The Fox And The Hound: Filem animasi Amerika Syarikat tahun 1981

The Fox and the Hound (Rubah dan Anjing Pemburu) ialah sebuah filem animasi dari Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1981 berdasarkan novel bernama sama yang ditulis oleh Daniel P.

Mannix. Ia diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Julai 1981. Filem ke-24 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney mengisahkan cerita dua sahabat yang tidak berkemungkinan, seekor rubah merah bernama Tod dan seekor anjing pemburu bernama Copper, yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan persahabatan mereka walaupun naluri mereka muncul dan tekanan sosial persekitaran menuntut mereka untuk bermusuhan.

The Fox and the Hound
The Fox And The Hound: Jalan cerita, Pelakon suara, Tarikh tayangan
Poster promosi panggung
PengarahTed Berman
Richard Rich
Art Stevens
Lakon layarTed Berman
Larry Clemmons
Cerita olehLarry Clemmons
Ted Berman
David Michener
Peter Young
Burny Mattinson
Steve Hulett
Earl Kress
Vance Gerry
BerdasarkanThe Fox and the Hound oleh
Daniel P. Mannix
Dihasilkan olehRon Miller
Wolfgang Reitherman
Art Stevens
DibintangiMickey Rooney
Kurt Russell
Pearl Bailey
Sandy Duncan
Pat Buttram
Jack Albertson
Jeanette Nolan
Dick Bakalyan
Paul Winchell
Disunting olehJames Koford
James Melton
Muzik olehRichard Johnson
Richard Rich
Jim Stafford
Jeffrey Patch (Lagu)
Buddy Baker
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehBuena Vista Distribution
Tarikh tayangan
  • 10 Julai 1981 (1981-07-10)
Masa tayangan
83 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$12 juta
Pecah panggung$63,456,988

Filem ini diarah oleh Ted Berman dan Richard Rich dengan menggunakan suara Kurt Russell, Mickey Rooney, Pearl Bailey, Pat Buttram, Sandy Duncan, Richard Bakalyan, Paul Winchell, Jack Albertson, Jeanette Nolan, John Fiedler, John McIntire, Keith Coogan, dan Corey Feldman. Pada masa keluarannya, filem ini merupakan sebuah filem animasi paling mahal yang diterbitkan dengan kos AS$12 juta. Filem The Fox and the Hound 2 juga telah dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 12 Disember 2006.

Jalan cerita

Templat:Spoiler Setelah seekor anak rubah merah menjadi yatim piatu, burung hantu Big Mama (Pearl Bailey), burung belatuk Boomer (Paul Winchell), burung finch Dinky (Richard Bakalyan) merancang agar anak rubah merah ini dibela oleh Janda Tweed (Jeanette Nolan). Tweed menamakannya Tod (suara oleh Keith Coogan) merujuk gelaran kepada anak kecil yang baru belajar berjalan (bahasa Inggris: toddler). Sementara itu, jiran Tweed bernama Amos Slade (Jack Albertson) membawa pulang ke rumah seekor anak anjing pemburu bernama Copper (Corey Feldman), dan memperkenalkannya kepada anjing pemburu yang bernama Chief (Pat Buttram). Tod dan Copper menjadi kawan baik, dan bersumpah untuk menjadi "sahabat selama-lamanya". Slade kesal dengan Copper yang selalu pergi bermain ke tempat yang jauh, dan akhirnya Copper diikat. Sewaktu bermain dengan Copper di rumahnya, Tod tidak sengaja membangunkan Chief. Slade dan Chief mengejar Tod hingga Tweed meminta kedua-duanya untuk berhenti mengejar. Setelah terjadi pertikaman lidah di antara Slade dan Tweed, Slade berkata bahwa Tod akan dibunuhnya bila sekali lagi memasuki tanah pertanian miliknya. Musim memburu bermula, Slade membawa anjing-anjingnya ke hutan untuk memburu. Sementara itu, Big Mama menjelaskan kepada Tod bahwa persahabatannya dengan Copper tidak dapat diteruskan, kerana anjing dan rubah ialah musuh sejati, namun Tod tidak percaya.

Bulan demi bulan berlalu, Tod dan Copper menjadi dewasa. Tod (Mickey Rooney) menyelinap untuk bertemu Copper yang baru kembali dari dari berburu. Copper (Kurt Russell) menjelaskan bahawa walaupun Tod masih dihargainya sebagai seorang kawan, keadaan sudah berubah. Dirinya sekarang telah berubah menjadi seekor anjing pemburu. Chief terbangun dan memberi tahu Slade. Terjadi kejar-mengejar, dan Tod ditangkap oleh Copper. Namun Copper melepaskan Tod, dan lalu mengalihkan perhatian Chief dan Slade ke arah lain. Chief terus mengejar hingga ke sebuah jalan kereta api hingga dilanggar oleh keretapi yang tiba dan terluka. Copper dan Slade menyalahkan Tod sebagai penyebab kecelakaan, dan bersumpah akan membalas dendam. Tweed menyadari bahwa Tod sudah tidak dapat dibela oleh beliau. Tod akhirnya ditinggalkan di sebuah hutan. Big Mama memperkenalkan Tod dengan seekor rubah betina bernama Vixey (Sandy Duncan). Sementara itu, Slade dan Copper yang sedang mengejar dua ekor rubah, melanggar perbatasan dan masuk ke dalam hutan. Slade dan Copper kemudian diserang oleh seekor beruang. Slade jatuh tergelincir dan masuk ke dalam perangkap yang dibuatnya sendiri. Senapang miliknya juga terjatuh di luar jangkauannya. Copper sendirian berkelahi melawan beruang, namun ia bukanlah tandingan bagi seekor beruang. Tod datang membantu melawan beruang hingga keduanya jatuh ke dalam air terjun. Ketika Copper sedang menghampiri Tod yang terbaring di danau, Slade muncul, dan siap menembak Tod. Copper menghalang dengan badannya di depan Tod. Slade menurunkan senapangnya, dan akhirnya pergi berlalu bersama Copper. Di rumah, Tweed mengubati Slade hingga sembuh sementara para anjing beristirahat. Sebelum tertidur, Copper tersenyum, karena teringat hari-hari ketika dirinya berteman dengan Tod. Dari atas sebuah bukit, Vixey dan Tod melihat ke bawah, ke rumah Copper dan Tweed. Templat:Endspoiler

Pelakon suara

Watak Pelakon suara
Inggeris The Fox And The Hound: Jalan cerita, Pelakon suara, Tarikh tayangan  Malaysia The Fox And The Hound: Jalan cerita, Pelakon suara, Tarikh tayangan 
Tod Mickey Rooney (dewasa)
Keith Mitchell (muda)
?
Copper Kurt Russell (dewasa)
Corey Feldman (muda)
?
Amos Slade Jack Albertson ?
Janda Tweed Jeanette Nolan ?
Chief Pat Buttram ?
Big Mama Pearl Bailey ?
Vixey Sandy Duncan ?
Dinky Dick Bakalyan ?
Boomer Paul Winchell ?
Landak John Fiedler ?
Badger Perengus John McIntire ?

Tarikh tayangan

Senarai muzik filem

  • The Best of Friends
  • Lack of Education
  • A Huntin' Man
  • Goodbye May Seem Forever
  • Appericate the Lady

Sequence pengarah

  • Cliff Nordberg
  • Ollie Johnston
  • Ron Clements
  • Frank Thomas
  • Randy Cartwright
  • Glen Keane (Beruang)

Susulan pertengahan

Sebuah susulan pertengahan direct-to-video, The Fox and the Hound 2, telah dikeluarkan dalam DVD pada 12 Disember 2006. Filem ini berlaku semasa zaman muda Tod dan Copper, sebelum kejadian separuh kemudian filem ini.

Rujukan

Tags:

The Fox And The Hound Jalan ceritaThe Fox And The Hound Pelakon suaraThe Fox And The Hound Tarikh tayanganThe Fox And The Hound Senarai muzik filemThe Fox And The Hound Sequence pengarahThe Fox And The Hound Susulan pertengahanThe Fox And The Hound RujukanThe Fox And The Hound Pautan luarThe Fox And The HoundAnjing pemburuFilem animasiRubah merahSenarai filem cetera animasi panggung DisneyThe Walt Disney Company

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaKesihatanJenis darahMuhyiddin YassinKumpulan Wang Simpanan PekerjaSenarai sistem badan manusiaKerajaan SalakanagaraFadhlina SidekNabi Muhammad SAWXPDCSaleemRangka manusiaBola jaringAdi PutraAlgeriaPalestin (wilayah)Peraturan bola jaringKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyEtnik MelayuNabi Ibrahim a.s.Sepak takrawKerisPuncak AlamDawoodi BohraSSC NapoliSyafiq KyleKorea SelatanGua HiraNajua NasirEtikaTerusan SuezInternazionale Milano F.C.Dini SchatzmannRuhainiesZodiakKata namaNabiLesen memandu MalaysiaBahasa MaduraPilihan raya umum Malaysia 2022SelambutAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamIjazah sarjanaSultan Muhammad VOrang Asli di MalaysiaBank RHBBukan Kahwin PaksaTerlanjur Cinta (drama)Slot SamarindaRazarudin HusainGrup Gerak KhasQiamullailRiena DianaPembantu perubatanZara ZyaFrekuensi radio di Negeri SembilanFrekuensi radio di KelantanWinai KraibutrUndang-Undang Laut MelakaAyu RaudhahMaryamAmpangKuchingSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaNorish KarmanBeto KusyairyHantu Kak Limah Balik RumahSijil Tinggi Agama MalaysiaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahMacKontroversi stoking kalimah Allah 2024Kerajaan KutaiUniversiti Utara MalaysiaGula melakaKerenggaTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah🡆 More