Operasi Bagration (/bʌɡrʌtiˈɒn/; Rusia: Oперация Багратио́нcode: ru is deprecated , Operatsiya Bagration) adalah nama kod bagi Operasi Penyerangan Strategik Belorussia Soviet 1944 (Rusia: Белорусская наступательная операция «Багратион»code: ru is deprecated , Belorusskaya nastupatelnaya Operatsiya Bagration) semasa Perang Dunia II, yang menghalau tentera Jerman dari RSS Belarusia dan timur Poland antara 22 Jun dan 19 Ogos 1944.
Operasi tersebut telah dinamakan sempena Putera Pyotr Bagration yang berketurunan Georgia dari abad ke-18 dan ke-19, merupakan jeneral Tentera Darat Imperial Rusia yang mendapat kecederaan maut dalam Pertempuran Borodino.
Operasi Penyerangan Strategik Belorussia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II | |||||||||
Proses pergerakan tentera semasa Operasi Bagration | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Jerman Nazi | Kesatuan Soviet Poland | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Ernst Busch (hingga 28 Jun) Walter Model (Kumpulan Tentera Darat Tengah) Hans Jordan (Tentera Darat Ke-9) Georg-Hans Reinhardt (Tentera Darat Ke-3 Panzer) Kurt von Tippelskirch (Tentera Darat Ke-4) Walter Weiss (Tentera Darat Ke-2) | Georgy Zhukov Aleksandr Vasilevsky Ivan Bagramyan (Barisan Pertama Baltik) Ivan Chernyakhovsky (Barisan Ke-3 Belorussia) Konstantin Rokossovsky (Barisan Pertama Belorussia) Georgiy Zakharov (Barisan Ke-2 Belorussia) Hazi Aslanov (Barisan Ke-3 Belorussia) | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Permulaan: 486,493 "kekuatan garisan depan" 400,000 anggota bantuan dan bukan tempur 118 kereta kebal 377 meriam serangan 2,589 meriam 602 kapal terbang Jumlah: 1,036,760 anggota 800 kereta kebal, 530 meram serangan 10,090 meriam 1,000 – 1,300 kapal terbang | Jumlah: Glantz and House: 1,670,300 anggota 5,818 kereta kebal 32,968 meriam dan mortar 7,790 kapal terbang Frieser: 2,331,700 askar Soviet (termasuk askar bantuan) 79,900 askar Poland 2,715 kereta kebal 1,355 meriam serangan 24,363 meriam 5,327 kapal terbang | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
c. 300,000–550,000 Glantz and House: 450,000 mangsa Frieser: 26,397 terbunuh 109,776 cedera 262,929 hilang atau ditawan keseluruhan 399,102[details] Zaloga: 300,000–350,000 terbunuh atau hilang (termasuk 150,000 ditawan) Isayev: 500,000 mangsa Sumber Soviet: 381,000 terbunuh 158,480 ditawan | c. 800,000 180,040 terbunuh dan hilang 590,848 cedera dan sakit keseluruhan 770,888 2,957 kereta kebal dan meriam serangan 2,447 meriam 822 kapal terbang |
Operasi itu menghasilkan kemusnahan lengkap seluruh kumpulan tentera darat Jerman, seperti Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-3 Panzer dan Tentera Darat Ke-9 Kumpulan Tentera Darat Tengah. Ia dianggap kekalahan yang paling membawa bencana kepada angkatan tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pada penghujung operasi sebahagian besar barat Kesatuan Soviet telahpun dibebaskan dan Tentera Merah telah bertapak di Romania dan Poland. Pihak Jerman kehilangan lebih setengah juta askar yang terbunuh atau cedera, lebih tinggi daripada jumlah di Verdun pada tahun 1916.
Ketumbukan darat Soviet yang terlibat langsung dalam Operasi Bagration ialah Barisan Pertama Baltik dibawah Jeneral Ketumbukan Ivan Bagramyan, Barisan Pertama Belorussia diperintah oleh Jeneral Ketumbukan Konstantin Rokossovsky, Barisan Ke-2 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral G. F. Zakharov, dan Barisan Ke-3 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral Ivan Chernyakhovsky.
Tentera Merah mengamalkan konsep operasi jauh mendalam dan maskirovka Soviet. Operasi Bagration mengalihkan pasukan simpanan mudah gerak Jerman ke sektor tengah, mengeluarkan mereka daripada kawasan Lublin-Brest, Lvov–Sandomierz, mengizinkan pihak Soviet melaksanakan Penyerangan Lvov–Sandomierz dan Penyerangan Lublin–Brest. Ini membolehkan Tentera Merah menghampiri Sungai Vistula dan Warsaw, seterusnya meletakkan tentera Soviet dalam jarak berdekatan Berlin, menepati konsep operasi jauh mendalam Soviet — jauh kedalam pendalaman strategik musuh.
Berbanding dengan pertempuran lain, ini adalah kemenangan terbesar Soviet dari segi bilangan. Tentera Merah membebaskan sejumlah besar wilayah Soviet yang penduduknya telah menderita dengan teruk dibawah penjajahan Jerman. Tentera hadapan Soviet mendapati bandar-bandar musnah, perkampungan susut, dan banyak penduduk dibunuh, atau diusir oleh penjajah. Bagi menunjukkan betapa besarnya kemenangan pada dunia luar, kira-kira 50,000 orang tahanan Jerman, ditangkap dari pengepungan timur Minsk, telah di arak sepanjang Moscow: bahkan berarak dengan cepat dan 20 orang seiring, mereka mengambil masa 90 minit untuk lalu.
Tentera darat Jerman tidak pernah pulih dari kerugian material dan tenaga manusia yang dialami pada waktu ini, telah kehilangan kira-kira satu perempat daripada tenaga manusia Barisan Timurnya, serupa dengan jumlah kehilangan di Stalingrad (kira-kira 17 divisyen penuh). Kehilangan ini termasuklah ramai askar-askar berpengalaman, PTT dan pegawai bertauliah, yang mana tidak dapat digantikan oleh Wehrmacht. Petunjuk kesempurnaan kemenangan Soviet ialah 31 orang daripada 47 panglima divisyen atau kor Jerman yang terlibat telah terbunuh atau ditangkap. Dari jumlah kehilangan para jeneral Jerman, 9 telah terbunuh, termasuk 2 panglima kor; 22 ditangkap, termasuk 4 panglima kor; Mejar Jeneral Hahne, Panglima Divisyen Ke-197 Infantri hilang pada 24 Jun, manakala Leftenan Jeneral Zutavern dan Philipp dari Divisyen Ke-18 Panzergrenadier dan Divisyen 134 Infantri membunuh diri.
Keseluruhannya, kemusnahan hampir seluruh Kumpulan Tentera Darat Tengah adalah sangat merugikan pihak Jerman. Angka kehilangan tepat Jerman tidak diketahui, tetapi penyelidikan baru menunjukkan kira-kira 400,000 mangsa korban keseluruhannya.[a] Kerugian Soviet juga besar, dengan 180,040 terbunuh dan hilang, 590,848 cedera dan sakit, berserta dengan 2,957 kereta kebal, 2,447 pucuk meriam, dan 822 kapal terbang.[details]
Penyerangan itu memutuskan Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara daripada satu sama lain, dan melemahkan mereka apabila sumber-sumber telah dialihkan ke sektor tengah. Ini memaksa kedua-dua Kumpulan Tentera Darat berundur dari wilayah Soviet dengan lebih cepat setelah berdepan dengan penyerangan susulan Soviet di sektor mereka.
Berakhirnya Operasi Bagration bertepatan dengan kemusnahan banyak unit-unit terkuat Tentera Darat Jerman di Barisan Barat dalam Kelompok Falaise di Normandy, semasa Operasi Overlord. Sesetengah cendiakawan berpendapat bahawa jumlah askar yang terlibat dan terutamanya kehilangan anggota dan material yang mengenai Wehrmacht adalah lebih besar di Overlord daripada di Bagration, walaupun ada yang berkata sebaliknya. Selepas kemenangan yang menakjubkan ini, di kedua-dua barisan timur dan barat, masalah bekalan bukannya tentangan Jerman melambatkan kemaraan pantas Bersekutu yang berikutnya, dan ia akhirnya terhenti buat sementara. Walau bagaimanapun, pihak Jerman dapat memindahkan unit-unit armor daripada barisan Itali, dimana mereka mampu bertahan, untuk menentang kemaraan Soviet di Warsaw.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Operasi Bagration |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Operasi Bagration, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.