Partai Keadilan Sejahtera

Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia: Partai Keadilan Sejahteracode: id is deprecated atau singkatannya PKS (sebelum ini Partai Keadilan atau PK)) ialah sebuah parti politik berasaskan Islam yang mempunyai perwakilan dalam Parlimen Indonesia.

Parti ini ditubuhkan pada 20 April 1998 bermula daripada gerakan dakwah Islam sejak 1980-an. Pilihan raya umum Indonesia 2019 merupakan pilihan raya umum kelima yang disertai parti ini.

Partai Keadilan Sejahtera
Ketua Majlis SyuraSalim Segaf Al-Jufri
PresidenAhmad Syaikhu
Setiausaha AgungAboe Bakar Al-Habsyi
Ditubuhkan20 July 1998; 25 tahun yang lalu (20 July 1998) (sebagai Partai Keadilan)
20 April 2002; 21 tahun yang lalu (20 April 2002) (nama sekarang)
Ibu pejabatJakarta
Sayap beliaGaruda Keadilan
Gema Keadilan
PKS Muda
Ideologi
SloganBersama Melayani Rakyat
Laman sesawang
www.pks.id

Penubuhan PKS mempunyai kaitan rapat dengan gerakan mahasiswa Islam yang muncul sebagai tindak balas terhadap tekanan politik pemerintah Orde Baru terhadap umat Islam. Gerakan ini dikesan dengan semaraknya kegiatan pengajian Islam dan meluasnya penggunaan tudung di pusat pengajian tinggi konvensional Indonesia pada era 1980-an.

Dengan latar belakang pengasasnya yang sebahagian besar adalah anak muda terpelajar, PKS memperoleh dukungan paling banyak di bandar. Dalam pilihan raya umum Indonesia 2004, parti ini mendapat 7.3% sokongan kebangsaan, melonjak dari pungutan undi pada pilihan raya umum sebelumnya yang hanya mendapat 1.36%. Pada pilihanraya saat itu, PKS menggunakan cogan kata "Bersih dan Peduli". PKS meletakkan tokoh-tokoh muda sebagai calon pilihan untuk dicadangkan sebagai gabenor, bupati, dan datuk bandar (wali kota) melalui pemilhan kepala daerah secara langsung yang diadakan sejak 2005.

PKS menjadi pengumpul undi keempat terbanyak hasil pemilu 2009 seiring meluasnya sebaran pengundi PKS. Peningkatan kemenangan yang diperoleh PKS dalam pemilihan ketua daerah (pilkada) serentak yang diadakan sejak 2015 sama ada menerusi cara bekerjasama dengan parti lain ataupun mencalonkan wakil sendiri telah mematahkan dominasi Golkar dan PDI Perjuangan.

Menjadi kelaziman pada parti ini terlibat dalam program khidmat masyarakat, pemberdayaan masyarakat, dan bantuan kemanusiaan. Dengan sistem pengkaderan yang tersusun, PKS membangun keseragaman kadernya. Kader PKS membiayai sendiri keterlibatan diri mereka dalam agenda politik dan tidak bergantung pada tokoh. PKS secara konsisten memberikan sokongan terhadap perjuangan umat Islam di seluruh dunia juga menerusi kempen seperti lobi di Parlimen, demonstrasi, mahupun pengumpulan dana. Dalam setiap demonstrasi ataupun kempen mereka, PKS dianggap "menunjukkan contoh" mengerahkan massa dalam jumlah banyak dengan tertib dan aman.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Bahasa IndonesiaDewan Perwakilan RakyatPilihan raya umum Indonesia 2019Senarai parti politik di IndonesiaSenarai parti politik menurut ideologi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KonfusianismeBrazilImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Sultanah Nur Diana Petra AbdullahKuchingPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPersatuan Negara-negara Asia TenggaraNabila HudaNajua NasirPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMasjid al-AqsaSonu SoodHero RemajaPenanda wacanaUmar bin Al-KhattabMohd Na'im MokhtarBanserKhawarijSolat jamakRaja Zarith SofiahPrivate BodyguardFrekuensi radio di SarawakShahrulezad MohameddinHaidMohd Safee Mohd SaliSultan Nazrin Muizzuddin ShahSultan Sharafuddin Idris ShahF.C. Internazionale MilanoBendera MalaysiaIbanGula melakaLondonSijjin (filem 2023)CampaSlot LestaryErma FatimaKadet Remaja Sekolah MalaysiaPerjanjian HudaibiyahSifat-sifat AllahAsnafImaginurPuteri Gunung LedangNasi lemakCiri-ciri orang munafikKetua Polis Negara MalaysiaTerlanjur Cinta (drama)Nabi Sulaiman a.s.Frekuensi radio di KedahEman MananKhunsa (siri TV)Khalid Mohamad JiwaPuteri BalqisSenarai stesen radio di MalaysiaGangga NegaraLembah BujangAlor SetarSyed Mohd Yusof Syed NasirMohamed Fadzli HassanToyota AgyaPilihan raya umum Malaysia 2022Rujukan kehormatAaron AzizAwesome TVKontroversi stoking kalimah Allah 2024Pemancutan maniCik ManggisSumber primerUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaSuku BidayuhKata adjektifPendidikan di IndonesiaPandu PuteriUniversiti Teknologi MARAWanna AliMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKumpulan Wang Simpanan PekerjaSerpihan SayangNabila Razali🡆 More