James Callaghan

Leonard James Callaghan, Baron Callaghan dari Cardiff (27 Mac 1912 – 26 Mac 2005) ialah Perdana Menteri United Kingdom Parti Buruh dari tahun 1976 hingga 1979.

    Lagi seorang James Callaghan yang berlainan ialah ahli Parlimen Heywood & Middleton.

Beliau biasa dikenali sebagai James, disingkatkan menjadi Jim, dan diberikan nama samaran 'Sunny Jim' ('Jim Riang') atau 'Big Jim' ('Jim Besar'). Callaghan merupakan tokoh yang tunggal untuk menyandang keempat-empat Jawatan Agung Negara United Kingdom, iaitu Perdana Menteri, Canselor Exchequer, Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, dan Menteri Luar Negeri.

James Callaghan
James Callaghan
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
5 April 1976 – 4 Mei 1979
Didahului olehHarold Wilson
Digantikan olehMargaret Thatcher
Canselor Exchequer
Dalam jawatan
16 Oktober 1964 – 30 November 1967
Didahului olehReginald Maudling
Digantikan olehRoy Jenkins
Butiran peribadi
Lahir27 Mac, 1912
Portsmouth, Hampshire, England
Meninggal dunia26 Mac, 2005
Ringmer, East Sussex, England
Parti politikBuruh


Kehidupan awal

Dilahirkan di Portsmouth, Hampshire, England, Callaghan adalah anak kepada Ketua Pegawai Kecil Tentera Laut Diraja British yang berketurunan orang Ireland. Beliau menyertai Sekolah Menengah Portsmouth Utara (kini Sekolah Lelaki Bandaraya Portsmouth) di Hilsea. Ayahnya meninggal dunia ketika Callaghan berumur sembilan tahun.

Pada tahun 1929 ketika berumur 17 tahun, Callaghan menamatkan pendidikannya untuk bekerja sebagai kerani dalam Jabatan Hasil Dalam Negeri. Semasa bertugas sebagai Pemeriksa Cukai, beliau memainkan peranan penting dalam pengasasan Persatuan Pegawai-pegawai Cukai sebagai sebuah kesatuan pekerja dan menjadi salah satu ahli Eksekutif Nasionalnya. Selepas penggabungan pada tahun 1937, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Persekutuan Kakitangan Hasil Dalam Negeri, satu jawatan penuh masa dan dengan itu, meletakkan jawatan perkhidmatan awamnya. Pada tahun 1931, Callaghan menyertai Parti Buruh.

Callaghan berkahwin dengan Audrey Elizabeth Moulton pada Julai 1938. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. (Margaret, anak perempuannya, kemudian menjadi Baroness Jay dari Paddington, serta Ketua Dewan Pertuanan dari tahun 1998 hingga tahun 2001).

Dalam melaksanakan tugasnya dalam kesatuan, Callaghan bertemu dengan Harold Laski, Pengerusi Jawatan Eksekutif Nasional Parti Buruh dan ahli akademi Pusat Pengajian Ekonomi London (LSE) yang amat dihormati. Laski menggalakkan beliau bertanding untuk Parlimen. Callaghan menyertai Tentera Laut DiRaja pada tahun 1943, dan dinaikkan pangkat sehingga Leftenan. Ketika mengambil cuti, beliau dipilih sebagai calon Parlimen untuk Cardiff Selatan.

Kerjaya politik

Callaghan memenangi kerusi Cardiff dalam pilihan raya umum 1945 (dan mengekalkan kerusi ini secara berterusan sehingga tahun 1987). Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen untuk Kementerian Pengangkutan pada tahun 1947. Tempohnya ini memperlihatkan pengenalan lintasan zebra serta pelanjutan penggunaan baiduri di United Kingdom. Callagan kemudian menjadi Setiausaha Parlimen dan Kewangan kepada Jabatan Admiralti pada tahun 1950. Sebagai sebahagian tanggungjawab jawatan ini, beliau mewakili United Kingdom dalam Majlis Eropah dan menentang rancangan-rancangan untuk membentukkan seangkatan tentera Eropah.

Pada tahun 1961, Callaghan menjadi Canselor Bayangan. Apabila Hugh Gaitskell, ketua Parti Buruh, meninggal dunia pada Januari 1963, Callagan bertanding untuk jawatan pimpinan tersebut tetapi dikalahkan oleh Harold Wilson. Bagaimanapun, beliau dilantik sebagai Canselor Exchequer apabila Parti Buruh memenangi pilihan raya umum 1964. Dalam jawatan yang baru ini, beliau terpaksa menghadapi imbangan pembayaran negatif serta serangan-serangan spekulasi paun sterling yang melanda ekonomi United Kingdom ketika itu. Bersama-sama dengan seluruh kerajaan, Callaghan bersetuju bahawa penurunan nilai harus dielakkan and beliau menaikkan cukai serta meminjam daripada bank-bank negara yang lain untuk menstabilkan ekonomi. Bagaimanapun, kesan Perang Enam Hari dan suatu mogok pelabuhan menghebatkan serangan spekulasi dalam bulan November 1967, dan kerajaannya terpaksa menurunkan nilai paun sterling dari ASD$2.80 ke ASD$2.40 pada 18 November. Callaghan menawarkan peletakan jawatannya dengan segera, tetapi Harold Wilson memujuknya supaya meneruskan perkhidmatannya, dan beliau dilantik sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri sebagai pertukaran jawatan dengan Roy Jenkins, dua minggu kemudian.

Pada tahun 1969, latar belakang Callaghan dalam gerakan kesatuan pekerja menyebabkan beliau menjadi tumpuan penentangan terhadap undang-undang penggajian yang dicadangkan oleh Barbara Castle, rakannya dalam Kabinet. Dalam perjuangan ini yang dikenali sebagai Pertempuran Downing Street, Callaghan akhirnya menang dan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kertas putih, Sebagai Ganti untuk Persengketaan, digugurkan. Sememangnya, Wilson tidak gembira terhadap perbuatan Callaghan ini.

Sesetengah ahli dalam Parti Buruh yang tidak suka akan Wilson kemudian memulakan komplot untuk menyahstabilkannya dan menyokong Callaghan untuk mengambil alih pimpinan Parti Buruh. Selepas kekalahan Wilson yang tidak disangka dalam pilihan raya umum 1970, Callaghan enggan mencabarnya walaupun Wilson mudah terdedah ketika itu. Ini mengembalikan keyakinan Wilson terhadap Callaghan, dan apabila Wilson sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 1974, beliau melantik Callaghan sebagai Menteri Luar Negerinya. Dalam jawatan ini, Callaghan diberikan tanggungjawab untuk berunding semula syarat-syarat keahlian Britain kepada Pasaran Bersama. Apabila perundingan mencapai persetujuan, Callagan mengetuai Kabinet untuk mengisytiharkan penerimaan syarat-syarat baru dan beliau menyokong pendirian ini dalam pemungutan suara pada tahun 1975.

Pada 16 Mac 1976, semasa tempoh keduanya, Harold Wilson mengumumkan peletakan jawatannya yang tidak disangka dan menyokong Callaghan sebagai pewarisnya secara tidak rasmi. Disebabkan Callaghan yang berumur 64 tahun ketika itu merupakan calon yang paling tua, beliau tidak merupakan calon pilihan ramai. Walaupun begitu, beliau merupakan calon yang paling kurang memecahbelahkan parti, dan kepopularannya dengan seluruh gerakan Buruh memperlihatkan beliau memenangi pemilihan pimpinan Parti Buruh. Pada 5 April 1976, Callaghan menjadi Perdana Menteri United Kingdom.


Tags:

191219761979200526 Mac27 MacNama samaranPerdana MenteriPerdana Menteri United KingdomUnited Kingdom

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gas rumah hijauPerkhidmatan awam di MalaysiaBaba dan NyonyaJenis air untuk bersuci dalam IslamDominic TanNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPulau PinangPerodua MyViSenarai Kementerian di MalaysiaBaju tradisional MelayuWings (kumpulan muzik Malaysia)Slot MegaDramaJohorChempaka Emalin PahaminTunku Abu BakarProton SagaFarah AhmadSemenanjung MalaysiaRespirasi selSyerifSijil Pelajaran MalaysiaKelantan Darul Naim F.C.Sheikh Muszaphar ShukorPerubahan iklimNegara PalestinYang di-Pertua Negeri SabahPerpaduanPutri Kuswisnu WardaniPelesitAb Rauf YusohPendidikan di IndonesiaHari Raya AidiladhaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahAstro MalaysiaPuteri Gunung LedangNike ArdillaPencemaran udaraMenteri Pendidikan MalaysiaSabah F.C. (Malaysia)IsrafilGeografi JohorMelayuRangka manusiaKetupatKumpulan Rock MalaysiaSenarai stesen televisyen di MalaysiaSultan JohorEmma MaembongAmyra RosliSelangorKomanderAerofonHari Raya AidilfitriAzizulhasni AwangPontianak Harum Sundal MalamPenanda wacanaPencemaranDadahMat KilauLumut, PerakPemboleh ubahNik Abdul Aziz Nik MatAhmad Samsuri MokhtarBoBoiBoyYasmin NapperSurah al-BaqarahNabi Ibrahim a.s.Peribahasa MelayuAzlan ManKata ganti nama (bahasa Melayu)Syamsul YusofSabronzoHassanal BolkiahSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaShiqin KamalSenarai model kereta ProtonKhairulamingAli bin Abi Talib🡆 More