Anjing gembala Eropah Timur ialah satu baka anjing gembala biri-biri Ukraine dan Rusia.
Ia dibiakbakakan secara terpilih di Kesatuan Soviet daripada anjing gembala Jerman untuk mewujudkan anjing lebih besar dengan daya ketahanan lebih baik terhadap keadaan sejuk dan diniatkan untuk kerja ketenteraan dan pengawalan.
| |||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Eropah Timur dibiakbakakan di Kesatuan Soviet pada awal abad kedua puluh. Pada tahun 1920-an, sebilangan anjing gembala Jerman diimport dari Jerman ke Republik Sosialis Soviet Ukraine. Di sana, program pembiakbakaan diasaskan dengan tujuan adaptasi baka ini kepada keadaan iklim mencabar Kesatuan Soviet. Selama beberapa dekad pembiakbakaan terpilih, suatu bentuk jelas berbeza bagi anjing gembala telah diwujudkan daripada yang dikenali di Barat; mulai tahun 1950, ini dinamai anjing gembala Eropah Timur. Walaupun pada mulanya baka ini berpusat di Ukraine, ia kemudian tersebar ke serata Kesatuan Soviet, namun ia mengalami kesukaran semasa Perang Patriotik Besar. Pada penghujung peperangan, terdapat banyak import anjing gembala Jerman dari Jerman; pengimportan adalah mustahil sebelum peperangan.
Anjing gembala Eropah Timur digunakan banyak-banyak oleh pihak tentera dan polis dalam Kesatuan Soviet sebagai anjing pengawal dan anjing penghidu. Ia merupakan kegemaran KGB, yang hanya pernah membela contoh-contoh hitam padu; jika seekor anak anjing bukan hitam tunggal lahir dalam perinduk yang dibiakbakakan oleh KGB, seluruh perinduk dimusnahkan dan pembiakbakaan itu tidak diulangi. Piawaian baka diluluskan pada tahun 1955 oleh Jawatankuasa Pusat USSR DOSAAF dan, pada tahun 1964, oleh Presidium Persekutuan Pembiakbakaan Anjing Khidmat. Anjing gembala Eropah Timur kini ialah antara baka anjing paling banyak di Rusia dan di beberapa buah negara bekas anggota Soviet.
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017, anjing gembala Eropah Timur diiktiraf oleh Nordic Kennel Union
dan, dengan itu, diiktiraf oleh Dansk Kennel Klub , Suomen Kennelliitto, Hundaræktarfélag Íslands, Norsk Kennel Klub , dan Svenska Kennelklubben.Anjing gembala Eropah Timur adalah lebih besar dengan ketara daripada anjing gembala Jerman dan menunjukkan banyak dimorfisme seks: jantan biasanya berdiri setinggi 67–72 cm (26–28 in) pada paras kelasa namun sesetengah dapat menjadi setinggi 74 cm (29 in); betina pula biasanya setinggi 62–67 cm (24–26 in). Lapis bulunya padat dan sederhana panjang dengan lapis bulu bawah cukup terbentuk dan kerap dengan helaian bulu lembut lebih panjang pada telinga, leher, anggota, dan ekor. Ia mungkin hitam dan sawo matang, sabel, atau hitam padu; anjing brindle atau anjing putih adalah jarang. Matanya mungkin perang, ambar, atau biru; mata berwarna ganjil diketahui. Telinganya panjang dan tegak dan kakinya besar dengan jari kaki panjang yang memberikan penampilan mirip kasut salji.
Baka ini dianggap amat cerdas, berani, tekun, dan tabah dan para pemilik kerap memerihalkan perangainya serupa dengan perangai anjing Dobermann.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Eropah Timur |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Anjing gembala Eropah Timur, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.