Konvensyen Buenos Aires ialah perjanjian hak cipta yang ditetapkan di Buenos Aires, Argentina, pada 11 Ogos 1910, yang memberikan perakuan hak cipta yang memerlukan pemberitahuan kenyataan pelindungan hak cipta terhadap suatu karya (Perkara 3).
Konvensyen ini menekankan kenyataan "Semua hak cipta terpelihara" (Sepanyol: Todos los derechos reservados , Portugis: Todos os direitos reservados ) pada peringatan hak cipta. Penerapannya berpelbagai kerana undang-undang Amerika Syarikat hanya mewajibkan penulis dan tahun penerbitan. Perlindungan hak cipta berdasarkan Konvensyen diberikan pada jangka pendek syarat negara yang melindungi dan negara asal karya ("aturan jangka pendek", Perkara. 6, 7). Kenyataan pelindungan yang masih kabur menimbulkan kata-kata yang lebih panjang dan lebih sah, yang tetap bertahan meskipun undang-undang hak cipta antarabangsa berkembang.
Konvensyen Buenos Aires | |
---|---|
Konvensyen Hak Cipta Karya Sastera dan Seni | |
Jenis | multilateral |
Ditandatangani | 11 Ogos 1910Buenos Aires, Argentina | di
Pihak | 18 |
Pemegang simpanan | Kementerian Luar Negeri Argentina |
Buenos Aires Convention di Wikisumber | |
sunting |
Secara khusus konvensyen ini dipertahankan oleh Konvensyen Hak Cipta Sejagat pada 6 September 1952 (Perkara 18 Konvensyen Geneva), dengan rumusan terbaru diketengahkan apabila berlakunya persengketaan. Peringatan Konvensyen Buenos Aires tidak diubah, keberadaan kenyataan hak cipta sederhana diperlukan untuk memberi kepastian perakuan hak cipta antara negara yang menyertai Konvensyen Hak Cipta Sejagat (yang mana Honduras belum turut serta). Setakat 23 Ogos 2000, semua negara anggota Konvensyen Buenos Aires juga turut serta dalam Konvensyen Berne, yang mengatur perakuan bersama hak cipta tanpa sebarang keformalan (Perkara 5 perenggan 2 Konvensyen Berne).
Konvensyen Buenos Aires menjadi "persetujuan khas" dalam ketentuan Perkara 20 Konvensyen Berne. Ini tetap berlaku, terutama untuk menentukan negara asal karya dan kemudian tempoh berlaku perlindungan hak cipta di negara yang memberlakukan "aturan jangka terpendek":[1] apabila karya diterbitkan baik di negara anggota Konvensyen dan bukan anggota Konvensyem, maka negara anggota Konvensyen dianggap sebagai negara asal, terlepas dari ketentuan peerindungan pada negara bukan anggota konvensyen.
Negara | Konvensyen Buenos Aires | Konvensyen Hak Cipta Sejagat | Konvensyen Berne | |
---|---|---|---|---|
Amerika Syarikat | 01 Ogos 1911[2] | 16 September 1955 | 01 Mac 1989 | |
Argentina | 19 April 1950 | 13 Februari 1958 | 10 Jun 1967 | |
Bolivia | 15 Mei 1914 | 22 Mac 1990 | 04 November 1993 | |
Brazil | 31 Ogos 1915 | 13 Januari 1960 | 09 Februari 1922 | |
Chile | 14 Jun 1955 | 16 September 1955 | 05 Jun 1970 | |
Ecuador | 27 April 1914 | 05 Jun 1957 | 09 Oktober 1991 | |
Guatemala | 28 Mac 1913 | 28 Oktober 1964 | 11 Januari 1997 | |
Haiti | 27 November 1919 | 16 September 1955 | 11 Januari 1996 | |
Honduras | 27 April 1914 | — | 25 Januari 1990 | |
Colombia | 23 Disember 1936 | 18 Jun 1976 | 07 Mac 1988 | |
Costa Rica | 30 November 1916 | 16 September 1955 | 10 Jun 1978 | |
Mexico | 24 April 1964 | 12 Mei 1957 | 11 Jun 1967 | |
Nicaragua | 15 Disember 1913 | 16 Ogos 1961 | 23 Ogos 2000 | |
Panama | 25 November 1913 | 17 Oktober 1962 | 08 Jun 1996 | |
Paraguay | 20 September 1917 | 11 Mac 1962 | 02 Januari 1992 | |
Peru | 30 April 1920 | 16 Oktober 1963 | 20 Ogos 1988 | |
Republik Dominican | 31 Oktober 1912 | 08 Mei 1983 | 24 Disember 1997 | |
Uruguay | 11 Mei 1919 | 12 April 1993 | 10 Julai 1967 |
Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Konvensyen Buenos Aires, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.