Ibnor Riza

Ibnor Riza bin Ibrahim (11 Oktober 1961 – 17 Disember 2023) merupakan seorang penyanyi dari Malaysia yang terbabit dalam bidang seni semenjak 1984 melalui penyertaan pertandingan Bintang RTM dan kemudiannya di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dahulunya dikenali sebagai CBS.

Ibnor Riza
Kelahiran
Ibnor Riza bin Ibrahim

(1961-10-11)11 Oktober 1961
Meninggal dunia17 Disember 2023(2023-12-17) (umur 62)
Sebab kematianKanser Limfoma
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an - 1990-an
Syarikat rakaman
Sony Music Entertainment

Beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja pada 1993 bagi menumpukan kepada kerjaya seninya.

Ibnor Riza telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.pernah dan menerima anugerah platinum atas penjualan memberansangkan album "The Best of Ibnor Riza" (terjual sebanyak 25,000 unit).

Ibnor Riza kini menghasilkan album kompilasi lagu lama dengan judul "Kerongsang Jiwa" pada 2007. Ibnor Riza kini menyanyi sepenuh masa dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup, konsert Diraja dan persembahan TV terutama di RTM. Beliau kini mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Norizah, juga merupakan seorang penyanyi dari negara Brunei Darussalam.

Penyakit dan kematian

Pada 19 Februari 2023 Ibnor diserang pelbagai penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Buasir dan menjalani rawatan bagaimanapun beliau disahkan Kanser selepas menjalani pemeriksaan. Kesannya beliau alami kurang makan, pergerakan terbatas selain bergantung makan ubat dan jalani rawatan lanjutan walaupun kos perubatan banyak.

Pada Disember 2023, Ibnor menjalani pembedahan pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri akhirnya pada 17 Disember 2023 Ibnor meninggal dunia di Hospital Tuanku Muhriz, Cheras dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kampung halamannya di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau meninggalkan dua orang balu.

Diskografi

    Album studio
  1. Meneka Dalam Kesamaran (1987)
  2. Berdiri Seorang Perindu (1988)
  3. Rahsia Ukiran Duka (1989)
  4. Sudah Terluka Merindu Pula (1990)
  5. Mimpi Kita Berbeza (1992)
  6. Dangdut (1994)
  7. Ke Bahtera Impian (1995)
  8. Keronsang Jiwa (2007)
    Album kompilasi
  1. The Best of Ibnor Riza (2005)
  2. The Essential Ibnor Riza (2011)

Album duet

  1. Rohayu & Ibnor Riza - Seindah Budimu (1990)
  2. Noraniza Idris & Ibnor Riza - Seindah Budimu Vol. 2 (1991)

Album lain

  1. Cinta Beb (2010)

Lagu-lagu

  • Rindu Selamanya
  • Mimpi Yang Tak Sudah
  • Berdiri Seorang Perindu
  • Meneka Dalam Kesamaran
  • Mengimbau Impian Antara Kita
  • Rindu Selamanya

Rujukan

3.https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/12/17/dua-minggu-tak-sedarkan-diri-ibnor-riza-meninggal-dunia 4.https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/12/09/ibnor-riza-semakin-kritikal-belum-sedar-seminggu-selepas-pembedahan

Pautan luar

Tags:

Ibnor Riza Penyakit dan kematianIbnor Riza DiskografiIbnor Riza RujukanIbnor Riza Pautan luarIbnor RizaBintang RTMMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaMia KhalifaProton WiraSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaAzhan RaniNasha AzizPulau TiomanSyed Mokhtar Al-BukharyPolitik balas budiPahangAmy SearchLaksamana ArmadaSolat jamakIbanAlyssa DezekPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuParti Rakyat India MalaysiaJosiah HoganGoogle ScholarUniversiti Teknologi MARAKugiran MasdoPulau RedangTanda dan gejalaGrup Gerak KhasAziz HarunNazim OthmanCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahParti Islam Se-MalaysiaAbdul Rahim Mohd NoorEmelda RosmilaPerdana Menteri MalaysiaOrang Cina MalaysiaHero RemajaOrang LampungErry PutraSabahRiena DianaPakatan HarapanTaman Tasik TitiwangsaHalim RadziPerakNajis dalam IslamKomunikasiELabuanNadia BrianDaun salamDemografi MalaysiaUniversiti MalayaBajauAkut (perubatan)Lelaki ItuDoa IftitahTadau KaamatanPahamin RajabAliff Syukri KamarzamanProton WajaAl-QuranKuala Kubu BharuHospital Sultan Idris Shah SerdangHarumanisParlimen MalaysiaMinal 'Aidin wal-FaizinAgama di MalaysiaKeluaran dalam negara kasarAdiraSepupuPasukan Gerakan AmMohd Shukri RamliKhairulamingRedza RosliUthman bin AffanKesultanan Melayu MelakaRaghad Waleed AlkurdiFrekuensi radio di PahangMalang Si PuteriPemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu🡆 More