johannesburg. Pada 21 Jun 1991, bapa Theron, seorang pemabuk, secara fizikal menyerang ibunya dan kedua-dua mereka; ibu Theron kemudiannya menembak mati bapanya. Penembakan ini telah diputuskan secara undang-undang sebagai mempertahankan diri dan ibunya tidak menghadapi sebarang tuduhan.

Theron menghadiri Sekolah Rendah Putfontein (Laerskool Putfontein). Ketika berumur 13 tahun, Theron dihantar ke sekolah asrama dan memulakan pembelajarannya di Sekolah Seni Kebangsaan di Johannesburg. Walaupun Theron fasih dalam Bahasa Inggeris, bahasa pertamanya adalah Bahasa Afrikaans.

Karier

Karier awal

Walaupun melihat dirinya sebagai seorang penari, Theron ketika berumur 16 tahun memenangi kontrak model selama setahun dalam satu pertandingan tempatan di Salerno dan bersama ibunya berpindah ke Milan, Itali. Selepas Theron menghabiskan setahun menjadi model di seluruh Eropah, beliau dan ibunya berpindah ke Bandar Raya New York dan Miami, Florida. Di New York, beliau menghadiri Sekolah Balet Joffrey dimana beliau berlatih sebagai penari balet sehingga kecederaan lutut menutup peluangnya dalam laluan kerjaya ini.

Ketika berumur 19 tahun, Theron terbang ke Los Angeles menggunakan tiket sehala yang dibeli oleh ibunya, kini bercadang untuk bekerja dalam industri filem. Semasa bulan-bulan awalnya di sana, beliau pergi ke sebuah bank Hollywood Boulevard untuk mengeluarkan duit yang dihantar oleh ibunya untuk membantu membayar sewa. Apabila juruwang enggan untuk mengeluarkannya, Theron terlibat dengan pergaduhan dengannya. Selepas melihat insiden ini, seorang agen bakat John Crosby yang berada dalam barisan di belakangnya menyerahkan beliau kad namanya dan seterusnya memperkenalkannya kepada ejen lakonan dan juga sebuah sekolah lakonan. Theron kemudian memecatnya sebagai pengurus selepas beliau terus menghantar skrip filem-filem hampir serupa dengan Showgirls dan Species. Selepas beberapa bulan di bandar itu, beliau membuat penampilan filem pertamanya sebagai watak tanpa dialog dalam filem seram, Children of the Corn III: Urban Harvest (1995). Peranan dialog pertamanya merupakan watak sokongan dalam 2 Days in the Valley (1996). Peranan-peranan lebih besar dalam filem Hollywood yang ditayangkan secara meluas menyusul dan kariernya berkembang pada lewat tahun 1990-an dengan kejayaan box-office seperti The Devil's Advocate (1997), Mighty Joe Young (1998) dan The Cider House Rules (1999). Beliau berada pada muka hadapan Vanity Fair isu bulan Januari 1999 sebagai "White Hot Venus". Beliau juga muncul pada muka hadapan majalah Playboy isu bulan Mei 1999. Walau bagaimanapun, gambar bogel di dalam majalah itu telah diambil beberapa tahun lebih awal sebelum beliau menjadi terkenal dan Theron gagal untuk menyaman majalah itu kerana menyiarkan gambar tanpa keizinanya.

2000–2010

Beliau membintangi empar filem pada tahun 2000: Reindeer Games, The Yards, The Legend of Bagger Vance dan Men of Honor. Selepas muncul dalam filem-filem lain, Theron membintangi sebagai pembunuh bersirim Aileen Wuornos di dalam filem Monster (2003). Pengkritik filem, Roger Ebert mengelar ia sebagai "salah satu lakonan terhebat dalam sejarah sinema". Untuk lakonannya, beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-76 pada bulan Februari 2004, serta Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Golden Globe. Beliau merupakan orang Afrika Selatan pertama yang memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemenangan Anugerah Akademi itu membawanya ke dalam senarai pelakon wanita dengan bayaran tertinggi di Hollywood pada tahun 2006 oleh The Hollywood Reporter, menerima bayaran AS$10 juta untuk filem-filem berikutnya, North Country dan Aeon Flux, beliau berada di tempat ketujuh di belakang Halle Berry, Cameron Diaz, Drew Barrymore, Renée Zellweger, Reese Witherspoon dan Nicole Kidman.

Pada tahun 2005, Theron melakonkan watak Rita dalam musim ketiga siri Fox, Arrested Development. Beliau juga menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Primetime Emmy untuk wataknya sebagai Britt Ekland dalam filem HBO tahun 2004, The Life and Death of Peter Sellers. Pada 30 September, Theron menerima bintang di Hollywood Walk of Fame. Pada tahun yang sama, beliau membintangi filem Aeon Flux. Beliau juga menerima Anugerah Spike Video Game 2005 untuk Persembahan Terbaik oleh Wanita untuk kerja suaranya di dalam permainan video, Aeon Flux.

Theron menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk lakonannya dalam North Country. Pada tahun 2008, Theron dinamakan sebagai Wanita Tahunan Hasty Pudding Theatricals. Pada tahun itu, beliau juga membintangi bersama Will Smith di dalam filem adiwira, Hancock dan pada lewat tahun 2008, beliau diminta untuk menjadi Pembawa Mesej Keamanan PBB oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Pada 4 Disember 2009, Theron mempersembahkan undian untuk Piala Dunia FIFA 2010 di Cape Town, Afrika Selatan, disertai oleh beberapa selebriti lain berkerakyatan atau berketurunan Afrika Selatan. Semasa latihan, beliau mengundi bola Ireland daripada Perancis sebagai jenaka kepada FIFA, merujuk kepada kontroversi bola tangan Thierry Henry dalam perlawanan play-off diantara Perancis dan Ireland. Aksi itu mencemaskan FIFA kerana takut beliau akan melakukannya sekali lagi dihadapan penonton global secara langsung.

2011–sekarang

Selepas tiga tahun bercuti daripada layar besar, Theron kembali pada tahun 2011 dengan filem Young Adult. Diarahkan oleh Jason Reitman, filem ini mendapat pujian meluas terutamanya untuk lakonan Theron. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe dan beberapa anugerah berpofil tinggi yang lain. Theron melakonkan watak Ratu Ravenna di dalam filem Snow White & the Huntsman, yang memulakan produksi pada tahun 2011 dan ditayangkan pada tahun 2012.

Pada tahun 2012, beliau membintangi filem sains fiksyen Ridley Scott, Prometheus. Pada tahun 2013, Vulture/NYMag menamakannya sebagai Bintang Paling Bernilai di Hollywood ke-68. Pada tahun 2015, Theron melakonkan watak Libby Day dalam filem adaptasi novel Gillian Flynn, Dark Places, diarahkan oleh Gilles Paquet-Brenner. Theron juga mendapat kredit sebagai penerbit. Pada tahun yang sama, Theron juga membintangi sebagai Imperator Furiosa dalam Mad Max: Fury Road (2015) yang juga dibintangi Tom Hardy.

Theron menyambung wataknya sebagai Ratu Ravenna di dalam filem fantasi, The Huntsman: Winter's War, sebuah sekuel kepada Snow White and the Huntsman. Filem ini ditayangkan pada 22 April 2016.

Beliau dijadual akan membintangi adaptasi novel grafik, The Coldest City diarahkan oleh David Leitch, yang akan memulakan produksi pada bulan November 2015.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2007, Theron menjadi warganegara Amerika Syarikat, sambil mengekalkan kerakyatan Afrika Selatan beliau.

Pada pertengahan era 1990-an, Theron mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Craig Bierko. Dari tahun 1997 sehingga 2001, beliau mempunyai hubungan dengan Stephan Jenkins. Theron kemudiannya memulakan hubungan dengan pelakon Ireland, Stuart Townsend dimana dengannya beliau membintangi filem Trapped (2002) dan Head in the Clouds (2004). Theron dan Townsend berpisah pada bulan Januari 2010 selepas hampir sembilan tahun bersama. Pada awal tahun 2014, beliau mula mempunyai hubungan dengan pelakon Sean Penn, tetapi ia telah dilaporkan bahawa mereka telah berpisah pada lewat bulan Jun 2015.

Theron mempunyai dua orang anak, kedua-duanya anak angkat. Pada bulan Mac 2012, beliau mengambil anak angkat lelaki yang beliau namakan sebagai Jackson. Pada bulan Julai 2015, beliau mengambil anak angkat perempuan yang dinamakan sebagai August. Beliau menetap di Los Angeles.

Filmografi

Sebagai pelakon

Filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
1995 Children of the Corn III: Urban Harvest Wanita Muda Tidak dikredit
1996 2 Days in the Valley Helga Svelgen
1996 That Thing You Do! Tina Powers
1997 Trial and Error Billie Tyler
1997 The Devil's Advocate Mary Ann Lomax
1998 Celebrity Supermodel
1998 Mighty Joe Young Jill Young
1999 The Astronaut's Wife Jillian Armacost
1999 The Cider House Rules Candy Kendall
2000 Reindeer Games Ashley Mercer
2000 The Yards Erica Stoltz
2000 Men of Honor Gwen Sunday
2000 The Legend of Bagger Vance Adele Invergordon
2001 Sweet November Sara Deever
2001 15 Minutes Rose Heam
2001 The Curse of the Jade Scorpion Laura Kensington
2002 Trapped Karen Jennings
2002 Waking Up in Reno Candy Kirkendall
2003 The Italian Job Stella Bridger
2003 Monster Aileen Wuornos Juga penerbit
2004 The Life and Death of Peter Sellers Britt Ekland
2004 Head in the Clouds Gilda Bessé
2005 North Country Josey Aimes
2005 Æon Flux Æon Flux Juga dalam permainan video
2007 In the Valley of Elah Det. Emily Sanders
2007 Battle in Seattle Ella
2008 Sleepwalking Joleen Reedy Juga penerbit
2008 Hancock Mary Embrey
2008 The Burning Plain Sylvia Juga penerbit eksekutif
2009 The Road Isteri
2009 Astro Boy Pencerita Suara
2011 Young Adult Mavis Gary
2012 Snow White and the Huntsman Ratu Ravenna
2012 Prometheus Meredith Vickers
2014 A Million Ways to Die in the West Anna
2015 Dark Places Libby Day Juga penerbit
2015 Mad Max: Fury Road Imperator Furiosa
2016 The Huntsman: Winter's War Ratu Ravenna
2016 Kubo and the Two Strings Monyet (suara)
2016 The Coldest City Lorraine Broughton
2016 The Last Face
2016 Brain on Fire Penerbit
2017 Fast 8
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
1997 Hollywood Confidential Sally Movie
2000–2014 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) 2 episod
2005 Arrested Development Rita Leeds 5 episod
2006 Robot Chicken Ibu Daniel / Ibu / Pelayan (suara) Episod: "Book of Corrine"
2016 Galaxy World of Alisa Kira Selezneva (suara) Dub Bahasa Inggeris British
Video muzik
Tahun Tajuk Peranan Nota
2010 Crossfire Penyelamat misteri dan berbahaya Lagu oleh Brandon Flowers

Sebagai penerbit

Tahun Tajuk Nota
2003 Monster Juga pelakon
2006 East of Havana Dokumentari
2008 Sleepwalking Juga pelakon
2008 The Burning Plain Eksekutif, juga pelakon
2015 Dark Places Juga pelakon
2016 Brain on Fire

Rujukan

Tags:

Charlize Theron Kehidupan awalCharlize Theron KarierCharlize Theron Kehidupan peribadiCharlize Theron FilmografiCharlize Theron RujukanCharlize Theron Pautan luarCharlize Theron

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kesan perubahan iklimNadhir NasarAmelia HendersonJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahKL Gangster 2Gerak KhasMarissa YasminAyah PinBahasa MelayuSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiCapriceSenarai Akta Parlimen MalaysiaPeribahasa MelayuLimau nipisSultanah Nur Diana Petra AbdullahPosisi seksualAisyah Abu BakarBadarawuhi Di Desa PenariAb Rauf YusohGayatri Su-Lin PillaiKhaliq Mehtab Mohd IshaqHantu rayaPerjanjian HudaibiyahAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSlot MegaDramaKebudayaan MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaShah AlamHello, Mr. Perfect!Khulafa al-RasyidinPerceraian dalam IslamKerajaan MataramSusukSultan PahangAyob Khan Mydin PitchaySijil Tinggi Agama MalaysiaHari GawaiNabi Sulaiman a.s.Nombor dalam budaya CinaAbdul Rahim Mohd NoorSelawatPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiAdam CorriePertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Raja Zarith SofiahMona FandeyFuad RahmanNegeri-negeri Melayu BersekutuHaidKetua Polis Negara MalaysiaHulu Selangor (kawasan persekutuan)Muhammad bin Idris al-SyafiiKuala KangsarTentera Laut Diraja MalaysiaAmerika SyarikatSoffi JikanSenarai saluran AstroMunafikThe Original GangsterFrekuensi radio di SabahInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKaum DusunWudukKhunsa (siri TV)Nabi Ibrahim a.s.Hulu LangatFacebookHantu Kak LimahJohan GhazaliGeografi JohorMaya KarinFadlan HazimWan SharmilaSarah SuhairiZed Zaidi🡆 More