Maulizan Bujang

YB Datuk Maulizan Bujang merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas Exco Pelajaran Negeri Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Tiram, Johor daripada parti UMNO, sebuah parti komponen Barisan Nasional.


Maulizan Bujang
Kelahiran (1963-09-27) 27 September 1963 (umur 60)
Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, Johor

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru. Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang susah yang mana bapanya pada ketika itu hanyalah bekerja sebagai seorang pembantu pemandu lori sebelum kemudiannya menjadi seorang pemandu teksi. Dilahirkan pada 27 September 1963, beliau merupakan anak pertama daripada 8 orang adik-beradik. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan kemudian ke Sekolah Menengah Dato' Jaafar, Johor Bahru.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya di sebuah bank pada tahun 1981. Beliau melanjutkan pelajaran di ITM Kampus Segamat pada tahun 1984 secara separuh masa. Walau bagaimanapun oleh sebab kekangan masa, beliau tidak meneruskan pelajaran beliau di situ tetapi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di Johor Bahru apabila berhijrah kembali ke Johor Bahru pada tahun 1989. Akhirnya, beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan daripada Universiti Ottawa, Amerika Syarikat (Program Berkembar dengan Kolej Informatics).

Sebelum dipilih menjadi Exco Kerajaan Negeri Johor, beliau berkecimpung dalam sektor korporat dan pernah menjadi Pengerusi Fella Holding Berhad, sebuah syarikat yang terlibat dengan industri perabot yang terkenal di Malaysia dengan jenama Fella Design. Di samping itu juga, beliau pernah menjadi pengarah DK Leather Berhad dan beberapa buah syarikat persendirian yang lain di Malaysia.

Politik

YB Datuk Haji Maulizan Bujang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor selama tiga penggal, bermula dari tahun 2004 sehingga 2018. Dalam Pilihanraya 2018, beliau telah dikalahkan oleh calon dari parti PKR manakala adiknya Mazlan Bujang (2016 masuk PH-BERSATU) telah memenangi ADUN Puteri Wangsa dan menjadi EXCO bagi kerajaan Johor.

Beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Umno Bahagian Tebrau.

Rujukan


Tags:

Maulizan Bujang Kehidupan awalMaulizan Bujang KerjayaMaulizan Bujang PolitikMaulizan Bujang RujukanMaulizan BujangBarisan NasionalDatuk (gelaran)JohorMalaysiaMelayuUMNO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jata MalaysiaRozie OthmanKerana Dia SukaKetua Hakim Negara MalaysiaWan Junaidi Tuanku JaafarPendidikan di IndonesiaRedzuawan IsmailNaim DanielNombor dalam budaya CinaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17ZUS CoffeeSenarai buahPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAstro MalaysiaMichael (malaikat utama)Baju tradisional MelayuLiga Super Malaysia 2024–25VirusKuala LumpurKebudayaan MalaysiaShukri YahayaKedah TuaRukun NegaraSerangan asidKhulafa al-RasyidinUniversiti Teknologi MARAPenanda wacanaYang di-Pertuan AgongBola sepakRoti canaiSrivijayaDarjah kebesaran MelayuMat SentolDollaNasionalismeSenarai poskod di MalaysiaEyka FarhanaSharifah HusnaSolatHubungan seksMarissa YasminHari GawaiKumpulan Rock MalaysiaKelingAqidahMunafikOrang Melayu MalaysiaZahirah MacWilsonMenara Berkembar PetronasPemancutan maniPencemaran airPerpaduanSunat Ab'adhRashid SidekJohan Raja LawakBadmintonKongkekPrivate BodyguardNabi Nuh a.s.UntaKapal terbangYusof HaslamTayamumAbdul Rani Kulup AbdullahSenarai sistem badan manusiaZul HuzaimyPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPokok MambuGunung KinabaluSenarai haiwanKota BharuJohor Darul Ta'zim F.C.Anim Ezati Rizki🡆 More