Jonathan De Guzmán: Footballer

Jonathan Alexander de Guzmán (lahir 13 September 1987) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan Belanda.

Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Jonathan de Guzmán
Jonathan De Guzmán: Kehidupan awal, Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa
Maklumat peribadi
Nama penuh Jonathan Alexander de Guzmán
Tarikh lahir (1987-09-13) 13 September 1987 (umur 36)
Tempat lahir Scarborough, Kanada
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Eintracht Frankfurt
Nombor 6
Kerjaya remaja
1999–2005 Feyenoord
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2010 Feyenoord 109 (23)
2010–2011 Mallorca 134 (6)
2011–2014 Villarreal 20 (0)
2012–2014Swansea City (pinjam) 71 (9)
2014–2017 Napoli 23 (3)
2016Carpi (pinjam) 5 (1)
2016–2017Chievo (pinjam) 27 (2)
2017– Eintracht Frankfurt 36 (2)
Pasukan kebangsaan
2008 Belanda B21 4 (3)
2013– Belanda 14 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Februari 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mac 2015

Kehidupan awal

De Guzmán dilahirkan di Scarborough, Ontario dan ibu bapanya berasal dari keturunan Jamaica dan Filipino. Bapa beliau, Bobby berasal dari Filipina manakala ibunya, Pauline dari Jamaica. Ibu bapa beliau berpindah ke Kanada ketika berusia 10 tahun adn memiliki tiga anak.

Kerjaya kelab

Remaja

De Guzmán memulakan kerjanya di Kelab Bola Sepak North Scarborough di Kanada. Ketika kedua-dua abangnya berpindah ke Perancis untuk berpindah ke akademi Olympique Marseille. Beliau kemudian berpindah ke Eropah dan ke kelab akademi Feyenoord di [Belanda]].

Feyenoord

De Guzmán tidak dibenarkan bermain untuk skuad senior Feyenoord sebelum beliau memasuki usia 18 tahun. Pada 15 September 2005, tiga hari selepas beliau berusia 18 tahun, de Guzmán sebahagian daripada skuad pertama Feyenoord buat pertama kali. Walau bagaimanapun, beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika perlawanan Piala UEFA menentang Rapid Bucharest (1–1). Tiga hari kemudian iaitu pada 18 September 2005, de Guzmán membuat penampilan pertama untuk Feyenoord pada pelrawanan liga menentang SC Heerenveen (5–1). Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 30 September 2005 pada perlawanan liga menentang Willem II (3–1). De Guzmán menamatkan musim 2005-06 dengan 29 perlawanan dan menjaringkan empat gol. Pada 29 Disember 2005, beliau melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2010.

Pada permulaan musim 2006–07, Feyenoord menjual pemainnya, Dirk Kuyt ke Liverpool dan Salomon Kalou ke Chelsea. Pemindahan itu merupakan langkah besar untuk de Guzmán bermain. Pada 10 Mei 2007, beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-21 menentang FC Groningen on 10 May 2007. Pada musim 2007-08, pengurus baru, Bert van Marwijk meletakkan beliau di posisi sayap dengan sistem 4-2-3-1. De Guzmán bermain 33 perlawanan liga dan menjaringkan sembilan gol.

De Guzmán telah mencapai persetujuan perpindahan bersama kelab Manchester City tetapi Feyenoord menolak kerana bayaran yang ditawarkan oleh Citizens. De Guzmán kemudian mengalami masalah fizikal. Beliau kemudian mengalami kecederaan lutut dan pembedahan pada meniskus. De Guzmán terpaksa berehat sepanjang musim dan disebabkan kecederaan itu, beliau hanya bermain dua perlawanan liga pada musim 2008-09.

De Guzman kembali pulih dan bermain pada perlawanan pramusim 2009-10 menentang Sporting Portugal (2–1). Selepas kontraknya tamat, Feyenoord ingin menjual pemain muda itu tetapi pengurusnya ingin beliau kekal di kelab Rotterdam itu. Beliau telah berjaya menarik perhatian dari kelab Chelsea dan Valencia. De Guzmán ingin kekal bersama Feyenoord. Beliau menjaringkan tiga gol daripada sembilan perlawanan. Pada 3 Oktober 2009, beliau menjalani pembedahan pada lutut menyebabkan beliau terpaksa berehat selama dua bulan. De Guzmán kemudian kembali selepas musim sejuk tetapi bermain empat perlawanan. De Guzman bermain pada perlawanan akhir untuk Feyenoord ketika perlawanan akhir Piala KNVB tewas 4-1 kepada Ajax pada 6 Mei 2010.

Mallorca

De Guzmán telah mendapat tawaram dari kelab Espanyol, PSV Eindhoven, Villarreal dan juga Newcastle. Pada 27 Julai 2010, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mallorca. Beliau membuat debut untuk Mallorca ketika seri 0-0 bertemu Real Madrid pada 29 Ogos 2010. Tiga minggu kemudian, De Guzmán menjaringkan gol pertamanya di La Liga menentang Osasuna, 2-0. Beliau telah bermain 33 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Selepas musim panas, beliau dikaitkan perpindahan ke Villareal dan beliau bermain perlawanan pertama Mallorca pada musim 2011-12 ketika menentang Espanyol.

Villarreal

Pada 31 Ogos 2011, Villarreal telah melengkapkan perpindahan De Guzmán bersama bayaran sekitar €8.5 juta. Beliau membuat debut pada 10 September ketika seri 2-2 menentang Sevilla. De Guzmán bermain buat pertama kali pada kejohanan Eropah sejak berpindah ke Sepanyol pada 14 September menentang Bayern Munich, tewas 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. De Guzmán menjaringkan gol pertamanya untuk Villareal pada 22 November menentang Bayern Munich tetapi pasukannya tewas 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Pada 10 Julai 2012, De Guzmán dipinjam ke kelab Swansea City. Beliau membuat debut menentang Queens Park Rangers dan pasukannya menang 5-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Swansea pada perlawanan piala liga menentang Liverpool, Swansea menang 3-0. Beliau menjaringkan go liga pertamanya pada 17 November menentang Newcastle United, Swansea menang 2–1.

Napoli

Pada 20 Ogos 2014, De Guzmán menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Napoli. Beliau membuat debut untuk kelab barunya pada 31 Ogos menentang Genoa dan beliau juga menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan. Pada 6 November 2014, beliau menjaringkan hatrik pertama dalam kerjanya ketika menang 3-0 ke atas Young Boys pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa.

Kerjaya antarabangsa

De Guzmán memiliki banyak spekulasi yang menimpanya untuk memilih pasukan mana yang diwakilinya. Beliau memilih pasukan kebangsaan Belanda selepas memiliki kewarganegaraan Belanda pada Februari 2008. Pada 23 Januari 2013, De Guzmán dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk perlawanan persahabatan menentang Itali. Beliau akhirnya membuat debut pada perlawanan itu. Pada 6 Mac, beliau termasuk dalam skuad Louis van Gaal untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Estonia dan Romania di Amsterdam. Pada 31 Mei 2014, De Guzmán termasuk dalam senarai akhir skuad Piala Dunia 2014. Beliau membuat debut Piala Dunia pada perlawanan pembukaan menentang Sepanyol pada 13 Jun, Belanda menang 5-1.

Penghargaan

Kelab

    Feyenoord
  • Piala KNVB: 2007–08
    Swansea City
  • Piala Liga Inggeris: 2012–13
    Napoli

Antarabangsa

    Belanda

Rujukan

Tags:

Jonathan De Guzmán Kehidupan awalJonathan De Guzmán Kerjaya kelabJonathan De Guzmán Kerjaya antarabangsaJonathan De Guzmán PenghargaanJonathan De Guzmán RujukanJonathan De GuzmánEintracht FrankfurtPasukan bola sepak kebangsaan BelandaPemain tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Muhyiddin YassinFrekuensi radio di PahangOmanAlhamdulillahAna DahliaS.S.C. NapoliErma FatimaGeografi JohorFrekuensi radio di SabahDewan Negara MalaysiaPerlembagaan MalaysiaBanserDompet digitalAgama BuddhaUqasha SenroseNabi Musa a.s.Tentera Darat MalaysiaAdnan Abu Hassan (ahli politik)KimpalanPuasa (Islam)Lelaki ItuSireniaKelayakan UEFA Euro 2024Laila NasirPasukan Kadet PDRMTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahHari Kebangsaan MalaysiaNorreen ImanYusof HaslamFrekuensi radio di KelantanKementerian Komunikasi MalaysiaCopa América 2021Orang BanjarSijil Pelajaran MalaysiaNasi tangasAdiraKrim putarOptimismeTunku Ismail ibni Sultan IbrahimAaron AzizMatlamat Pembangunan MampanRuqyahPrivate BodyguardHadis MutawatirNgabuburitEtnik MelayuJermanKhamis PutihDaerah LangkawiJuventus F.C.Bukan Kahwin PaksaZarina ZainuddinPeristiwa Memali 1985MyKadPuncak AlamProton WiraAllahOne Cent ThiefRuhainiesNadhir NasarSolat jamakNabi Ya'akub a.s.Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanUlar Tedung SelarPendidikan di MalaysiaPiala UEFAThe Legend of Zelda (permainan video)Azan dan iqamatMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakKL GangsterJangan Menangis Cinta (drama)Anak Perjanjian Syaitan 2Bank Negara MalaysiaOrang LampungSenarai Kementerian di MalaysiaHari WesakHantu Kak Limah Balik RumahIsham Jalil🡆 More