Megabait atau Mbait ialah unit maklumat atau storan komputer yang sama dengan 106 (1,000,000) bait atau 220 (1,048,576) bait, bergantung kepada konteksnya.
Dalam kes-kes yang jarang ditemui, ia juga digunakan untuk bermaksud 1000×1024 (1,024,000) bait. Simbolnya ialah Mbait atau MB (harus tidak dikelirukan dengan Mb yang digunakan untuk megabit).
Kuantiti bait | |||||
---|---|---|---|---|---|
Awalan SI | Kegunaan sejarah | Awalan perduaan | |||
Simbol (nama) | Nilai | Simbol | Nilai | Simbol (nama) | Nilai |
kB (kilobait) | 10001 = 103 | KB | 10241 = 210 | KiB (kibibait) | 210 |
MB (megabait) | 10002 = 106 | MB | 10242 = 220 | MiB (mebibait) | 220 |
GB (gigabait) | 10003 = 109 | GB | 10243 = 230 | GiB (gibibait) | 230 |
TB (terabait) | 10004 = 1012 | TB | 10244 = 240 | TiB (tebibait) | 240 |
PB (petabait) | 10005 = 1015 | PB | 10245 = 250 | PiB (pebibait) | 250 |
EB (eksabait) | 10006 = 1018 | EB | 10246 = 260 | EiB (eksbibait) | 260 |
ZB (zetabait) | 10007 = 1021 | ZB | 10247 = 270 | ZiB (zebibait) | 270 |
YB (yotabait) | 10008 = 1024 | YB | 10248 = 280 | YiB (yobibait) | 280 |
Unit Warisan | |
---|---|
Unit | Nilai |
KB | 210 Bait = 1024 Bait |
MB | 220 Bait = 1024 KB |
GB | 230 Bait = 1024 MB |
TB | 240 Bait = 1024 GB |
Istilah "megabait" ini dicipta pada tahun 1970.
Istilah "megabait" dianggap sebagai kabur maknanya oleh sesetengah orang kerana ia biasanya digunakan untuk bermaksud kedua-dua 1000² bait dan 1024² bait. Kekeliruan ini diakibatkan oleh suatu kompromi jargon teknik untuk gandaan bait yang perlu dinyatakan melalui kuasa dua tetapi tidak mempunyai penamaan yang sesuai. Oleh sebab 1024 (2¹º) adalah lebih kurang sama dengan 1000 (10³), gandaan-gandaan SI yang lebih kurang sepadan mula digunakan sebagai gandaan perduaan yang lebih kurang sama.
Pada beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa piawaian dan kerajaan, termasuk IEC, IEEE, EU dan NIST, telah mencuba mengatasi kekaburan ini dengan mempromosikan penggunaan megabait untuk memerihalkan 1000² bait sahaja dan "mebibait" untuk memerihalkan 1024² bait. Peralihan ini dibayangkan oleh bilangan projek perisian yang menggunakannya yang semakin bertambah, akan tetapi kebanyakan pengurus fail masih menunjukkan saiz fail sebagai "megabait" ("MB").
Istilah "megabait" kini masih kabur maknanya dan boleh mempunyai mana-mana satu takrif umum yang berikut:
Bergantung kepada kaedah pemampatan dan format fail, satu megabait data adalah lebih kurang sama dengan:
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Megabait, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.