Bendera Georgia

Bendera Georgia terdiri daripada sebidang latar putih diwarnakan suatu palang atau salib berwarna merah saling juga dihiasi 4 salib kecil di setiap penjuru kosongnya.

Bendera Georgia
Bendera Georgia Nisbah 2:3

Rekaan asal bendera ini mula diperkealkan sebagai panji atau bendera rasmi untuk Kerajaan Georgia yang wujud abad ke-10n namun ia mula dimasyhurkan semula oleh gerakan kemerdekaan setempat yang menggiat berikutan pembubaran Kesatuan Soviet. Ia diasmikan sebagai bendera Republik Georgia yang baharu pada 14 Januari 2004, selepas tidak digunakan selama kira-kira 500 tahun.

Rekaan

Perlambangan

Bidang putih bersalib merah mula dipakai Kerajaan Georgia semasa abad-abad ke-14 dan 15.

Bendera Georgia 
Salib Bolnisi

Empat salib kecil ini (''bolnur-katskhuri'', ბოლნურ-კაცხური) dibentukkan didasarkan suatu jenis salib yang tersendiri iaitu salib Bolnisi (Bahasa Georgia: ბოლნისის ჯვარი bolnisis ǰvari) yang datang dari gereja Bolnisi Sioni di Bolnisi. Kelima-lima salib yang wujud pada bendera ini dikatakan membawa maksud tersendiri sama ada:

Rekaan pancasalib ini juga dilihat ada kaitan dengan bentuk salib Jerusalem iaitu lambang kerajaan Jerusalem yang wujud semasa zaman Perang Salib.

Spesifikasi

Bendera Georgia 
Tatarajah perekaan bendera

Rincian warna yang diberikan untuk penghasilan bendera ini secara bertujuan rasmi dalah seperti berikut:

Skema Merah Putih
RGB 255-0-0 255-255-255
CMYK 0-100-100-0 0-0-0-0
Pantone 485 C Safe
Web #FF0000 #FFFFFF

Sejarah pengunaan

Bendera Georgia 
Bahagian sebuah peta Pizzigani bertarikh 1367 di mana bendera lima salib ini ditandakan pada kota Tbilisi.

Rekaan ini mula dikaitkan dalam catatan terawal melalui suatu bendera yang ditandakan pada kota bertulis nama Tifilisi (Tbilisi) dalam suatu peta dilakar Domenico dan Francesco Pizzigano. Pemakaian bendera ini dipercayai semasa kerajaan tersebut diperintah Raja Giorgi V.

Bendera yang pernah digunakan

Zaman Republik Demokratik Georgia (1918-1921, 1991-2004)

Bendera ini digunakan pemerintahan Republik Demokratik tahun 1918 berikutan pemisahan Persekutuan Transkaukasia kepada negara-negara tersendiri - warna merah tua melambangkan kebahagiaan pada masa lalu dan masa hadapan, hitam melambangkan peringatan kepada zaman penjajahan Empayar Rusia sementara putih melambangkan harapan mendapatkan kedamaian. Bendera ini kemudiannya disingkirkan sebaik Georgia dijajah Kesatuan Soviet.

Bendera ini dihidupkan semula penggunaannya setelah rejim Soviet dibubarkan oleh Majlis Agung Republik Georgia tanggal 8 Disember 1991. Bagaimanapun, rekaan bendera ini seakin kuat dikaitkan dengan keadaan penuh konflik dan huru-hara yang berlaku semasa peralihan kuasa ini.

Zaman Soviet (1921-1991)

Rujukan

Pautan luar

Dokumen rasmi mengenai bendera ini dalam (bahasa Georgia):

Sumber lain:

Tags:

Bendera Georgia RekaanBendera Georgia Sejarah pengunaanBendera Georgia RujukanBendera Georgia Pautan luarBendera GeorgiaBenderaMerahPutihRepublik GeorgiaSalib

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Shazia RozainiHassanal BolkiahUthman bin AffanSlot LestaryMaktab Rendah Sains MARASultan PerakGula melakaIsrafilPerlisSenarai Saintis IslamSungai BulohRukun ImanBajauBanserBatik Air MalaysiaFadhli MasootPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuKontroversi stoking kalimah Allah 2024Isteri Separuh MasaErra FaziraOrang India MalaysiaAlor SetarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaAsiaSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSolat subuhDaerah LangkawiAmyra RosliSarawakSerpihan SayangKetupatAdat resam kahwin MelayuIsu kalimah Allah pada stoking 2024Nabi Adam a.s.Undang-Undang Laut MelakaKejuruteraan awamKata ganti diriPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSenarai Yang di-Pertuan AgongJenis air untuk bersuci dalam IslamAlhamdulillahSyariat IslamLiza AbdullahRita RudainiFrekuensi radio di JohorKhalid bin al-WalidKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaLayang Layang PerkahwinanIbnu KhaldunSijil Pelajaran MalaysiaNasi kandarPemancutan maniNaim DanielLesen memandu MalaysiaKhamis PutihPencemaran udaraIbanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaJabatan Imigresen MalaysiaS.S.C. NapoliSunan BonangTenaga Nasional BerhadGeografi JohorLiga Super Malaysia 2024–25PukimakPeribahasa MelayuSarah SuhairiMohamed Fadzli HassanAbdul Taib MahmudF.C. Internazionale MilanoEmma MaembongTahun Baru CinaSenarai universiti di MalaysiaUniversiti Utara MalaysiaFattah AminPembukaan Kota MekahAmpang🡆 More