Malay Regiment

Malay Regiment (bahasa Melayu: Rejimen Melayu) merupakan sebuah filem drama ketenteraan Malaysia 2017 arahan Jurey Latiff Rosli terbitan World Evolution Brain, memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.

Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2017 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60.

Malay Regiment
PengarahJurey Latiff Rosli
PenulisYusof Kelana
Dihasilkan olehJurey Latiff Rosli
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
World Evolution Brain
Tarikh tayangan
31 Ogos 2017
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2.5 juta

Sinopsis

Diilhamkan daripada kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan daripada unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua disaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Pelakon

Penerbitan

Malay Regiment diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli yang turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit, dengan skrip ditulis oleh Yusof Kelana, ia merupakan filem kedua arahan Jurey selepas Libas yang ditayangkan pada 2011. Barisan pelakon terdiri daripada Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra, Yus Waisar, Z. Zamri dan Normah Damanhuri.

Kos pembikinan filem ini berjumlah RM2.5 juta dengan aplikasi teknologi teknik imej janaan komputer (CGI) digunakan sebanyak 30 peratus. Filem ini diterbitkan oleh Jurey untuk didedikasikan khas kepada bapanya, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya yang pernah berkhidmat sebagai askar.

Keluaran dan sambutan

Malay Regiment ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Ogos 2017, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60 dan menerima ulasan positif. Anne Muhammad daripada Malaysiakini yakin bahawa "filem ini adalah filem yang hebat berdasarkan poster-poster terpampang di merata tempat kerana kelihatan meyakinkan."

Kontroversi

Filem ini telah mengundang kontroversi susulan treler filem ini yang memaparkan adegan sebuah kereta bernombor pendaftaran DAP164 dengan seorang lelaki memakai sut berdiri di hadapan bangunan parlimen. Akibat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Salleh Said Keruak mengarahkan treler Malay Regiment ditarik balik dan disunting semula sebelum ditayangkan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Malay Regiment SinopsisMalay Regiment PelakonMalay Regiment PenerbitanMalay Regiment Keluaran dan sambutanMalay Regiment KontroversiMalay Regiment RujukanMalay Regiment Pautan luarMalay RegimentBahasa MelayuGubirJurey Latiff RosliKedahMalaysiaThailand

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasir GudangIsteri HalalChempaka Emalin PahaminPiala Asia B-23 AFCHaidMohd Noor Helmy Abdul HalemKuala LumpurHentaiTimbalan Perdana Menteri MalaysiaPilihan raya negeri Selangor 2023JudiKata kerja tak transitifGrup Gerak KhasKompleks piramid GizaKhawarijPegawai Tadbir dan DiplomatikNombor perdanaMuhammad al-FatihFauzi NawawiKadazan-DusunYandexTalbis IblisSri Pahang FCKerenggaNabi Ibrahim a.s.Senarai mukim di PerakDasar Ekonomi BaruMira FilzahKesan rumah hijauMarissa YasminRaja berperlembagaanPantang larang MelayuPrabowo SubiantoPuchong, SelangorNiezam ZaidiMasya-AllahWahabiSelangorSekolah Kluster KecemerlanganKhunsa (siri TV)Kata adjektifHari PekerjaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanJ RevolusiGabenor Bank Negara MalaysiaKhairulamingJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaZodiakGoogle ScholarBendera ThailandXPDCPerlisParti Islam Se-MalaysiaSunan GresikAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaTakwim HijrahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAsiaTuanku Abdul RahmanAl-QuranRita NadiraIsteri-isteri Nabi MuhammadBank Negara MalaysiaSolatAmyza AznanMenteri Pertahanan MalaysiaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Tahun Baru CinaKhir RahmanBahasa ArabBella AstillahHady MirzaNusantaraKesultanan DemakMarie AntoinetteTulisan JawiPerodua VivaPendidikan di Malaysia🡆 More