Perampasan Pesawat

Perampasan pesawat ialah penyitaan sesebuah pesawat, baik oleh seorang perorangan mahupun oleh sekumpulan orang.

Dalam kebanyakan kes, juruterbangnya dipaksa terbang mengikut arahan perampas. Bagaimanapun, terdapat juga kes bahawa perampas sendiri memandu pesawat. Dalam sekurang-kurangnya satu kes, sebuah pesawat dirampas oleh juruterbang rasmi sendiri.

Berbeza dengan perampasan kenderaan darat atau kapal, perampasan pesawat biasanya tidak dilakukan untuk merampas barang muatan. Kebanyakan perampasan pesawat dilakukan untuk menggunakan penumpangnya sebagai orang tebusan. Niatnya berbeza-beza daripada menuntut pembebasan banduan yang tertentu (contoh yang paling terkenal merupakan Penerbangan 814 Indian Airlines) hingga menonjolkan ketidakpuasan hati sesuatu komuniti (misalnya Penerbangan 8969 Air France). Ia juga boleh dilakukan supaya menggunakan pesawat sebagai senjata bagi menyasarkan sesuatu lokasi (yang paling terkenal ialah serangan 11 September 2001). Perampas yang lain juga menahan orang tebusan untuk mendapatkan wang tebusan.

Kebanyakan perampasan yang melibatkan orang tebusan menyebabkan satu siri perundingan antara perampas dan pihak berkuasa, disusuli oleh sesetengah bentuk penyelesaian. Bagaimanapun, penyelesaian itu tidak selalu memenuhi apa yang dituntut oleh perampas pada asalnya. Jika perampas masih tidak ingin menyerahkan diri, pasukan khas yang bersenjata sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyelamatkan orang tebusan (misalnya Operasi Entebbe).

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

JuruterbangPesawat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Anna JoblingTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahMat KilauAn-Nuayman bin AmrTikTokKesan perubahan iklimKhalid Mohamad JiwaTengku Amir ShahFarajCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaKhairulamingWan RajaUthman bin AffanSultan Nazrin Muizzuddin ShahBaba dan NyonyaGabenor Bank Negara MalaysiaPasukan Gerakan AmBukan Kahwin PaksaPerdana Menteri MalaysiaMyKadKera bekantanPiala Thomas & Uber 2024Persatuan Negara-negara Asia TenggaraSiksa KuburFadillah YusofQistina KhaledRazarudin HusainMetamfetaminaSenarai poskod di MalaysiaMarissa YasminLapangan Terbang Sultan Ismail PetraJasmine Suraya ChinBarisan NasionalKuala LumpurAlicia AminSenarai saluran AstroPerang PadriRokokKhaliq Mehtab Mohd IshaqJam 12 jamTerengganuLaskar KananJambatan Angkat Kuala TerengganuTauhid RububiyahAaron AzizKelapa sawitPiala Asia B-23 AFC 2018Jabatan Akauntan NegaraAerofonAyah PinDewi RemajaJam 24 jamRukun NegaraBuah pelagaLuruhnya Bunga CintaMisteri DilailaDini SchatzmannAhli Sunah WaljamaahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaNur (drama)Penjodoh bilangan bahasa MelayuLiberalismePanglima Angkatan TenteraYasmin NapperErick ThohirDaun salamNabi Muhammad SAWIpohKuala KangsarBeto KusyairyDaiyan TrishaHari Raya AidiladhaArena LieyaMega Movie (Slot TV3)SateAzad JasminVincent Tan🡆 More