Takson Monotip: Kumpulan taksonomi yang mengandungi hanya satu takson bawahan yang langsung

Dalam biologi, takson monotip atau takson ekajenis ialah kumpulan taksonomi (takson) yang mengandungi hanya satu takson bawahan yang langsung.

Spesies monotip ini tidak termasuk subspesies atau lebih kecil lagi, takson infraspesifik. Dalam kes bagi genus, istilah "unispesifik" atau "monospesifik" kadang-kadang dipilih. Dalam tatanama botani, genus monotip ialah genus dalam kes tertentu di mana genus dan spesies tunggal diperikan secara serentak. Sebaliknya, takson oligotip pula mengandungi lebih daripada satu namun hanya sedikit sekali takson bawahan.

Contoh

Sepertimana istilah monotip digunakan untuk memerikan takson yang merangkumi hanya satu subbahagian, takson yang terkandung boleh juga dirujuk sebagai monotip dalam takson peringkat lebih tinggi, cth. genus monotip dalam keluarga. Beberapa contoh kumpulan monotip adalah:

Tumbuhan

  • Dalam susunan Amborellales, terdapat hanya satu keluarga, Amborellaceae dan terdapat hanya satu genus, Amborella, dan dalam genus ini terdapat hanya satu spesies, iaitu Amborella trichopoda.
  • Tumbuhan berbunga Breonadia salicina satu-satunya spesies dalam genus monotip Breonadia.
  • Keluarga Cephalotaceae merangkumi hanya satu genus, Cephalotus, dan hanya satu spesies, Cephalotus follicularis – periuk kera Albany.
  • Bahagian Ginkgophyta adalah monotip, mengandungi kelas tunggal Ginkgoopsida. Kelas ini pun monotip, mengandungi susunan tunggal Ginkgoales.
  • Tumbuhan berbunga Nandina domestica satu-satunya spesies dalam genus Nandina.
  • Hari ini sudah diterima yang ganja (Cannabis sativa) secara umumnya genus monospesifik.

Binatang

  • Kupu-kupu madron satu-satunya spesies dalam genus monotip Eucheira. Namun, terdapat dua subspecies bagi kupu-kupu ini, E. socialis socialis dan E. socialis westwoodi, yang bermaksud spesies E. socialis bukan monotip.
  • Erithacus rubecula, murai Eropah, satu-satunya ahli bagi genusnya yang wujud.
  • Delphinapterus leucas atau paus beluga satu-satunya ahli bagi genusnya dan ketiadaan subspesies.
  • Dugong dugong satu-satunya spesies dalam genus monotip Dugong.
  • Homo sapiens (manusia) adalah monotip, memandangkan kita ada sangat sedikit kerencaman genetik untuk melindungi mana-mana subspesies hidup.
  • Limnognathia maerski adalah binatang mikroskopik dan satu-satunya spesies dalam filum monotip Micrognathozoa.
  • Narwal adalah setasea berukuran sedang yang merupakan satu-satunya ahli bagi genus monotip Monodon.
  • Platipus satu-satunya ahli bagi genus monotip Ornithorhynchus.
  • Ozichthys albimaculosus, iaitu cream-spotted cardinalfish, yang dijumpai di Australia Tropika dan selatan New Guinea, adalah spesies jenis bagi genus monotip Ozichthys.
  • Gelatik janggut satu-satunya spesies dalam genus monotip Panurus, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga monotip Panuridae.
  • Kanin membentuk satu-satunya subkeluarga hidup bagi keluarga anjing, Canidae

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Takson monotip, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Takson Monotip ContohTakson Monotip CatatanTakson Monotip RujukanTakson Monotip Pautan luarTakson MonotipBiologiGenusSpesiesSubspesiesTakson

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Farali KhanLiga Super Malaysia 2024–25Azlan ManSophia LianaNabi Adam a.s.Sheikh Muszaphar ShukorJam 24 jamAsiaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAyah PinOperasi LalangSiti HariesaShaheizy SamAhmad Zahid HamidiAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaMarissa YasminPendidikan di Indonesia10 Briged ParaJosiah HoganPegawai Waran IFilem Malaysia tahun 2024BadmintonJabatan Kemajuan MasyarakatKL GangsterRaja Zarith SofiahNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaCongkakMona FandeyHari Raya AidilfitriPak Ketipak KetipungBismillahTengku Permaisuri NorashikinOrang Kampung Otak KimiaMat KilauMohd Aleef YusofGeografi IndonesiaKota BharuKlangPerang AhzabAstro ShawAaron AzizDaiyan TrishaSultan Nazrin Muizzuddin ShahSejarah SingapuraMandi wajibSenarai parti politik MalaysiaLee Kee HiongSiput babiSujud sahwiGunung QafAlam sekitarAbdul Razak HusseinMegat SharizalTikTokKata hubung (bahasa Melayu)Melitha SidabutarShuk SaharDadahKeluaran dalam negara kasarPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Fadhlina SidekPitt HanifKerisKesultanan DemakAmir NafisKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Chempaka Emalin PahaminPutri JannahUpin & IpinTunku Abdul RahmanJangkitanSolatRujukan kehormatKetupatHulu LangatKapal terbang🡆 More