Ribut petir ialah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat.
Ribut petir ialah ribut yang paling lazim berlaku di dunia.
Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir ialah lebih kurang 10 gigawatt-jam (3.6×1013 joule), bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.
Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir, dengan kekerapan terkuat di kawasan hutan hujan tropika. Kampala dan Tororo di Uganda telah dianggap sebagai tempat terjadinya ribut petir paling banyak di Bumi.
Beberapa ribut petir yang paling kuat dan berbahaya berlaku di Amerika Syarikat, terutamanya di negeri-negeri barat tengah Amerika Syarikat dan kawasan selatan. Ribut tersebut boleh menimbulkan puting beliung. Setiap musim bunga, pemburu ribut akan menuju ke Great Plains, Amerika Syarikat dan kawasan Prairie, Kanada untuk meneroka aspek visual dan saintifik ribut dan puting beliung.
Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilan angin ricih seperti berikut:-
Ribut petir dahsyat mempunyai sifat-sifat berikut:-
Rajah aliran udara semasa pembesaran awan kumulus | Rajah aliran udara semasa peringkat matang | Rajah aliran udara semasa peringkat penyingkiran |
Terdapat 3 fasa utama dalam kejadian ribut petir:-
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ribut petir, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.