Pakatan Molotov–Ribbentrop

Pakatan Molotov–Ribbentrop, juga dikenali sebagai Pakatan Nazi–Soviet, Perjanjian Tidak Menceroboh Jerman–Soviet atau Perjanjian Tidak Menyerang Jerman Nazi-Soviet (secara rasmi: Perjanjian tidak menyerang antara Jerman dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet), adalah perjanjian berkecuali antara Jerman Nazi dan Soviet Union yang ditandatangani di Moscow pada 23 Ogos 1939 oleh menteri luar negeri Joachim von Ribbentrop dan Vyacheslav Molotov.

Pakatan ini telah diikuti oleh Perjanjian Komersial Jerman-Soviet pada Februari 1940.

Pakatan Molotov–Ribbentrop
Perjanjian Tidak Menyerang Jerman–Soviet
{{{image_alt}}}
Stalin dan Ribbentrop bersalaman selepas menandatangani perjanjian itu pada 23 Ogos 1939.
Ditandatangani23 Ogos 1939; 84 tahun yang lalu (1939-08-23) di Moscow, RSPS Rusia, Soviet Union
Tamat tempoh
23 Ogos 1949 (dirancang)
22 Jun 1941 (serta-merta)
Penandatangan
BahasaJerman dan Rusia
Pakatan Molotov–Ribbentrop Molotov–Ribbentrop Pact di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian ini menggambarkan lingkungan kepentingan antara dua kuasa, disahkan oleh protokol tambahan Perjanjian Sempadan Jerman–Soviet yang dipinda selepas pencerobohan bersama Poland. Ia berkuat kuasa selama hampir 2 tahun, sehinggalah kerajaan Jerman Adolf Hitler menamatkan perjanjian ini dengan melancarkan serangan ke atas kedudukan Soviet di Poland Timur semasa Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941.

Klausa-klausa Pakatan Nazi-Soviet menyediakan jaminan bertulis tidak berperang oleh setiap pihak terhadap yang lain, dan komitmen menyatakan bahawa tiada kerajaan akan bersekutu dengan, atau bantu, musuh pihak lain. Di samping ketetapan tidak menceroboh, perjanjian ini memasukkan satu protokol rahsia yang membahagi wilayah-wilayah Poland, Lithuania, Latvia, Estonia, Finland, dan Romania, ke dalam "lingkungan pengaruh" Jerman dan Soviet, meramalkan "penyusunan semula wilayah dan politik" negara-negara ini. Kemudian, Jerman menceroboh Poland pada 1 September 1939. Pemimpin Soviet Union Joseph Stalin mengarahkan pencerobohan Soviet ke atas Poland pada 17 September, sehari selepas satu gencatan senjata Soviet-Jepun di Khalkhin Gol berkuatkuasa. Pada November, sebahagian wilayah Karelia dan Salla di Finland telah diilhak oleh Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk. Ini diikuti oleh pengilhakan Soviet ke atas Estonia, Latvia, Lithuania, dan sebahagian Romania (Bessarabia, Utara Bukovina, dan Wilayah Hertza). Kebimbangan yang dihebahkan tentang etnik Ukraine dan Belarusia telah dicanangkan sebagai alasan untuk Soviet menceroboh Poland. Pencerobohan Stalin ke atas Bukovina pada 1940 telah melanggar perjanjian ini, kerana ia melampaui lingkungan pengaruh Soviet yang dipersetujui bersama pihak Paksi.

Wilayah-wilayah Poland yang diilhak oleh Soviet Union selepas pencerobohan Nazi-Soviet ke atas Poland tahun 1939 kekal di dalam KRSS pada pengakhiran Perang Dunia II. Sempadan baru telah di dirikan di sepanjang Garis Curzon. Hanya wilayah di sekitar Białystok dan sebahagian kecil Galicia disebelah timur Sungai San yang berhampiran Przemyśl telah dikembalikan kepada negara Poland daripada garis sempadan tersebut. Dari semua wilayah lain yang diilhak oleh KRSS pada 1939–40, wilayah yang terpisah dari Finland (Karelia, Petsamo), Estonia (kawasan Ingria dan Negeri Petseri) dan Latvia (Abrene) kekal sebahagian daripada Persekutuan Rusia, negara pengganti kepada KRSS sejurus Pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Utara Bukovina, Selatan Bessarabia dan Hertza kekal sebahagian daripada Ukraine.

Kewujudan protokol rahsia dinafikan oleh kerajaan Soviet sehingga tahun 1989, apabila ia akhirnya diakui dan dikecam. Beberapa waktu kemudian nasionalis dan revisionis baru Rusia termasuk negationis amatur Rusia Alexander Dyukov dan Nataliya Narotchnitskaya, buku mereka yang membawa mukadimah persetujuan dari menteri luar Rusia Sergei Lavrov, menggambarkan perjanjian tersebut sebagai langkah yang diperlukan kerana kegagalan British dan Perancis untuk memasuki pakatan anti-fasis. Vladimir Putin juga mempertahankan perjanjian tersebut.

Lihat juga

Pakatan Molotov–Ribbentrop
  • Garis masa Molotov–Ribbentrop
  • Perundingan Pakatan Molotov–Ribbentrop
  • Walter Krivitsky, pembelot Soviet yang membocorkan rancangan perjanjian tidak menceroboh sebelum Perang Dunia II
  • Baltic way, tanda protes ulang tahun ke-50 Pakatan Molotov–Ribbentrop
Related
  • Pemindahan penduduk Nazi–Soviet
  • Perarakan tentera Jerman–Soviet di Brest-Litovsk
  • Ucapan Stalin 19 Ogos 1939
  • Perjanjian Sikorski–Mayski
  • Perjanjian Sykes–Picot
  • Perjanjian Munich
  • Perbincangan Paksi Jerman-Soviet

Nota

Petikan

Pautan luar

Templat:Nazi–Soviet relations Templat:Joseph Stalin Templat:Occupation of Baltic states

Tags:

Pakatan Molotov–Ribbentrop Lihat jugaPakatan Molotov–Ribbentrop NotaPakatan Molotov–Ribbentrop PetikanPakatan Molotov–Ribbentrop RujukanPakatan Molotov–Ribbentrop Pautan luarPakatan Molotov–RibbentropJerman NaziJoachim von RibbentropMenteri luar negeriMoscowSoviet UnionVyacheslav Molotov

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mohd Shukri RamliLumut, PerakNasi lemakNabi Adam a.s.Salahuddin al-AyyubiFauziah NawiBuah pelagaLee Chong WeiQistina RaisahSenarai buahErma FatimaPuasa (Islam)Remy IshakKhadijah binti KhuwailidBatik Air MalaysiaSyasyaSekolah Kluster KecemerlanganLaura AnnaSekolah Menengah Kebangsaan TebobonSophia AlbarakbahSepahtu Reunion Al-RayaAprena ManroseJenis darahUndang-undang MalaysiaShah IskandarNombor telefon di MalaysiaShah RezzaHady MirzaFadhlina SidekHasmiza binti OthmanSawiTentera Darat MalaysiaKata adjektifInna lillahi wa inna ilaihi raji'unTracie SinidolGabenor Bank Negara MalaysiaUniversiti Teknologi MARANadia AqilahMelayuIndonesiaSeks oralKesultanan Samudera PasaiLaskar MudaRatu SofyaFasismeHun HaqeemFilipinaNafiez ZaidiPanglima Angkatan TenteraProton WiraSiti MuslihaShah AlamSlot MegaDramaKlangSejarah MelakaAngeline TanRiena DianaNike ArdillaSumazauMadinah al-MunawwarahAziz HarunNorman HakimAb Rauf YusohCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahJata MalaysiaLaila NasirAlhamdulillahHemoroidKerajaan KutaiTakdir Itu Milik AkuRahsia (filem 2023)Solat Sunat RawatibNabi Isa a.s.Redza Rosli🡆 More