Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan

Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan ialah satu siri persidangan antara pemimpin masing-masing negara Korea Utara dan Korea Selatan.

Kerajaan Korea Selatan selama ini menegaskan keperluan diadakannya sidang kemuncak antara dua Korea yang diakuinya sebagai penting untuk menyelesaikan isu rancangan nuklear Korea Utara dan menjalinkan hubungan antara dua Korea ini.

Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan
Hangul남북정상회담 (Selatan)
Hanja南北頂上會談
Perumian SemakanNambuk Jeongsanghoedam
McCune–ReischauerNambuk Ch'ŏngsanghoedam
Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan
Chosŏn'gŭl북남수뇌상봉 (Utara)
Hancha北南首腦相逢
McCune–ReischauerBuknam Sunoesangbong
Perumian SemakanBungnam Sunoesangbong

Pada Sidang Kemuncak yang pertama, pemimpin Korea utara bertemu dengan Presiden Korea Selatan pada Jun 2000 di Pyongyang.

Oleh sebab pihak Korea Utara memberi maklum balas yang memberangsangkan, kedua-dua Korea mencapai persetujuan pada 5 Ogos 2007, pada Sidang Kemuncak Ke-2. Sidang Kemuncak Ke-2 ini mula-mulanya dirancangkan untuk diadakan di Pyongyang pada 28–29 Ogos. Bagaimanapun, akibat berlakunya banjir di Korea Utara, sidang ini ditunda ke 2–4 Oktober. Menuruti persetujuan antara Presiden Republik Korea Roh Moo-hyun dan Kim Jong Il, Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Negara Republik Rakyat Demokratik Korea, Presiden Roh mengunjungi Pyongyang dari 2–4 Oktober 2007.

Sidang Kemuncak Pertama (13–15 Jun 2000)

Menurut Deklarasi Bersama Utara Selatan yang timbul daripada sidang kemuncak yang pertama, rundingan tahap asas kementerian dan ketenteraan Utara-Selatan diadakan empat kali di Pyongyang, Seoul dan Pulau Jeju dari Julai hingga Disember 2000. Ini juga melibatkan rundingan Palang Merah Utara-Selatan (tiga kali) dan perhubungan asas untuk kerjasama ekonomi Utara dan Selatan (beberapa kali) yang berterusan sehingga Mac 2007. Kim Dae Jung, presiden Korea Selatan ketika itu, menerima Hadiah Keamanan Nobel kerana menjayakan sidang kemuncak ini.

Pada bulan Ogos 2000, 50 tahun setelah pengasingan, sebilangan ahli keluarga dan saudara mara yang terpisah di Utara dan Selatan menikmati pertemuan penyatuan semula sesama sendiri yang mengagumkan di Pyongyang dan Seoul. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat penyatuan semula Korea setelah persidangan di Pyongyang yang bersejarah ini. Rundingan kemuncak antara dua Korea diadakan dan Deklarasi Bersama Utara-Selatan 15 Jun diterima kedua-dua pihak.

Sidang Kemuncak Kedua (2–4 Oktober 2007)

Deklarasi Bersama 15 Jun 2000 yang ditandatangani kedua-dua pemimpin ketika sidang kemuncak pertama menyatakan bahawa mereka akan mengadakan sidang kemuncak kedua pada masa yang sesuai. Korea Selatan sentiasa memaklumkan rasa terbukanya kepada cadangan mengadakan sidang kemuncak antara dua korea di mana-mana dan bila-bila masa.

Pada 2 Oktober 2007, Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun melintasi Zon Bebas Tentera Korea untuk ke Pyongyang untuk berjumpa dengan Kim Jong Il. Ketika lawatan ini, mesyuarat dan perbincangan diadakan.

Dalam mesyuarat ini, kedua-dua pihak telah menegaskan semangat Deklarasi Bersama 15 Jun serta mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu mengenai merealisasikan pengeratan hubungan Utara-Selatan, keamanan di Semenanjung Korea, kemakmuran bersama orang Korea dan penyatuan Korea. Pada 4 Oktober 2007, Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun dan pemimpin Korea utara Kim Jong-il menandatangani pengisytiharan keamanan. Dokumen ini menyeru untuk rundingan antarabangsa untuk menggantikan gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea dengan perjanjian keamanan yang berkekalan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan Sidang Kemuncak Pertama (13–15 Jun 2000)Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan Sidang Kemuncak Kedua (2–4 Oktober 2007)Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan RujukanSidang Kemuncak Korea Utara-Selatan Pautan luarSidang Kemuncak Korea Utara-SelatanKorea SelatanKorea Utara

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nur (drama)Mimi LanaSenarai Saintis IslamJasmine Suraya ChinFarah AhmadBaju kurungSlot SakuraNegeri PalestinPerang Dunia PertamaKajangPerseikatanAndrew RobertsonIpohPilihan raya umum Malaysia 2022Norish KarmanEtihad AirwaysPemboleh ubahPangsapuriAerofonMenteri Besar JohorUji RashidTikTokSenarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara LaguRiz AminRangka manusiaMohd Noor Helmy Abdul HalemFazidah JonedLembah BujangNadhir NasarKobe Jae ChongPukimakPiala Asia 2019Kedah TuaUniversiti Teknologi MalaysiaKhunsa (siri TV)Solat jamakJalan SalibSalomaJuventusLaura AnnaPuasa (Islam)Baju MelayuPenjodoh bilangan bahasa MelayuShaheizy SamKementerian Kesihatan MalaysiaKerisEman MananHassanal BolkiahBajauSepanyolAssalamualaikumZizi KiranaArab SaudiPeribahasa MelayuIsteri Separuh MasaSolozNgabuburitMetadataBendera MalaysiaKhaidhirah Abu ZaharTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSenarai universiti di MalaysiaTauratRuminah SidekFrekuensi radio di KelantanBahasa ArabTahun MasihiKhir RahmanSerpihan SayangTrisha OoiMenara Berkembar PetronasMarga SangirSenarai raja-raja MelayuSunan MuriaPeristiwa Kampung MedanBiendaPolis EVO 3Jepun🡆 More