Herman Melville

Herman Melville (; 1 Ogos 1819 – 28 September 1891) merupakan seorang penulis dan penyajak dari Amerika Syarikat.

Herman Melville
Potret cat minyak bertarikh 1870 oleh Joseph Oriel Eaton.
Potret cat minyak bertarikh 1870 oleh Joseph Oriel Eaton.
Lahir(1819-08-01)1 Ogos 1819
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal duniaSeptember 28, 1891(1891-09-28) (umur 72)
New York City, New York, A.S.
Tempat pengebumianWoodlawn Cemetery
The Bronx, New York
PekerjaanPenulis novel dan cerpen, penyajak, pensyarah dan kelasi
Pergerakan sasteraRomantisisme
PasanganElizabeth Knapp Shaw (1822–1906) (k. 1847)
Anak
  • Malcolm (1849–1867)
  • Stanwix (1851–1886)
  • Elizabeth (1853–1908)
  • Frances (1855–1938)
Tandatangan
Herman Melville

Penulisan beliau tidak begitu dikenali semasa hayatnya namun kemasyhuran mula mendatang pada ulang tahun kelahiranya yang ke-100 pada 1919 di mana para pengkritik sastera zaman itu mula menemui semula karyanya lalu menilai sebagai antara mahakarya terhebat kesusasteraan dunia.

Biografi

Awal hidup

Herman Melvill lahir di Bandar Raya New York pada tanggal 1 Ogos 1819. Beliau anak ketiga daripada lapan adik-beradik kepada Allan Melvill (1782–1832) dan Maria (Gansevoort) Melvill (1791–1872) yang berketurunan Belanda. Kedua-dua datuk dari kedua-dua belah ibu bapanya terlibat dalam Perang Revolusi Amerika; datuk sebelah ayahnya Mej. Thomas Melvill (1751–1832) terlibat dalam rusuhan menentang pihak British di pelabuhan Boston manakala datuk sebelah ibunya Jen. Peter Gansevoort (1749–1812) terlibat memimpin serbuan terhadap Fort Stanwix di New York pada tahun 1777.

Herman mula bersekolah pada usia 5 tahun tidak lama setelah keluarganya berpindah ke kediaman baharu mereka di Manhattan; dia dan abangnya Gansevoort, dihantar ke New York Male High School. Beliau dijangkiti demam skarlatina 2 tahun kemudian, di mana penyakit tersebut agak melambatkan pertuturannya; namun Herman segera pulih lalu dapat petah berkata-kata. Kedua-dua adik-beradik tersebut meneruskan pelajaran mereka di Columbia Grammar & Preparatory School pada tahun 1829.

Ayahnya Allan meninggal dunia mencecah usia 50 tahun pada 28 Januari 1832 berikutan penyakit misteri yang dihidapnya secara berlarutan kerana terpaksa merantau kembali dari Bandar Raya New York dalam cuaca sejuk beberapa bulan sebelumnya. Ibunya segera mencari ketenangan melibatkan diri dalam kegiatan gerejanya, First Reformed Dutch Church yang bermazhab Calvinis; malah dia dimasukkan sebagai anggota aktif gereja tersebut pada April tahun sama. Pendedahan Herman dalam persekitaran gereja ini dilihat banyak mempengaruhi pemikiran dan kerohanian awal hidupnya.

Kerjaya pelautan

Dalam suatu surat bertarikh 31 Mei 1839 ditulis abangnya Gansevoort di New York, dia mencadangkan Herman bekerja sebagai seorang pemburu ikan paus atau saudagar. Atas cadangan yang inilah Herman mendaftar sebagai anak kapal dalam kapal St. Lawrence keesokan hari selepas meerima surat tersebut. Kapal St. Lawrence ini berlayar dari New York ke Liverpool; beliau kembali ke New York pada 1 Oktober tahun sama. Pengalaman pelayarannya diabadikan dalam sebuah karya bertajuk Redburn: His First Voyage (1849).

Senja hidup

Beliau meninggal dunia pada 28 September 1891 akibat "pembengkakan jantung" (cardiac dilation) menurut sijil kematiannya. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Woodlawn di the Bronx, Bandar Raya New York.

Bibliografi terpilih

Novel cereka

  • Typee: A Peep at Polynesian Life (1846)
  • Omoo: A Narrative of Adventures in the South Seas (1847)
  • Mardi: And a Voyage Thither (1849)
  • Redburn: His First Voyage (1849)
  • White-Jacket; or, The World in a Man-of-War (1850)
  • Moby-Dick; or, The Whale (1851)
  • Pierre: or, The Ambiguities (1852)
  • Isle of the Cross (1853, manuskrip tidak diterbitkan dan hilang)
  • The Encantadas, or Enchanted Isles (1854)
  • "Benito Cereno" (1855)
  • Israel Potter: His Fifty Years of Exile (1855)
  • The Confidence-Man: His Masquerade (1857)
  • Billy Budd, Sailor (An Inside Narrative) (1891 unfinished, published posthumously in 1924; authoritative edition in 1962)

Cerita pendek

  • "Bartleby, the Scrivener" (1853)

Antologi sajak

  • Battle-Pieces and Aspects of the War (1866)
  • Clarel: A Poem and Pilgrimage in the Holy Land (1876) (epic poem)
  • John Marr and Other Sailors (1888)
  • Timoleon (1891)

Nota

Rujukan

    Sumber utama

Pautan luar

Tags:

Herman Melville BiografiHerman Melville Bibliografi terpilihHerman Melville NotaHerman Melville RujukanHerman Melville Pautan luarHerman Melville

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMKasih Iris LeonaFikry IbrahimKodi RasheedSiri Modenas KrissKhunsa (siri TV)HarumanisTabbyKuchingFattah AminBajauTaman Tasik TitiwangsaMahkamah MalaysiaSenarai raja-raja MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unNombor dalam budaya CinaPulau RedangZaman air batuAisyah Abu BakarAbdul Rahim Mohd NoorSifat-sifat AllahAgama di MalaysiaPendidikan di MalaysiaSyiahKhalid Mohamad JiwaBeto KusyairyAn-Nuayman bin AmrKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Kartina AyoobTunku Abu BakarPulau PangkorAdiraSyahadahPremier SarawakLaksaKelurTengku Ismail Leon PetraKemalangan helikopter Lumut 2024Norman HakimAyah PinHaqiem RusliFrekuensi radio di Negeri SembilanErma FatimaCinta Buat DaraNombor telefon di MalaysiaAlyssa DezekSenarai Yang di-Pertuan AgongAdi PutraKerana Dia SukaAbby AbadiIntegritiMelayuTengkolokRaja Zarith SofiahProton SatriaAsiaFarali KhanSunan MuriaKuantanKawasan pilihan raya di MalaysiaTalbis IblisHannah DelishaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSekali Lagi Cinta KembaliOrang Asli di MalaysiaSyafiq KyleJudiPutrajayaPegawai Waran Udara IIKota KinabaluSultanah Nur Diana Petra AbdullahSultan Muhammad VFrekuensi radio di JohorLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaGerakan Aceh MerdekaSex and the CityFrekuensi radio di SelangorIkmal Amry🡆 More