Robert Louis Stevenson

Robert Louis Stevenson (13 November 1850 – 3 Disember 1894) merupakan seorang penulis kelahiran Scotland - antara karya terkenalnya ialah Treasure Island dan Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde.

Robert Louis Stevenson
Gambar ditangkap Henry Walter Barnett bertarikh 1893
Gambar ditangkap Henry Walter Barnett bertarikh 1893
LahirRobert Lewis Balfour Stevenson
(1850-11-13)13 November 1850
Edinburgh, Scotland
Meninggal dunia3 Disember 1894(1894-12-03) (umur 44)
Vailima, Samoa
PekerjaanPenulis novel, penyajak, penulis kelana
WarganegaraScotland
WarganegaraUnited Kingdom
Pendidikan1857 Mr. Henderson's School, Edinburgh
1857 Private tutors
1859 Return to Mr. Henderson's School
1861 Edinburgh Academy
1863 Sekolah asrama Isleworth, Middlesex
1864 Robert Thomson's School, Edinburgh
1867 University of Edinburgh
TempohZaman Victoria
Karya terkenalTreasure Island
A Child's Garden of Verses
Kidnapped
Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde
PasanganFanny Van de Grift Osbourne
SaudaraThomas Stevenson (bapa)
Margaret Isabella Balfour (ibu)

Biografi

Awal hidup

Stevenson lahir di 8 Howard Place, Edinburgh, Scotland pada 13 November 1850. Ayahnya Thomas Stevenson (1818–87) merupakan seorang jurutera yang bekerja di sebuah rumah api manakala Margaret Isabella (1829–97) anak sebuah paderi mazhab Gereja Scotland; adik beradiknya turut bekerja sebagai doktor (George William Balfour) dan jurutera (James Balfour).

Robert sering menghidap masalah pernafasan semasa mudanya. Perkara tersebut lagi diburukkan dengan keadaan keluarganya yang berpindah randah ke kawasan yang lembap dan sejuk. Keadaan kesihatan ini juga menghalangnya daripada bersekolah ketika sebaya umur rakan-rakannya yang lain, maka beliau diajar oleh beberapa pendidik persendirian sehingga dapat membaca pada usia 7 atau 8 tahun. Beliau turut menggemari menulis cerita sepanjang usia mudanya, malah minat ini begitu disokong ayahnya.

Kerjaya penulisan

Pada Jun 1888, Stevenson menyewa sebuah kapal layar Casco di mana beliau membawa keluarga berlayar jauh dari San Francisco. Iklim persekitaran yang panas memulihkan kesihatannya. Beliau turut berlayar sekitar timur dan tengah kawasan Lautan Pasifik. Ketika beliau singgah untuk seberapa lama di Kepulauan Hawaii, beliau berkenalan dengan Raja Kalākaua dan puteri mamanda baginda Victoria Kaiulani, sehingga mereka bertiga menjadi sahabat baik. Beliau turut meluangkan masa menyinggah di Kepulauan Gilbert (kini dalam Kiribati), Tahiti, New Zealand serta juga Kepulauan Samoa; pengembaraan beliau di tempat-tempat inilah menginspirasikan banyak penulisannya yang bertumpu kepada kehidupan dalam pelayaran mahupun berlatarkan pulau dan laut.

Senja hidup di Samoa

Pada 1890, Robert mula mendiami estet 400 ekar (1.6 km²) beliannya di Vailima, pulau Upolu. Beliau mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan sehingga mereka banyak berjumpa dengannya meminta nasihat, malah beliau diberikan jolokan Tusitala, yakni "Penglipur Lara". Beliau turut melibatkan diri dalam politik tempatan Samoa di mana beliau begitu mengkritik pegawai British yang dilihatnya sebagai sungguh kurang cekap. Beliau turut menulis sebuah karya yang menjelaskan mengenai Perang Saudara Samoa berjudul A Footnote to History: Eight Years of Trouble in Samoa.

Pada 3 Disember 1894, Robert jatuh pengsan disyaki akibat perdarahan dalam otak di kediamannya. Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas itu, pada usia 44 tahun. Mayatnya diiringi dan dikawal penduduk kampung ke sebidang tanah pemberian Konsul British di Gunung Vaea yang menjadi tempat persemadiannya.

Senarai karya

Novel

  • The Hair Trunk or The Ideal Commonwealth (1877), tidak siap.
  • Treasure Island (1883, tajuk asal: "The Sea Cook, or Treasure Island: a Story for Boys")
  • Prince Otto (1885)
  • Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde (1886)
  • Kidnapped (1886)
  • The Black Arrow: A Tale of the Two Roses (1888)
  • The Master of Ballantrae: A Winter's Tale (1889)
  • The Wrong Box (1889); ditulis bersama Lloyd Osbourne.
  • The Wrecker (1892); ditulis bersama Lloyd Osbourne.
  • Catriona (1893, tajuk asal: David Balfour); susulan kepada novel Kidnapped
  • The Ebb-Tide (1894); ditulis bersama Lloyd Osbourne.
  • Weir of Hermiston (1896); terhenti saat Stevenson meninggal dunia.
  • St Ives: Being the Adventures of a French Prisoner pada England (1897).; terhenti saat Stevenson meninggal dunia, namun disambung dan dihabiskan oleh Arthur Quiller-Couch.

Koleksi cerita pendek

  • New Arabian Nights (1882)
  • More New Arabian Nights: The Dynamiter (1885); ditulis bersama Fanny Van De Grift Stevenson
  • The Merry Men and Other Tales and Fables (1887); mengandungi 6 buah cerita.
  • Island Nights' Entertainments (1893, juga berjudul South Sea Tales); mengandungi tiga cerita tambahan.
  • Fables (1896), mengandungi 20 buah cerita.
  • Tales and Fantasies, 1905, contains The Story of a Lie, The Body Snatcher, The Misadventures of John Nicholson.

Karya lain

  • Virginibus Puerisque, and Other Papers (1881), siri koleksi karangan.
  • siri antologi Familiar Studies of Men and Books (1882).
  • Memories and Portraits (1887), siri koleksi karangan.
  • On the Choice of a Profession (1887)
  • Memoir of Fleeming Jenkin (1888)
  • Father Damien: an Open Letter to the Rev. Dr. Hyde of Honolulu (1890)
  • Vailima Letters (1895)
  • The New Lighthouse on the Dhu Heartach Rock, Argyllshire (1995). Based on an 1872 manuscript edited by R. G. Swearingen. California. Silverado Museum.
  • Sophia Scarlet (2008). Based on 1892 manuscript edited by Robert Hoskins. AUT Media (AUT University).
  • Essays pada the Art of Writing, 1905

Puisi dan sajak

  • A Child's Garden of Verses (1885)
  • Underwoods (1887), koleksi sajak dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan bahasa Scots.
  • Ballads (1891)
  • Songs of Travel and Other Verses (1896)
  • Poems Hitherto Unpublished, 3 vol. 1916, 1916, 1921, Boston Bibliophile Society, republished pada New Poems

Penulisan jelajah

  • An Inland Voyage (1878)
  • Edinburgh: Picturesque Notes (1878)
  • Travels with a Donkey pada the Cévennes (1879)
  • The Silverado Squatters (1883)
  • Across the Plains (ditulis pada 1879–80, diterbit pada 1892)
  • The Amateur Emigrant (ditulis 1879–80, diterbit 1895)
  • The Old and New Pacific Capitals (1882).
  • Essays of Travel (London: Chatto & Windus, 1905)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Robert Louis Stevenson BiografiRobert Louis Stevenson Senarai karyaRobert Louis Stevenson RujukanRobert Louis Stevenson Pautan luarRobert Louis StevensonStrange Case of Dr Jekyll and Mr HydeTreasure Island

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin ShahTembikaiMenteri Besar Johor16 PuasaKorea SelatanPerdana Menteri MalaysiaJepunSepahtu Reunion LiveMasya-AllahInflasiBukan Kahwin PaksaJabatan Kastam Diraja MalaysiaHubungan seksPerlembagaan MalaysiaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminMamat KhalidWarna Warni AidilfitriLesen memandu MalaysiaFarajUnifi TVPiala UEFADugongF.C. Internazionale MilanoBank RHBSultan Sharafuddin Idris ShahNegeri SembilanJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaAngkor WatKumpulan Rock MalaysiaNasi kandarS.S.C. NapoliPerang AhzabKau Yang TerindahIsham JalilHero Seorang Cinderella 2SejarahMy Lovely DriverSultan Muhammad V7 Hari Mencintaiku (musim 3)BumiputeraMohd Noor Helmy Abdul HalemRujukan kehormatSunan KalijagaMusang PulutMohd Safee Mohd SaliAdat resam12 Dewa OlympusSultan PerakPeristiwa 13 MeiJaafar OnnKata hubung (bahasa Melayu)KeperibadianMokhtar DahariZodiakMuhammad bin Idris al-SyafiiPeristiwa Kampung MedanHassanal BolkiahTeknologiIbu Tiri (filem)Perang Dunia PertamaPerang Dunia KeduaTerlanjur Cinta (drama)Slot SamarindaPolis Diraja MalaysiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanPemancutan maniEmpayar Rom SuciGantangFasha SandhaTahun Baru CinaSunan Gunung JatiHaidMedia sosial🡆 More