Pavel Nedvěd

Pavel Nedvěd (Templat:IPA-cs; lahir 30 Ogos 1972) merupakan bekas pemain bola sepak Republik Czech yang bermain di posisi pemain tengah.

Nedvěd dikelaskan sebagai salah satu pemain terbaik pada eranya dan juga menjadi pemain terbaik yang berasal dari Republik Czech. Beliau memenangi kejuaraan domestik dan menerima penghargaan Eropah ketika bersama kelab Itali, Lazio dan Juventus. Nedvěd menjadi kunci pemain bagi pasukan Republik Czech untuk melangkah ke perlawanan akhir Euro 1996. Beliau juga mengetuai pasukan kebangsaannya ke Euro 2004 di Portugal. Lebih-lebih lagi, Nedvěd membantu pasukan Republik Czech untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak perpecahan Czechoslovakia.

Pavel Nedvěd
Pavel Nedvěd
Maklumat peribadi
Nama penuh Pavel Nedvěd
Tarikh lahir (1972-08-30) 30 Ogos 1972 (umur 51)
Tempat lahir Cheb, Czechoslovakia
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Sayap
Pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
1977–1985 TJ Skalná
1985–1986 RH Cheb
1986–1990 Škoda Plzeň
1990 Dukla Tábor
1990–1991 Dukla Prague
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1992 Dukla Prague 19 (3)
1992–1996 Sparta Prague 97 (23)
1996–2001 Lazio 138 (33)
2001–2009 Juventus 247 (51)
Jumlah 501 (110)
Pasukan kebangsaan
1992–1993 Czechoslovakia B21 7 (0)
1994–2006 Republik Czech 91 (18)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Nedvěd memenangi Ballon d'Or sebagai Pemain Terbaik Eropah pada tahun 2003. Beliau menjadi pemain Czech kedua menerima anugerah ini dan orang pertama sejak pemecahan Czechoslovakia. Ketika kariernya, Nedvěd menerima beberapa anugerah individu antaranya ialah Golden Foot pada 2004, Pemain Terbaik Republik Czech (empat kali) dan juga Bola Emas (enam kali). Beliau termasuk dalam senarai FIFA 100 oleh Pelé dan mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik UEFA pada 2003, 2004 dan 2005. Beliau membuat persaraan rasmi selepas musim 2008–09.

Kerjaya kelab

Republik Czech

Nedvěd dilahirkan di Cheb dan membesar di sekitar kota Skalná. Nedvěd memulakan kerjaya bola sepaknya di negara asalnya, Czechoslovakia. Beliau bermain untuk kelab di kampung halamannya, Tatran Skalná pada 1977 semasa berusia lima tahun. Nedvěd berpindah ke Rudá Hvězda Cheb pada 1985 selama satu musim sebelum menghabiskan lima tahun di Škoda Plzeň. Pada tahun 1990, Nedvěd dipinjam ke Dukla Prague, sebuah kelab yang dikendalikan oleh Tentera. Pada 28 Oktober 1991, Nedvěd bermain pada perlawanan pertamanya untuk Dukla Prague. Selepas satu musim bersama Dukla pada 1991, beliau terus berpindah ke Sparta Prague dari Viktoria pada 1992.

Pada awal kariernya di Sparta, Nedvěd telah menerima tiga layangan kad merah pada enam perlawananya. Bersama Sparta, Nedvěd memenangi satu gelaran Liga Czechoslovakia, dua Gambrinus liga dan sebuah trofi Piala Czech. Pada tahun 1994, beliau menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Republik Czech. Selepas aksi terbaiknya di Euro 1996, termasuk gol pada peringkat kumpulan menentang Itali, beliau telah menarik perhatian daripada beberapa kelab Eropah lain antaranya PSV Eindhoven. Nedvěd kemudian membuat perpindahan dari Sparta Prague ke kelab Itali, Lazio. Nedvěd menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran perpindahan sebanyak 1.2 juta lira Itali.

Lazio

Nedvěd membuat debut di Serie A untuk Lazio pada 7 September 1996 pada perlawanan menentang Bologna, Lazio menang 1-0. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menentang Cagliari pada 20 Oktober 1996. Pada musim 1996-97, beliau menjaringkan tujuh gol. Pada musim berikutnya, sebanyak 24 perlawanan Lazio tanpa kalah bermula dari November 1997 sehingga April 1998 dan Nedvěd menamatkan aksi terakhir liga dengan dibuang padang ketika menentang Juventus. Pada musim itu juga, Lazio menjulang trofi Coppa Italia dan melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA 1997-98. Nedvěd memulakan musim 1998-99 bersama Lazio dengan menjuarai Supercoppa Italiana, Nedvěd menjaringkan gol pada perlawanan itu menentang Juventus, 2–1. Beliau menjadi pemain utama Lazio pada kempen Piala Juara-Juara UEFA. Apabila Lazio layak ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA, beliau menjaringkan gol kemenangan buat Lazio menentang Mallorca, Lazio menang 2–1.

Nedvěd menjadi salah satu daripada sepuluh pemain termahal di Liga Itali pada 1999. Beliau bermain pada Piala Super UEFA 1999 menentang Manchester United pada permulaan musim dan keputusannya Lazio menang hasil gol tunggal Marcelo Salas. Pada tahun 2000, Nedvěd membantu Lazio membolot dua kejuaraan domestik Itali iaitu Serie A dan Coppa Italia. Beliau memenangi Supercoppa Italiana bersama Lazio buat kali kedua pada tahun yang sama. Bersama Siniša Mihajlović, Nedvěd salah satu daripada dua pemain Lazio dibuang padang pada perlawanan suku akhir Coppa Italia edisi 2000 pada Disember dan tewas kepada juara bertahan, Udinese pada agregat 5-3. Nedvěd bermain pada aksi Liga Juara-Juara Eropah bersama Lazio dan menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid pada peringkat kumpulan, keputusan perlawanan terikat seri 2-2 sebelum juara Itali itu tersingkir. Pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara, Nedvěd dikritik oleh pengurus Leeds United, David O'Leary kerana membuat asakan ke atas Alan Maybury (walaupun pengadil tidak mengatakan ia faul) lalu Nedvěd digantung tiga perlawanan Eropah.

Walaupun Nedvěd menandantangani kontrak baru iaitu selama empat tahun bersama Lazio pada April 2001, Lazio tetap cuba memnjual beliau dan Juan Sebastián Verón pada perpindahan musim panas. Ini menyebabkan peminat protes ke atas presiden Sergio Cragnotti. Kedua-dua pemain itu kemudian akhirnya dijual ke Juventus dan Manchester United.

Juventus

Selepas menghabiskan lima musim bersama Lazio, Nedvěd ditimpa spekulasi kononnya beliau akan berpindah ke beberapa kelab (antaranya Manchester United dan Chelsea) sebelum beliau membuat perpindahan ke Juventus sebanyak 41 juta euro pada 2001. Di Juventus, beliau dianggap sebagai pengganti Zinedine Zidane, yang berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada perpindahan musim panas. Nedvěd sebahagian daripada pasukan scudetto untuk dua musim iaitu 2001-02 dan 2002-03. Pada musim 2003-04, beliau menjadi subjek konntroversi. Nedvěd mengambil langkah untuk keluar daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Itali dan membuat protes ke atas persatuan itu oleh kerana membuat peraturan terhad ke atas pemain dari negara bukan ahli-EU. Sehingga 2004 iaitu tahun Republik Czech menyertai EU, barulah Nedvěd kembali semula. Beliau tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Milan kerana beliau menerima kad kuning kali kedua pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Real Madrid. Beliau mengasari pemain Steve McManaman. Tanpa beliau, Juventus tumpas ke tangan Milan berdasarkan penentuan penalti, 2-3.

Pada Disember 2003, Nedvěd diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia oleh majalah World Soccer. Sebulan selepas itu, beliau mendapat anugerah Pemain Terbaik Eropah selepas menewaskan Thierry Henry dan Paolo Maldini. Dengan anugerah ini, beliau menjadi pemain Czech kedua untuk menerima anugerah ini (selepas Josef Masopust pada 1962). Nedvěd menerima anugerah Golden Ball 2004 oleh penulis sukan Czech. Anugerah Golden Ball ini kali kelima buat Nedvěd dalam masa tujuh tahun.

Pada musim 2004–05, Nedvěd mengalami kecederaan lutut dan kepala lalu terpaksa dikeluarkan daripada skuad selama dua bulan dan ingin mengumumkan persaraan pertamanya pada April 2005. Walaupun Juventus memenangi Serie A dan pada 2006, gelaran juara itu dibatalkan dan diberikan kepada Internazionale oleh kerana Calciopoli. Selepas musim 2005-06, Juventus disingkirkan ke Serie B kerana hukuman calciopoli oleh Persatuan Bola Sepak Itali yang bekerjasama dengan UEFA. Ini menyebabkan bintang Juventus antaranya Fabio Cannavaro dan Lilian Thuram meninggalkan kelab Turin itu. Selepas aksi Piala Dunia, Nedvěd menafikan khabar angin mengenai pemergiannya dan mengulangi hasratnya untuk membantu Juventus kembali semula ke Serie A. Beliau digantung lima perlawanan selepas dilayangkan kad merah menentang Genoa pada Disember 2006 dan mengulangi semula hasratnya untuk bersara. Walau bagaimanapun, beliau tetap bersama kelab itu sehingga penghujung musim dan menjaringkan 11 gol di Serie B.

Pada musim 2007-08, Juventus kembali semula ke Serie A. For the 2007–08 season, Juventus again played in Serie A. Nedvěd bermain sebagai pilihan pertama sayap kiri dan menjaringkan dua gol. Pada November 2007, beliau sekali lagi membuat perkara kontroversi apabila melakukan takle ke atas pemain Internazionale, Luís Figo dan membuatkan pemain Portugal itu mengalami fibula. Pada April 2008, Nedvěd dikejarkan ke hospital apabila berlanggar dengan Roberto Guana pada perlawanan menentang Palermo.

Nedvěd menjaringkan gol liga pertamanya untuk Juventus pada musim 2008-09 pada perlawanan seri 1-1 bertemu Fiorentina dan menjaringkan dua gol ketika menentang Bologna pada Oktober 2008, Juventus menang 2-1. Pada 26 Februari 2009, Nedvěd mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada penghujung musim 2008–09 supaya beliau boleh meluangkan banyak masa bersama keluarganya. Pada 10 Mac 2009, Nedvěd terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kecederaan pada minit ke-12 ketika perlawanan perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Chelsea. Juventus tewas kepada Chelsea, 3-2 pada agregat dan pada perlawanan itu juga perlawanan Eropah terakhir buat Nedvěd. Nedvěd mengetuai pasukannya pada perlawanan terakhirnya di Juventus menentang bekas kelabnya, Lazio. Beliau membuat hantaran kepada Vincenzo Iaquinta untuk menjaringkan gol dan Juventus menang 2-0.

Selepas bersara

Pavel Nedvěd 
Nedvěd pada perlawanan amal pada 2014.

Nedvěd sertai Maraton Prague pada 2010 dan menghabiskan maraton ini dengan masa 1:49:44. Beliau berlari sejauh 42 kilometer untuk Maraton Prague pada 2012 dan dengan catatan masa 3:50:02. Nedvěd menjadi direktor sukan Juventus pada 27 Oktober 2012. Pada January 2013, Nedvěd digantung untuk menghadiri perlawanan Serie A selama tiga minggu selepas beliau mempertikaikan keputusan pengadil pada perlawanan menentang Sampdoria.

Pada 23 Oktober 2015, Nedvěd dilantik menjadi naib presiden Juventus.

Kerjaya antarabangsa

Nedvěd mula bermain untuk pasukan kebangsaan remaja Czechoslovak pada 1988. Beliau mewakili pasukannya pada pasukan bawah-15 sebelum ke 16, 17 dan 18. Pada 1992, beliau membuat debut untuk pasukan bawah-21 dan bermain sebanyak tujuh perlawanan pada tahun 1992 dan 1993.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Republik Czech pada Jun 1994 pada perlawanan menentang pasukan kebangsaan Republik Ireland, Czech menang 3-1. Nedvěd mewakili Republik Czech ke kejohanan Euro 1996. Pada perlawanan pembukaan kumpulan menentang Jerman, Nedvěd mempersia-siakan dua peluang menjaringkan gol dan keputusannya Jerman menang 2-0. Nedvěd menjaringkan gol pertamanya untuk Republik Czech ketika menentang Itali pada peringkat kumpulan dan meletakkan pasukan Czech di hadapan, 1-0 selepas empat minit.. Walaupun Itali menguasai perlawanan, pasukan Czech dengan 10 orang pemain menang 2-1. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Rusia, beliau menerima kad kuning kedua perlawanan dan dibuang padang. Meskipun ketiadaan beliau, pasukan Czech terikat seri 3-3 bertemu Rusia.

Akibat penggantungan, Nedvěd tidak beraksi pada suku akhir Euro 1996 menentang Portugal. Walau bagaimanapun, Republik Czech menang 1-0. Pada perlawanan separuh akhir menentang Perancis, Nedvěd menjadi pemain terbaik perlawanan oleh UEFA dan mara ke perlawanan akhir selepas membenam Perancis secara penentuan penalti. Beliau mengambil tendangan kedua buat pasukannya . Namun, pasukannya gagal untuk menjulang trofi Euro buat kali pertama apabila tewas kepada Jerman hasil daripada jaringan gol emas.

Beliau kemudian mewakili pasukannya ke Piala Konfederasi pada 1997 dan membantu pasukannya untuk menduduki tempat ketiga kejohanan. Nedvěd menjarinkan dua gol pada kejohanan itu ketika menentang Emiriah Arab Bersatu, Czech menang 6-1. Ini membolehkan pasukan Czech ke separuh akhir namun kecundang di tangan Brazil. Pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Czech menewaskan Uruguay.

Sebelum bermulanya aksi Euro 2000, Nedvěd tidak dapat berlatih dengan baik akibat mengalami kecederaan buku lali. Pada perlawanan pertama menentang tuan rumah Belanda, Czech tewas akibat kontroversi di penghujung perlawanan apabila pasukan Belanda dihadiahkan sepakan penalti. Pada perlawanan kedua menentang Perancis, beliau dikasari di kotak penalti lalu menerima tendangan penalti yang diambil oleh Karel Poborský, lalu keputusan seri 1-1. Nedvěd melepaskan dua tendangan ke gawang Perancis namun tidak dapat menewaskan penjaga gol Perancis, Fabien Barthez dan Perancis memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1. Beliau bermain pada perlawanan akhir kumpulan menentang Denmark, pasukan Czech menang 2-0 namun tersingkir apabila menduduki tempat ketiga di tangga kumpulan. Selepas Euro 2000, Nedvěd mengambil alih jawatan kapten pasukan dari Jiří Němec.

Nedvěd menjadi kapten buat pasukan Republik Czech di Euro 2004. Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Belanda, selepas ketinggalan 2-0 pada 19 minit, beliau membantu Czech untuk bangkit lalu melakar kemenangan dramatik 3-2. Sembilan pemain termasuk Nedvěd direhatkan pada perlawanan terakhir menentang Jerman oleh kerana pasukan Czech sememangnya bersedia ke peringkat kalah mati apabila di tangga pertama dengan 6 mata dan pasukan Jerman jauh ketinggalan dengan mengutip 2 mata. Pasukan Czech menang 2-1 meskipun tiada pemain utama. Nedvěd membuat hantaran kepada Milan Baroš untuk menjaringkan gol kedua permainan pada perlawanan suku akhir menentang Denmark dan keputusannya Czech menang 3-0. Pada perlawanan separuh akhir menentang pasukan bukan pilihan Greece, Nedvěd dikeluarkan akibat mengalami kecederaan hamstring lutut. Greece menang pada perlawanan ini menerusi gol perak pada masa tambahan. Beliau dimasukkan ke dalam Pasukan Pilihan Euro 2004 bersama dengan dua rakan sepasukan iaitu Petr Čech dan juga Milan Baroš. Nedvěd mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan selepas tamatnya kejohanan itu.

Pavel Nedvěd 
Nedvěd mengetuai pasukan Republik Czech di Piala Dunia 2006.

Nedvěd dipujuk oleh jurulatih Karel Brückner dan rakan sepasukannya supaya kembali semula ke skuad Republik Czech untuk mengukuhkan lagi pasukan Repubblik Czech menjelang perlawanan play-off Piala Dunia menentang Norway dan akhirnya Republik Czech berjaya ke Piala Dunia buat pertama kali sejak perpecahan Czechoslovakia. Walaupun persiadan Nedvěd ke Piala Dunia sedikit terjejas pada bulan Jun akibat kecederaan lutut, beliau tetap boleh bermain.

Pasukan Republik Czech menang 3-0 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2006 menentang Amerika Syarikat dan Nedvěd membuat satu hantaran kepada Tomáš Rosický untuk menjaringkan gol kedua peribadi. Namun, apabila pemain-pemain utama mengalami kecederaan, pasukan Czech tewas pada dua perlawanan seterusnya iaitu menetnang Ghana dan Itali. Republik Czech menduduki tempat ketiga kumpulan. Nedvěd sekali lagi mengumumkan persaraan daripada perlawanan antarabangsa pada Ogos 2006 sebelum perlawanan persahabatan menentang Serbia dan Montenegro. Beliau menolak keputusan yang beliau buat sebelum Euro 2008 walaupun diminta oleh jurulatih Brückner dan rakan-rakan sepasukan. Sepanjang 91 kemunculan untuk pasukan Republik Czech, Nedvěd telah menjaringkan 18 gol.

Statistik

Pasukan kebangsaan Republik Czech
Tahun Kmncln Gol
1994 1 0
1995 4 0
1996 12 2
1997 10 2
1998 3 1
1999 9 2
2000 10 4
2001 11 4
2002 6 0
2003 8 2
2004 9 0
2005 2 0
2006 6 1
Jumlah 91 18

Gol antarabangsa

Penghargaan

Kelab

    Sparta Prague
  • Liga Czechoslovakia: 1992–93
  • Liga Republik Czech: 1993–94, 1994–95
  • Piala Czech: 1996
    Lazio
    Juventus

Antarabangsa

    Republik Czech

Individu

  • Bola Emas (Republik Czech): 1998, 2000, 2001, 2003, 2004, 2009
  • Největší Čech (Senarai orang Czech terhebat): Tempat ke-41
  • Pemain Terbaik Republik Czech: 1998, 2000, 2003, 2004
  • Pasukan Pilihan ESM: 2000–01, 2002–03
  • Ahli Sukan Terbaik (Republik Czech): 2003
  • Pemain Terbaik Serie A: 2003
  • Pemain Asing Terbaik Serie A: 2003
  • Pemain Tengah Terbaik Kelab UEFA: 2002–03
  • Anugerah Pemain Terbaik World Soccer: 2003
  • Ballon d'Or: 2003
  • Pasukan Pilihan UEFA: 2003, 2004, 2005
  • Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah: 1996, 2004
  • Golden Foot: 2004
  • FIFA 100: 2004

Catatan

Pautan luar

Tags:

Pavel Nedvěd Kerjaya kelabPavel Nedvěd Kerjaya antarabangsaPavel Nedvěd PenghargaanPavel Nedvěd CatatanPavel Nedvěd Pautan luarPavel NedvědJuventus F.C.Pasukan bola sepak kebangsaan Republik CzechPiala Dunia FIFA 2006S.S. LazioUEFA Euro 1996UEFA Euro 2004

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaWudukPiala Sumbangsih 2024Perkara 153 Perlembagaan MalaysiaSandrinna MichelleKhadijah binti KhuwailidAb Rauf YusohSejarah IslamSoffi JikanSyasyaKesultanan DemakPerubahan iklimPrabowo SubiantoBella DallyMalang Si PuteriArab SaudiKerenggaSemenyihNombor perdanaAnwar IbrahimRemy IshakKuchingAyamPerodua AxiaSharifah AiniKelurAstro ShawAyah PinJepunHadha min fadhle RabbiGrup Gerak KhasDzulkefly AhmadJudiGerak KhasMay (kugiran)Wadi AnnuarBintara MudaSistem SuriaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahMenteri Pertahanan MalaysiaMyKadSunan DrajatCerita Rakyat MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuRokokUjian dadahBahasa Melayu SabahKL Gangster 2Embun (filem)Arena LieyaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuGeografi JohorAbu Bakar as-SiddiqKemamanDarjah kebesaran MelayuSejarah MelakaPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaZakar manusiaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimProton Holdings BerhadZaki AzemanHasnul RahmatPrivate BodyguardMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahRadius OneDaerah di SabahSeri KembanganAiman Hakim RidzaPerdana Menteri MalaysiaNajib RazakRejimen Askar Melayu DiRajaJosiah HoganKerajaan Bani UmaiyahKapitalismePerjanjian HudaibiyahNadhir Nasar🡆 More